PROLOG

10.6K 196 14
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PROLOG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PROLOG

"Kau sure ke ni parti Ben?"

Dina mengangguk laju sambil menyarung heels pada kedua-dua kaki sebaik sahaja memakirkan keretanya di tempat parkir kondominium mewah itu. Kami keluar dari kereta beberapa minit kemudian.

"Come on, Insyirah! Have some fun! Aku ajak kau ke sini bukan setakat jumpa kawan lama tapi nak kau release tension sikit." Dina menguraikan rambutnya yang panjang di depan cermin tingkap kereta sementara aku bersandar disebelah dengan rasa yang was-was.

Patutkah aku mengikut kata Dina? Kawan baikku ini kadangkala liar juga orangnya namun dialah kawan aku susah senang sejak kami belajar di Sydney dulu.

"Jom! Nanti kita terlepas parti pulak!" Dina menarik tanganku masuk ke dalam bangunan kondominium mewah itu. Kami menaiki lif ke tingkat paling atas sekali. Rumah Ben adalah sejenis penthouse. Lif berhenti di tingkat yang paling atas sekali. Sejurus selepas itu, aku mengikuti langkah Dina yang sudah laju ke hadapan. Dina berhenti di depan pintu yang paling hujung sekali. Kedengaran bunyi muzik berdentum kuat dari dalam rumah itu. Jari telunjuknya menekan loceng pintu rumah berkali-kali. Tidak lama selepas itu, pintu dibuka dari dalam oleh seorang lelaki cina berambut merah.

"Hey, Dina! Long time no see! Miss you, babe!" Ben menjerit kearah Dina lantas mereka berpelukan seolah melepaskan kerinduan masing-masing. Rupa Ben tidak banyak berubah dari kali terakhir aku melihatnya lima tahun yang lepas di Sydney.

"What we have here! Are you Insyirah?" Ben merenggangkan pelukannya kerana menyedari aku berdiri di belakang Dina.

Aku mengangguk lalu memberikan senyuman pada Ben. Dia ketawa kuat lalu menghulurkan tangannya kepadaku. Aku menyambut huluran tangannya dengan senang hati.

"Oh God, you're still looking hot and gorgeous!" Puji Ben kedengaran ikhlas.

From Sydney with Love : Insyirah's StoryWhere stories live. Discover now