Solat Sunat Witir

123 8 1
                                    

Assalamualaikum wrt & Salam Eidul Fitri

*TAZKIRAH SUBOH : SOLAT SUNAT WITIR*

Solat sunat witir secara kebiasaannya ditinggalkan setelah selesainya Ramadhan.Dibawah adalah beberapa hadis yang menunjukkan betapa pentingnya solat sunat witir dalam kehidupan seharian kita .

*Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)*

*Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi:“Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.). Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.*

*Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).*

*Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.).*

Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.

*Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)*

*Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).*

Return To Allah Where stories live. Discover now