BAB 3

3.3K 118 8
                                    

BAB 3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAB 3

November 2008.
Sydney, Australia.

HABIS sahaja kelas, aku segera pulang tanpa menyinggah ke mana-mana melainkan Dina mesej kepadaku meminta membeli barang keperluan dapur. Aku sebenarnya jarang bersiar-siar di sekitar Sydney. Mungkin betul kata-kata Dina dulu yang aku ini ibarat katak dibawah tempurung padahal sudah setahun lebih aku belajar di bumi kanggaru ini. Duniaku hanyalah kelas, rumah sewa, perpustakaan dan kedai runcit sahaja.

Cuaca Sydney sedikit mendung, menunggu awan yang berkumpul untuk memuntahkan airnya sahaja. Sebaik sahaja bas tambang berhenti di perhentian bas berdekatan apartmen sewaku, aku segera turun. Langkah kakiku laju menuju ke bangunan flat yang tinggal beberapa meter sahaja lagi.

Masuk sahaja lobi apartmen, hujan tiba-tiba turun dengan begitu lebat sekali. Aku menghela nafas lega kerana berjaya sampai sebelum hujan turun. Bibirku tersenyum-senyum memikirkan betapa bertuahnya aku hari ini.

Aku baru perasan kedua lif yang ada di apartmen tempatku menyewa menunjukkan papan tanda 'Under Maintenance'. Aku mendengus geram. Bertuahlah sangat. Lagipun, rumah sewaku berada di Level 4. Dengan hati tidak rela, aku memaksakan kedua kakiku memanjat tangga kali ini.

Semasa menaiki tangga, aku terdengar derapan tapak kaki laju turun ke bawah. Belum sempat aku mengangkat muka memandang atas, seseorang telah menerpa kearahku dan secara tidak sengaja terjatuhkan bungkusan plastiknya. Isi di dalam plastik tadi terkeluar dan jatuh satu-persatu anak tangga.

"I'm so sorry! Are you okay?" Aku segera membantunya mengutip buah epal merah yang jatuh.

"No! It's my fault at all! I should apologise to you!" Perempuan nampak serba-salah kerana melanggar diriku tadi. Apabila perempuan itu mengangkat muka, aku jadi terpegun buat seketika.

Wajah perempuan itu nampak seiras Dina. Cuma tubuhnya lebih kurus, wajahnya cengkung dan mempunyai rambut kecoklatan. Adakah perempuan ini sekadar kebetulan atau ada kena mengena dengan Dina?

"Thank you so much!" Perempuan itu segera mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi seolah mengejar sesuatu.

Aku berdiri di situ dalam beberapa minit sambil mengigit bibir bawah, memastikan apa yang aku lihat tadi betul atau halusinasi semata. Perempuan tadi sumpah hampir menyerupai Dina, housemate aku! Kenapalah aku tidak bertanyakan namanya tadi. Mungkin kami boleh berkawan selepas ini.

Semasa menuju ke rumah, kedua mataku tertancap pada seorang lelaki yang berdiri di depan pintu. Lelaki itu kelihatan sedang melihat telefon bimbitnya.

"Zayn."

Zayn menoleh kearahku lalu tersenyum. Senyumannya membuatkan hatiku kembang kuncup. Entah mengapa aku begitu gembira melihatnya berada di depan mata setelah seminggu kami tidak bersua sejak parti hari lahir Benjamin Lee malam itu.

From Sydney with Love : Insyirah's StoryWhere stories live. Discover now