Day 1

54 1 4
                                    

Jam 7 pagi,
indah ditemani dengan bunyi kicauan burung2 yang berzikir menyambut kedatangan pagi Isnin.

kedengaran tapak kaki milik seorang pelajar perempuan yang lengkap berbaju biru berlencanakan lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Mewangi (indah pada nama je) bersedia untuk memulakan tugas mingguan nya iaitu menjaga pagar besar sekolah dan mencatit nama pelajar yg lewat masuk.

Nurul Ash Syifa, mencarik spot yg sesuai untuk die meletakkan beg galas sekolahnya yg dibeli online menggunakan app Carousell (bukan iklan) yang berwarna hitam dihiasi pula dengan pin2 hiasan pelbagai corak.

"Worait, another day, another name. Harini siapa pulak yg lambat" omel Ash kepada dirinya.

"Cakap orang, ko tu pengawas pun datang pukul 7, bukan ke sepatutnya sampai kat gate 6.45 ke" celah member duty Ash Syifa hari ni, Wuza sambil berjalan ke arah Ash Syifa.

"OPOCOT" Ash terkejut.
"Kau ni buat terkejut aku la Wuz, dari mana entah datang tetiba"
"Aku baru balik dari toilet, sakit pewuutzz" jawab Wuza macam budak terencat akal.
"Ingat comel cakap macam tu, siku kanggg" Ash menunjuk sikunya yang tajam disebabkan kekurangan lemak. Uii senak die kalau kena siku dengan Ash, perit..perit..almaklumlah orangnya langsung tak ada lemak.

"Chill sudah Ash, di pagi yang indah ni kau nak main siku2 dah kenapa, kita rilek and enjoy da view" Wuza sambung. Nak cakap yang die in a good mood la sebab baru melepaskan hajat pagi2. Good luck la kt mak cik cleaner yg cuci toilet perempuan lvl 1 harini. Sebab Wuza ni sekali dah melepas..

Allah....

Pelajar2 mula menunjukkan batang hidung mereka di gate smk mewangi. Kawan2 Wuza dan Ash Syifa menyapa mereka apabila berselisih dengan mereka. Ash Syifa paling suka bila jaga gate sebab dia dapat menyambut kawan2nya dan cikgu2 pagi2. Bagi dia, itu adalah energy booster untuk die meneruskan hari2 nya die smk itu.

Sampailah si mamat ni sampai..

"Hui minah biru, harini ko kena belanja aku cendawan goreng kantin harini"

"EH APSAL PLAK"

"Sebab aku handsome, muahahahaha" kata Anas Izzudin out of nowhere, classmate Ash Syifa yang perasan handsome (adalah sikit) dan perasan "the hottest guy of the school" gara2 tingginya 171cm dan mempunyai rupa paras yang bisa membuatkan gegurls di smk mewangi lemah lutut. Except Ash Syifa.

"Kepala kau aku nak kena bayar pulak untuk ko tetiba, debik kang" balas Ash Syifa ala2 gangster. Tak sopan sungguh percakapan si minah ni. Die ni memang ganas skit dgan lelaki. Self defence gitu.

"Hakhakhak. Sampai ke nak debik aku, pendekkkk" ejek Anas plus menjelirkan lidahnya sambil lari2 anak. Geram Ash Syifa dibuatnya. Itulah perkataan favorite Anas pada Ash yg selalu membuatkan Ash rasa dunia ni tak adil. Ash tingginya 154cm je berbanding Anas so very short la.

"Uii handsome la Anas hari ni, he he macam oppa aku la pulak" Wuza yg dari tadi mengusyar Anas menyuarakan pendapat nya. Die tengah fangirling pulakk (p/s: wuza ni minat kpop, ash tak minat, katanya orang korea tak sunat)

"Haa start dah dgan kpoop die tu. Tak paham la aku ngan orang jenis ko ni. Da la minat orang korea yg tak cuci bontot tu, kewujudan ko pun die tak tau, ada hati nak minat??" Ash Syifa memang tak paham dgan kawan2 kpoppers die. Bahasa yg dinyanyi group2 kpop yg diminati rakan2nya itu dah la bukan BM, entah apa la yg dicarut oleh group2 tu manalah dorang paham.

"Ko tak tau Ash ,kpop ni multitalented tauu. Pandai nyanyi, menari..up sikit berlakon pulak haa artis malay bukan semua talented mcam dorang" Wuza mendefendkan minat dia. "Hummm kalau lah ada mamat korea ke kat sekolah kita, mesti bessttt gilerrrsss waargghh" terover plak si Wuza ni membayangkan sesuatu yg takkan berlaku di sekolah pedalaman ni.

Ash Syifa dah menggaru tudung. Ada ke orang luar yg nak masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Mewangi yg bertapak di kawasan kejiranan Taman Bunga ni. Dah la kat Rawang, bukannya kat KL yang serba gah tu.

Haa..manalah tahu kan Ash Syifa...

//////////////

First chap ni harap2 anda suka. Votes and comments are welcome. Tq <3

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Classmateku Dari KoreaWhere stories live. Discover now