Aku menghadap cermin di dinding, yang memantulkan wajah ku. Aku membetulkan cermin mata ku yang besar, pakaian sekolah aku dikemaskan. Aku memakai baju sekolah dengan segaknya, memang kesukaan aku untuk menjadi skema.
Aku melihat jam di tangan ku, sudah pukul 7 pagi, masa untuk gerak. Lalu aku terus keluar dari rumah bujang ku. Rumah aku kecik je, yelah duduk sorang je. Nasib tuan rumah ni baik hati pada aku, dia bagi duduk kat rumah ni sampai aku dapat kerja tetap. Dia kesian pada aku, aku ni anak yatim piatu, takde siapa nak jaga aku. Segala perbelanjaan aku ditanggung dengan duit biasiswa yang aku dapat.
Aku pun meninggalkan apartment, tempat tinggal aku. Aku terus berjalan ke sekolah aku melalui jalan pintas. Sebenarnya ada dua jalan nak gi sekolah aku, satu jalan yang terbuka dan biasa pelajar sekolah lalu situ tapi jalannya jauh. Satu lagi jalan ialah jalan sunyi dan tepinya hutan, cuma jalan ni dekat je pergi sekolah. Jalan ni tak pernah pelajar lalu kecuali aku.
Aku lalu je jalan tu walaupun ada khabar angin yang cakap tempat tu ada hantu. Namun aku tak percaya, sebab takde hantu pun masa lalu jalan tu.
Aku teruskan perjalanan aku melalui jalan itu, hari ni aku merasa pelik. Ketika aku melalui jalan itu, aku dapat rasakan ada sesuatu yang memanggil aku. Aku melihat ke arah hutan, suara itu seperti datang dari situ. Namun aku endahkannya, aku berkata pada diriku...
"Perasaan aku je kot."
Aku terus pergi menuju ke sekolah, disaat aku pergi dari situ, ada sesuatu memerhati aku dari hutan tersebut.
Sampai sahaja aku di sekolah, aku terus ke kelas. Sampai di kelas aku letak barang aku dan terus menuju ke dewan untuk perhimpunan. Ketika aku menuju ke dewan...
"Oiii nerd!!" Seseorang jerit dibelakang aku.
Aku pun menoleh ke belakang. Ohh, Khai, kawan baik aku. Dia terus berlari ke arah aku.
"Oii kau ni awal betul gerak, perhimpunan lambat lagi nak start." Katanya bila dia sampai pada aku.
"Yelah, gerak awal lagi ok dari gerak lambat." Kata ku pula.
"Haiii kau ni, skema sangat, ke kau gi awal sebab awek kau ni?" Tanyanya dengan senyuman sinisnya.
"Err, yang pasal tu adalah sikit hihi." Balas aku dengan malu malu kucing
"Bertuahlah kau dapat awek yang paling hot kat sekolah ni. Aku ni pun takde awek. Nanti kau carikan untuk aku sorang awek, yelah kau an pandai." Sindirnya.
"Ahh malas aku. Gilah cari sendiri pakai waze." Sindir aku pula.
Lalu kami ketawa bersama-sama. Kamu terus berbual kosong sehingga kami sampai di dewan.
Aku sebenarnya aku dah ada awek dah. Namanya Ila, wanita cantik menjadi kegilaan lelaki di sekolah aku ni. Aku mula bercouple dengannya sejak tiga bulan lepas, dia yang minta aku jadi pakwe dia. Aku pun terima jelah, yelah siapa yang tak nak, dahlah cantik. Dahlah muka aku ni tak handsome, pastu kena panggil nerd lagi, susah nak dapat awek, so aku ambil peluang terbuka ni.
Katanya dia nak bagi suprise kat aku kat depan semua orang masa perhimpunan ni. Nasib perhimpunan hari ni dikendalikan oleh pelajar, takde cikgu yang terlibat, esok pula perhimpunan yang ada cikgu. Aku pun apa lagi, aku teruja lah, apalah dia nak suprise kat aku.
Beberapa minit kemudian kami pun sampai di dewan, kami duduk di dalam dewan dan menuggu perhimpunan bermula.
20 minit telah berlalu, perhimpunan pun dah bermula, setelah segala ucapan telah diberi, ketua pengawas sekolah aku, Dani yang menjadi pengerusi perhimpunan itu mula mengumumkan sesuatu...
"Diminta pelajar bertuah kita, Saiq naik ke atas pentas untuk menerima suatu kejutan untuk nya."
Aku pun bangun dan terus naik ke atas pentas. Pelajar lain menepuk tangan dan bersorak untuk aku, aku pula merasa teruja bila dipanggil. Aku pun berdiri di atas pentas.
Tidak semena-semena, Ila munculkan dirinya dari belakang pentas dan berdiri di tepi Dani, apasal tetiba dia ni berdiri sebelah Dani? Dia mencapai mikrofon yang dihulurkan oleh Dani dan mula bercakap...
"Saiq, hari ni dah masuk tiga bulan kita couple, jadi hari ni saya nak bagitahu sesuatu..."
Suasana dalam dewan sunyi, menantikan ayat Ila. Aku mula berdebar, apa yang nak dikatakan oleh Ila...
"Hari ni, kita Putus!!!" Sambungnya dengan nada suara yang kuat.
Bagai cawan kaca jatuh dari meja, cawan itu pecah berkecai menjadi kepingan kaca yang kecil, itulah apa yang hati aku rasa sekarang. Sangat terkejut, kecewa dan sedih. Aku bertanya pada dia...
"Ta... tapi kenapa? Apa yang saya buat kat awak?"
"Apa yang kau buat? Hmm... sebab kau ni baik sangat..." balasnya.
Hati aku yang dah berkecai jadi kepingan kecil dipecahkan lagi...
"Kau ni dahlah hodoh, lembik pastu nerd lak tu. Tolonglah, siapa nak dengan dengan kau ni, takde siapa pun nak dengan kau. Ni semua plan kami semua." Sambungnya.
"Kami??" Tanyaku lagi.
"Semua ni plan kami berdua." Tiba-tiba Dani bersuara...
"Ya, Dani ni yang sebenarnya bercouple dengan aku sekarang ni. Kami berdua buat semua ni untuk kenakan kau, nak malukan kau depan semua orang. Aku nak tunjuk yang kau mudah sangat tertipu." Ila bersuara pula.
Mereka terus ketawakan aku dengan kuat. Pelajar lain dalam dewan ini turut ketawakan aku tanpa henti, ada yang mengambil gambar aku yang dimalukan tu guna phone mereka.
Aku mengambil keputusan untuk tinggalkan tempat itu, aku terus keluar dari dewan. Aku perlu tenangkan diri aku, kena tahan marah aku, kena tabah dengan semua ini. Dengan perasaan yang penuh hampa dan kecewa ini, aku terus pergi dari situ, walaupun air mata aku mula nak mengalir, aku cuba menahannya. Tetiba seseorang menepuk bahu aku dari belakang, aku menoleh ke belakang, rupanya Khai...
"Bersabarlah bro, perempuan tu memang tak guna. Kalau aku, aku dah lama sepak perempuan tu. Lagi-lagi si Dani tu dah lah ketua pengawas tapi berkomplot buat benda ni. Aku taklehlah camni, kena buat sesuatu." Katanya pada aku.
Aku hanya mengangguk dan mendiamkan diri ku. Tapi dalam hati aku, aku berterima kasih padanya sebab bersama aku dalam keadaan susah begini.
Ketika kami berjalan keluar dari dewan, kami terserempak dengan guru disiplin, Cikgu Fateh, cikgu paling ditakuti oleh semua pelajar. Dia menghampiri kami berdua.
"Saiq ikut saya ke pejabat saya, kamu pun sama ikut sekali." Arahannya.
Kami menurut arahannya, kami pun ikut Cikgu Fateh pergi ke ke pejabatnya....
YOU ARE READING
MONSTER
RandomApa yang jadi bila seorang pelajar yang baik, skema, dan "nerd" berubah jadi sebaliknya... Apa yang jadi apabila sesuatu yang dianggap sebagai "raksasa" menjadi "hero"... Apa yang jadi apabila mereka berdua hidup bersama... Apa yang berlaku pada mer...