Gangguan kedua

16 2 2
                                    

Pada jam 5 petang, Naz perlu menyiapkan kerjanya untuk dipersembahkan esok hari. Dia menyisingkan lengan bajunya ke paras siku. Dia yang asyik bekerja daripada pagi hinggalah petang itu, hidungnya menyingkap bauan yang menusuk hidungnya. Dia mengomel.
"Siapa pula yang pakai minyak wangi ni?, sudahlah aku seorang saja yang belum pulang"
Dia menyembunyi rasa gentar dan takutnya, dengan meneruskan kerjanya yang bertimbun. Kerjanya hampir selesai, dia pergi ke mesin pencetakan untuk mencetak segala butir butir yang diperlukan esok. Dia menekan suis 'on' untuk mula mencetak. Maka keluarlah kertas yang mengandungi butiran penting esok. Dia berjalan membawa dokumen itu ke mejanya untuk menyusun mengikut isi kandungan dokumen itu. Dia yang sedang melakukan sentuhan terakhirnya untuk menyempurnakan kerjanya dan akan dihantarkan kepada majikannya. Telinganya mendengar bunyi mesin cetakan. Lantas dia pergi ke tempat mesin cetakkan tetapi mesin itu telah dia dimatikan suisnya. Dia hairan, telingganya memang mendengar mesin cetakkan itu bunyi tadi. Dia berlalu pergi ke mejanya. Setelah mendengar mesin cetakkan itu menyetak, dia mendengar pula bunyi dari pantri. Bukan itu saja dia menyingkap juga suara yang sedang menyanyi merdu. Dia tertarik untuk pergi ke pantri itu walaupun sudut pantri itu cahaya lampunya samar samar. Dia berjalan dan melihat pantri itu tetapi tiada sesiapa. Dia tersentak disebabkan ada tangan yang memegang bahu kirinya.
Alangkah terkejutnya dia, makcik Kinah yang bekerja sebagai tukang buat air memegangnya. Makcik Kinah terkejut sama. Mana tidaknya Naz menbuat dia lebih takut disebabkan Naz yang terjerit.
"Ya Allah!, makcik Kinah terkejut saya. Makcik buat apa dekat sini? Kenapa tak balik lagi? Tadi makcik ke yang menyanyi?" Tanya Naz
"Ish!, kamu ni Naz! Makcik lagi terkejut dengar kamu menjerit tadi. Amboi soalan kamu ni banyak beno. Mana satu makcik nak jawab ni?" Makcik Kinah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Naz hanya tersengih.
" makcik tadi menyampu dan bersihkan alat perkakasan pantri ni tadi. Makcik ingat semua sudah balik rupannya ada seorang saja lagi yang belum jadi sebab bosan makcik menyanyi sambil buat kerja" jawab makcik Kinah. Bau yang dia hidu tadi menusuk hidungnya semula. Dia bertanyakan kepada Makcik Kinah.
"Makcik !, makcik ke yang sembur minyak wangi tadi" tanya Naz
"Aah, makcik yang sembur sebab peluh peluh buat kerja ni kan" jawab makcik Kinah. Naz tidak gusar lagi kerana semua ini bukan mainan fantasinya tetapi makcik Kinah yang ada disini. Makcik Kinah pun berlalu pergi dan meminta izin untuk pulang dahulu.
"Makcik balik dulu ye"
"Ye lah, makcik elok elok balik tu"pesan Naz. Dia melihat tubuh tua itu hilang daripada pandangan matanya kembali ke meja. Naz selesai menyempurnakan kerjanya. Dia mengemas meja yang berselerak. Dia terhidu bauan makcik Kinah tadi dan telinganya mendengar nyanyian merdu itu serta mesin pencetak itu. Dia menjinjing beg kerjanya dan melihat sekeliling pejabat itu. Bunyi dan bau itu mengamat darah keberaniannya. Dia lantas menutup suis lampu dan keluar dengan pantas menuju ke parkir kereta. Naz membelek jam tangannya yang tertera jam 6.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JIWA KACAUWhere stories live. Discover now