Ramadhan?

105 5 11
                                    

"Bro, apa kau buat dekat sini?" Tanya Keri kepada Ten.

"Tengah baiki beskal ni, as you can see" Ten jawab acuh tak acuh. Macam la tak nampak apa aku tengah buat ni. Tu lagi mau tanya, monolog Ten.

Keri terus tersengih, menunjukkan barisan giginya yang tidak begitu teratur ditempatnya. Almaklumlah, excident basikal dengan motorsikal tempoh hari, nasib baik excident dengan motor, kalau dengan kereta, mungkin kepalanya terkeluar from it's place kot.

"Haha, lek lek. Aku tanya je. Kau siap dah semua assignment yang madam Jay kasi tu? Madam Zack punya macam mana? Kau settle dah ka semua?"

Ten mengeluh panjang. Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun dari soalan-soalan yang belum lagi ada jawapannya. Keri disebelah, tersenyum kelat. Maka, tahulah dia bahawasanya kerja kursus yang diberi oleh pensyarah-pensyarah itu, belum dibuat Ten. Mana-mana pelajar pun, jika diberikan jawapan yang serupa itu, maka tahulah mereka yang kerja tersebut sama ada tidak dimulakan langsung, atau sangkut ditengah-tengah jalan.

"Takpe bro, chill ah. Kerja tu nak lepas raya kan. Awal lagi ni. Lek luuu."

Ten tidak membalas. Renungnya jauh kelangit atas sana. Siapa sangka, duduk diatas bumbung rumah malam-malam buta ini, sungguh memberi ketenangan diri. Malam ini, bulan penuh. Cantik. Cantik ia berdiri megah diatas sana dengan menunjukkan dirinya yang penuh, menyinari untuk hamba-hamba TuhanNya dan tersergam indah dikelilingi kelip kelip bintang.

Malam ini malam yang sungguuuuuh cantik! Kata hati kecil Ten.

Ya, sudah Ramadhan yang ke-15 mereka berpuasa. Sudah setengah bulan dah. Tapi ruh Ramahan tetap tidak hadir kedalam hati Ten. Menyorok manakah pula kali ini?

..
Nama sebenar aku (baca:Ten) adalah Tengku Imran, orang panggil aku Ten. Macam poyo sangat dengan nama Tengku dan Imran. Ten should be good, as in cool. Perwatakan aku? Macamni lah. Perempuan kata, aku jenih acuh tak acuh sahaja. Muka takdalah hensem mana, tapi rupa manis tu adalah. --- ini adalah aku, sewaktu awal awal aku perkenalkan diri di kelas. Kelas 2YA01. Kelas budak enjin.

Manakala nama sebenar Keri pula adalah Muhammad Kheiri Marwan. Panggil saja Keri. Aku kenal Keri di kelas 2YA01. Keri lah yang datang menyapa aku di awal awal kelas dulu.

"Assalamualaikum, Bro! Salam kenal. Aku Keri"
Tanpa fikir apa-apa, tangan berbalas salam.

"Ten." Sepatah.

"As in number Ten?"

"Well, you can say that"

"No offense, bro. Main main je"

"No, sorry"

Tak sangka pula jadi kawan baik mamat ni.

..
Masing masing menyepi di atas bumbung. Tiada apa apa suara. Merenung masa hadapan. Kalau ikutkan, aku dan Keri tinggal satu tahun sahaja lagi untuk degree's life. Dikira ada dua semester lagi berbaki. Tapi, hidup aku seolah seolah kosong. Tidak seperti Keri, yang ada sahaja kerjanya. Busy sahaja budak ni.

Sunyi. Sesekali terdengar bunyi katak dan cengkerik yang berlawan-lawan bunyinya dilongkang nun dibawah sana untuk memecah sunyi.

Ten diam diam memandang Keri, yang seronok baring disebelahnya.

"Dah dibuai mimpi ke agaknya budak sebelah aku ni?" Soal Ten.

"Belum laaaaahhh. Aku ada je ni. Awat?" Soal Keri.

Terkejut Ten dibuatnya. Tapi haruslah dibuat-buat cool. Jatuh imejnya nanti. Aku takdelah berimej sangat, tapi imej sebagai lelaki la maksud aku. Nasib baik tak terjerit ke apa ke, kalau tak tadi, malu juga ni.

Ten menghela nafas panjang sebelum ia masuk mood "deep" dia.

"Apsal weh? Kau ada problem ke?" Tanya Keri kepada sahabat karibnya itu. Sejak kebelakangan ni dia tengok si Ten ni lain macam. Macam fikir masalah dunia dah dia tengok.

Ten diam seribu bahasa. Keri ternanti nanti jawapan darinya. Tetapi dia juga tidak memaksa. Menunggu tiap detik jawapan yang akan diberikan Ten.

Jeda.

"So, what do you understand about Ramadhan? What do you get from it? I mean what is so special about it? Why people keep saying it?"

Sambung Ten lagi,

"Aku tahu Ramadhan. Kita kena menahan diri dari makan dan minum. Yeah, dari Subuh till Maghrib. Aku tau jugak Ramadhan untuk kita feel orang yang tak serezeki kita. I know Qiyamm, tarawih, all those pahala, I know like everything. Tapi apasal aku macam takde rasa anything from it pun? You know what I mean?"

Bertubi-tubi soalan Ten kepada Keri. Soalan yang sudah lama dia ingin tanya, tapi tiada kesempatan masa, tidak tahu kepada siapa soalan ini harus ditujukan. Dan paling penting, soalan yang membuatkan orang tidak akan judge dia dengan menanyakan soalan soalan begini.

"I need answers" Bentak hati Ten.

Keri tersenyum segaris. Ini rupanya yang membuatkan kawan aku sorang ni gila selama ni. Alhamdulillah! Bersyukur ya Allah, bukan sebab perempuan, gila nak kawin ke, atau sebab-sebab lain. Alhamdulillah!

Keri lantas bangun dari baringnya. Membetulkan rambutnya supaya berada dalam keadaan asalnya. Lalu dia memandang Ten yang sedap terbaring didepan matanya.

"Hai la budak Ten ni, baru sekarang kau nak soalkan. Bukan main lama aku tunggu saat ni. Moga apa yang aku nak share lepas ni, dimudahkan lidah, dihaluskan bicara, dan dilembutkan hati untuk Ten menerimanya" kata hati kecil Keri.

Bismillah..

"Ten" panggil Keri.

"Hm?"

Bersambung. Haha. Cerita pendek je ni. Akan ada dua part ja 🙈

RamadhanWhere stories live. Discover now