"Saya ada tugas khas untuk awak" kata big boss sambil meletakkan satu sampul surat yang besar di atas meja.
Segera Aila Al-Afieqah mengambilnya.Hujung sampul itu dikoyakkan secara perlahan.Isinya pula dikeluarkan.Beberapa keping gambar dilihatnya.Dahinya dikerutkan.Seorang lelaki bersama seorang perempuan sedang berpelukan di dalam gambar.
Mungkin faham akan raut wajah pada Aila,big boss memberi pula satu kertas yang ada di dalam sampul.
Huluran itu disambut.Sambil.dia meneliti kertas itu,big boss menerangkan tugasnya kepada lelaki di dalam gambar tersebut.
"Mulai dari sekarang,saya nak awak sentiasa dekat dengan lelaki ni.Walau dalam cara apa sekalipun.Lelaki ini dalam bahaya.Tugas ini hanya memerlukan orang yang hebat dan boleh dipercayai.Dan tugas ini saya berikan kepada awak.Sebab itu saya panggil awak kerana awak yang paling saya percaya dalam squad kita."
Aila mengganguk tanda faham.Kertas itu diambil semula dan diletakkan di dalam fail.Dia memberikan senyuman pada big boss sebelum berangkat keluar.
"Tapi sebelum tu.."
Suara big boss yang tiba-tiba sahaja kedengaran membuatkan Aila berpaling ke arahnya.
"Awak ada tugasan lebih.Saya jadikan awak sebagai guru agama untuk mengajar lelaki ini.Itu sahaja,awak boleh pergi"
Membulat matanya apabila mendengar kata-kata big bossnya.Namun dikecilkan semula setelah beberapa minit.
"Err..Big boss, boleh naik gaji tak?"
********************************
Itulah kisahnya sebab kenapa Aila boleh berada di sini.Depan rumah yang banglo yang besar macam istana.
Loceng gate ditekan.Pintu pagar terus dibuka secara automatik setelah penggera berbunyi.Sebelum masuk,kad khas yang diberi kepadanya tadi dikeluarkan.Ditelek kad itu sekali lagi dan dihalakan pada mesin pengenal.
Moden sungguh ciptaan manusia sekarang.Nasib baik tidak melampaui batas sangat.
Seorang wanita berbaju kurung keluar dengan senyuman di wajah menyambutnya.Dia membalas senyuman itu sambil bersalam kerana wanita itu nampaknya lebih tua.
"Cik Aila kan? Silalah masuk"
Aila mengangguk sambil masuk ke dalam rumah.Terkedu dia melihat perabot-perabot yang diimport dari luar negara ada dimana-mana sahaja saat dia masuk ke dalam.Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Mak Timah sebelum pergi memanggil seseorang.
Matanya melihat lagi pada ruangan tamu di hadapannya ini.Gambar-gambar yang ada di dinding menarik perhatiannya.Satu gambar besar memaparkan seorang lelaki sedang tersenyum menggoda sambil berposing.Aila menggeleng kepalanya melihat gambar itu.
"Cik Aila kan?" Suatu suara dari belakang menyentakkan dia daripada terus melihat gambar-gambar itu.
Dia memalingkan kepalanya ke belakang.Sesusuk tubuh sedang berdiri menghadapnya.Dia tersenyum sambil mengganguk.
"Silakan duduk" Lelaki itu kemudiannya duduk di kerusi kayu jati di satu ruangan sudut.
Dia duduk bertentangan dengan lelaki itu.
"Saya Dato' Alif Yahya.Saya rasa awak dah tahukan kenapa awak boleh ada di sini?" Tanya Dato Alif kepada Aila.Keningnya dijongketkan seperti meragui kemampuan gadis di hadapannya itu.Gadis kelihatannya seperti terlalu muda dan sedikit ayu.Dari segi pemakaiannya,tudung labuh berwarna hitam,dan berbaju jubah menimbulkan sedikit keraguan di dalam hati.
Aila perasan akan mata lelaki uti berdehem kecil.Dato' Aliff tersentak sedikit.Kemudian dia membetulkan posisi duduknya supaya lebih selesa.
"Awak ditugaskan untuk menjadi penjaga anak saya atau lebih sedap didengari,lebih kurang bodyguardlah" ujar Dato' Aliff.
Aila mengangguk faham.Dato' Aliff kembali menyambung kata-katanya.
"Dan satu tugasan tambahan boleh tak awak ubahkan anak saya? Jangan risau saya akan bagi extra money untuk itu"
Aila tersenyum.Dia mengangguk mengiyakan.Senyuman Dato' Aliff terus mekar di wajahnya apabila mendapat reaksi positif daripada Aila.
"Esok awak dah boleh mula kerja" Dato 'Aliff kemudiannya bangun dari tempat duduknya diikuti oleh Aila.
Mereka terus berlalu ke pintu.Aila mengucapkan tera kasih sebelum keluar dari rumah banglo tersebut.
Enjin kereta Audi R8 dihidupkan dan ditunggu sehingga sudah panas.Dia memberi salam dan terus meneruskan perjalanan.
********************************
New story....ade orng request cite nih...sbb tuh ade cite bru..haihh...sedih sbb cite lain tk abis lagi..pnatlah nk kerah otak nihh...by the way...sudah tertulis di title bhawa cite ni akn lmbat diupdate..so sorry!!
YOU ARE READING
Ops! Love For Me (SLOW UPDATE)
Teen Fiction'When a man truly loves a woman,she become his anything.When a woman truly loves a man,she will do many impossible things for the one she loves' Semuanya bermula pada hari itu.Hari dimana Aila Al-Afieqah mendapat satu tugas khas untuk menjaga seseor...