Sesi pembelajaran akan dimulakan pada pukul 1.30p.m bagi sesi petang. Seperti biasanya, sebelom masuk ke kelas murid-murid dikehendaki beratur di dewan terbuka sekolah untuk mengambil kedatangan. Berlainan kaum seperti Cina, India, dan Melayu yang belajar di sekolah tersebut. Ilyani berasa gembira bertemu rakannya lain. Di sekolah itu juga ramai rakan-rakannya yang lain belajar di tempat yang sama. Mana tak nya Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa atau nama singkatannya SMKSD itu bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9 . Sekolah rendah itu adalah sekolah mereka dari darjah 1 sampai darjah 6. Jadi Ilyani kenal dengan rakan-rakannya itu.
Dalam kelas
" Hai amoi, nama sapa? " tanya suhaimi. Suhaimi adalah rakan sekelas Ilyani, yang dikenali oleh Ilyani sejak disekolah rendah lagi.
" Puah Jia Ying " jawab si amoi yang cantik itu.. Jia Ying adalah murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tanjong Karang .
" Eii menggatalla kau Suhaimi " kata Ilyani dengan muka yang agak geli sedikit.
" Mana ada aku menggatal, saja je aku tegur dia " balas Suhaimi.
" Hmm yelahh... " kata IlyaniHari pertama pembelajaran didalam kelas mereka bermesyuarat untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa kelas 1 Tekun. 1 Tekun adalah kelas yang pertama.
" Okey murid-murid sebelum kita memulakan perbincangan untuk memilih siapa sebagai ketua kelas, penolong ketua kelas, bendahari dan sebagainya , saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu , saya Puan Low Kar Yin. Kamu semue boleh panggil saya Puan Low . Dan saya juga adalah guru kelas kamu . Saya akan mengajar kamu subjek Sains dan juga Bahasa Cina untuk pelajar cina sahaja ". Kata si Puan Kar Yin yang tidak sangat berfasih berbahasa Melayu.
Salah seorang murid di dalam kelas itu lalu berkata " baik puan ".
" okey mari kita memulakan perbincangan, ehh tapi sebelom itu kita perkenal diri seorang seorang. Okey mula dari tepi itu " . Puan Kar Yin enyuruh murid-murid tersebut.
Setelah selesai memperkenalkan diri, mereka berbalik kepada topik yang pertama untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa.
" Memandangkan di antara kamu sudah mengenali antara satu sama lain dan juga untuk memudahkan kerja saya, saya mahu kamu memilih sesiapa sahaja yang layak untuk memegang jawatan sebagai ketua kelas, penolong ketua kelas, ketua kebersihan, ketua keceriaan, dan bendahari. " kata si Puan Low Kar Yin.
Slow update cerita ni. Okey setakat ini sahaja nanti saya update penyambungannya. Jangan lupa vote sekali ya. ☺☺
YOU ARE READING
Buddyz Ever
Historical FictionBuddyz Ever adalah kisah hidup 6 sahabat iaitu Ilyani, Aishah, Suhada, Hanem, Qistina, dan Maria serta rakan-rakan mereka yang lain. Sepanjang persahabatan mereka, ada terselit suka duka.Mereka telah bersekolah di SMK Seri Desa. Kalau hendak menge...