Intro

2.2K 42 0
                                    

Pada tahun baru..Dunia baru..Aku, Faris melangkah ke satu penempatan baru bagi aku..Iaitu Sekolah Teknik Balik Besi..Hurm..Kenapa tetiba aku boleh terfikir nak mohon sekolah teknik ni..?Entahlah..Ambik jurusan Kejuruteraan Awam.. Kelas aku 4 Awam 1..Sekolah berasrama..?Of course..Dorm aku dorm K bagi aku dorm KIMARKS..Huduh gila 'facilities' dalam dorm ni...Bilik bersepah katil ada 5...So maksudnya hanya 5 orang je dalam bilik ni...Huish...Selamat...

Apa kau ni Faris...Lepak la...Tu la...baru first time dok asrama..Selama ni dok bawah ketiak mak ayah kau..Hurm..kekok gila duduk jauh sampai ke Pantai Timur ni..Aku kira orang first gak la yang masuk bilik ni..So aku boleh cop tempat aku dengan locker aku...Aku pilih katil paling hujung sebelah locker aku..tengah kemas-kemas boleh pulak aku tertido..

"Pang..!!" bunyi pintu locker di hempas menyebabkan aku tersentak..Puaka betul..Siapa pulak yang buat bising ni..Hadoi..Tetiba aku jadi takut..Mungkin trauma aku datang balik..

"Jangan..!!!Tolong..!!" tetiba aku macam meracau..Seorang lelaki tidak berbaju hanya berseluar slack yang dibuka butang dan zip mendekati aku..Aku semakin takut..

"Woi..Kau ni kenapa..?Tu la..Dah maghrib tidur lagi.." lelaki tadi bersuara lantang menyebabkan aku terus terdiam..Hensem..Tapi garang nak mampus..Aku memang dah trauma sejak PMR arituh..Lelaki tadi terus mencapai tuala sebelum gerak keluar dari dorm..

************************************

Fuhh..Penat la siak orientasi.. Pengenalan sekolah la bagai..balik dorm pukul 10..Aku paling awal sampainya..Malas nak ambik minum malam..Mata dah mengantuk..kemas-kemas locker kejap tukar baju and then aku landing atas katil..Bersedia nak tidur..Hahaha..Awal gila aku tidur..Kat rumah lain..Kat sini lain..Baru nak tidur..Aku dikejutkan oleh seseorang...

"Woi..awalnya tido..tak nak kenal-kenal dengan budak dorm ke..?"Tanya mamat yang separa cina ni..Iye..Dia roommate aku..katil sebelah aku..Tapi aku tak cakap pun dengan dia..Hahaha..Sangat teruk..Aku memang payah nak kenal dengan orang baru..

"Hurmmm..Iye lah.." aku bangun sambil menutup mulut yang menguap..Time camni la nak kenal-kenal..Esok lusa tak boleh ke..?Hadoi..Pintu bilik aku dibuka...3 orang manusia yang elok paras rupa masuk..Termasuklah yang kejutkan aku tadi..

"Ha..Sape nama kau..?Aku Aqil..Aqil Ikram..Ni Azeem dan yang ni Aliff.."Budak yang muka ala-ala mamak memperkenalkan diri dia dan kawan-kawannya..Oh..Nama Aqil..Yang hensem tadi tu Aliff nama dia..Aku pun bersalaman dengan dia orang..Dia orang ni kawan sekolah rupanya..

"Aku Irwan..Kau kenalkanlah diri kau.." kata mamat separa cina disebelah aku ni..Hurm..Happening tetiba ni apahal..

"Ermm..Aku Faris..Awam 1" kata aku..Aku kembali ke pembaringan..Ngantuk bhai..I need sleep..

"Sombong.." Aliff bersuara sebelum menapak ke arah katil dia..Shit..Suka hati kata aku sombong..Orang mengantuk la setan..

"Ish..dah la..Dia ngantuk sangat..Jangan kacau dia..biar dia tidur.." Aqil ni memang memahami betul la..Aqil dan Azeem duduk di katil masing-masing..Irwan pulak ke tandas..Entahlah dia buat apa..Malas nak ambik tau..Aku terus menyambung tidur yang terganggu..

################################

HUHUHU..Dah mula dah sambungan cerita 'Kerana Seseorang' segala watak dan perwatakan adalah rekaan..Sekolah tu korang cari pun tak akan jumpa..Sorry sebab sikit sangat..baru awal kan..So enjoy membaca nanti..huhuhuhu

TERAKHIRWhere stories live. Discover now