PESAN

14 0 1
                                    

Masih ingatkah kau
Tika mana kesusahan datang menimpa nimpa
Tika itu nama Tuhan tidak pernah lekang dari bibirmu
Tasbih sentiasa di jari jemari mu
Lafaz zikir tidak pernah putus dari bibirmu

Masih ingatkah kau
Ketika kau fakir dan hina
Hampir semua manusia yang melintas
Kau merayu dan meminta
Biarpun kau malu, tapi demi sesuap nasi
Maruah kau terpaksa di gadaikan

Lalu mampir seorang lelaki
Hidupnya tidaklah senang
Cukup makan dan pakai
Rumahnya berbumbung nipah
Lantainya beralaskan kayu

Kau dikutip,dibela dan diasuh
Kasih sayang dicurah, ilmu di perah
Kehidupan sederhana, gembira tidak ternilai
Semakin hari, kau semakin membesar

Lelaki itu semakin tua
Pesannya satu, jangan kau lupa Tuhan
Sepertimana ketika kau susah
Senangmu bukan kerana ku, tapi kerna Tuhanmu yang Satu
Jangan kau lupa, saat kau susah.

RANJAUWhere stories live. Discover now