10

119 6 1
                                    

Harras p.o.v

Selepas ara pergi Dari hidupku, aku bagai tiada hala tuju. Aku tidak lena buat kerja, aku tidak selera hendak makan. Dan semua kerjaku terabai. Aku bagaikan sia sia sahaja. Segala pergorbanan aku, segala kenangan aku bagaikan sudah dibakar. Aku tidak boleh teruskan kehidupan Tanpa dia aku seperti telah hilang arah. Aku tidak tahu apa berlaku di sekelilingku.
Aku Cuba untuk teruskan kehidupan aku. Tetapi aku gagal. Aku gagal. Aku tak boleh tempuhi semua ini dengan keseorangan.
Aku perlukan teman. Aku perlukan seorang partner bersama denganku.
Selepas ara pergi, aku tinggal bersama mama dia. Setiap hujung minggu, aku akan pulang ke Rumah aku sendiri.
Suatu hari, aku amat lesu dan balik kerja sahaja aku terus tidur ke sofa disitu. Mama perasan aku . Pada malamnya, mama berbual kepadaku

"Harris, kamu tidak boleh berterusan macam ni. Maksud mama, kamu tidak boleh lesu sampai tak makan. Nanti sakit susah nanti"

"Tapi ma, harris tak boleh terima apa jadi. Harris tak boleh lupakan ara. Harris nak dia balik ma. Harris tak boleh ma"

"Harris, sini. Dengar cakap mama. Kamu kena terima qada' dan qadar. Apa jadi sekali pun. Kamu kena terima hakikat dia bahawa dia sudah pergi. Dia aman disana wahai Harris. Terima la harris. Kalau macamni sampai bila kamu nak move on. Takkan nak jadi macamni sampai bila bila."

"Tapi ma......"

"Takda tapi tapi. Mama sebagai Emak kepada ara boleh terima semua ni. Takkan lah kamu sebagai suami dia tak boleh terima. Okay Sekarang pergi keluar cari kekasih takpun pergi cari teman. Jangan lupa cukur janggut tu dah macam zen malik dah ha"

"Yelah ma, harris naik dulu eh"

"Ha, pergilah"

Aku kemudiannya ambil kunci kereta, kemudian hidupkan enjin dan memandu secara perlahan dan berhemah. Aku pusing satu kuala lumpur untuk menenangkan kepala fikiranku yang agak kusut. Aku mengambil keputusan untuk berjalan jalan di shopping mall. Mungkin agak kelakar kerana aku pergi berseorang tapi tidak mengapa. Aku berjalan kemudian aku ternampak ramai orang tengah seronok bercinta. Aku dengan memandang kebawah dan seperti tidak boleh terima semua perkara yang berlaku ini. Aku masih tidak boleh terima bahawa dia pergi macamtu sahaja dan tinggalkan aku dan aku sebagai duda. Berumur 20 tahun tetapi duda.

"Ah penatnya" kataku siapa nak kata lagi kalau bukan aku

Ketika aku hendak membayar parking lot aku perasan ramai sangat beratur hm nak buat macamna kena lah beratur. Beratur punya beratur tiba tiba giliran aku. Ketika orang depanku hendak keluar daripada situ dia terjatuh resit dan kemudiannya aku memandanya dan rupanya ia ia ia

Kawan kepada ara iaitu ana. Aku sangat terkejut. Bukan dia seorang sahaja dia membawa teman lelaki dia bersama. Aku kemudiannya salam kepada teman lelakinya. Dan dia bertanya khabar. Ha dah alang alang tu aku mengajaknya keluar makan bersama dan jawapan nya boleh sahaja kerana dia tengah lapar. Dia kemudiannya tanya tentang aku, dan aku hanya menjawab okay sahaja dan tentang dia aku dah boleh lupakan. Kemudian aku bertanya kepada ana bila hendak bina rumahtangga . dan jawabnya tidak sedia lagi maka bila mahu sedia mungkin tunggu kiamat rasanya hihi.

Aku kemudiannya mengambil nombor telefonnya dan aku harap pakwenya itu tidak memikir apa apa tentang aku. Aku ingin mencari rakan bukan kekasih. Aku kemudiannya balik kerumah dan sebelum itu mengucapkan terima kasih kerana sanggup mendengar masalah aku dan sangguplah.

CrushWhere stories live. Discover now