Bab 21

134 14 6
                                    

Di saatku dalam kesedihan, kau menyanyikan lagu irama.

*******************************

"Assalamualikum Hanis!" laung Sufi dari luar.

"Waalaikumussalam, Ha asal datang rumah aku petang petang buta ni? Telefon pun tidak. Kenapa ada masalah besar ke?" Hanis mengerling jam di dinding. Pukul 5 tapi dah macam pukul 7. Mungkin nak hujan.

"Teman aku main bola keranjang boleh?"

"Lah tu je ke? Ha,Kau masuk lah dulu, aku tukar baju jap." Pamit nya.

"Ok"

*******************************
"

Ma, orang pergi main dengan sufi jap. Nanti pukul 6:30 orang balik eh?" kata Hanis sebelum pipi mamanya menjadi mangsa ciuman.

"Ha ok. Balik awal ye. Nanti Sufi stay lah lama sikit. Auntie masakan makan malam" kepala Hanis di gosok lembut.

"Eh tak apa lah menyusahkan auntie je."

"Apa yang menyusahnya Sufi oooi. Kamu tu dah macam anak auntie. Makan ye. Nanti malam auntie call mama Sufi."

"Hmm ok lah macam tu. Terima kasih auntie."

"Bye ma" kata Hanis sebelum berjalan mendahului Sufi.

Puan Ariana hanya tersenyum. Tangan kanannya di lambaikan ke arah Sufi dan Hanis. Macam kembar dah. Kemana ada Hanis di situ ada Sufi hahaha.

******************************
"Sufi bagi aku bola!" Hanis menjerit seraya mengejar Sufi di belakang.

"Tak nak!" jeritnya.

'Ha ini kurang ajar. Ajak main tapi jadi macam ni. Main bola keranjang tapi dua orang je. Amenda tu dah macam orang gila aku terkejar kejar dekat sini'

"Dan goall!!!!!!!!" jeritan Sufi telah menyentakkan Hanis dan kembalikkan nya ke dunia sebenar.

Hanis sekadar mencebik. Takpe tak pe hari ni hari kau. Esok, lusa, kulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan hari aku pulak.

"Eleh merajuk ke awak!" Sufi tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya.

"Sufi main tak Aci!" jeritnya. 'Dah macam orang sakit jiwa di buatnya'

"Hahaha kejarlah sayang oii jangan lah duduk tercongok je. Sampai bila tak dapat bola. Halah macam kau tak biasa main bola keranjang." seloroh Sufi.

"Dah lah nak rehat! Kau nak main tu ha ajak bunian tu!" Hanis melangkah pergi.

"Wey jangan ah macam ni. Seram lak aku! Hanis tunggu!"

"Nah air" Hanis menghulurkan sebotol air kepada Sufi. Pantas sahaja tangannya menyambut botol tersebut.

"Sayang jugak kau dekat aku kan?" Sufi menjongkitkan keningnya.

"Heh? Gila aku aku tak sayang orang sengal macam kau ni"

"Hanis..." suara Sufi berubah kepada lembut.

"Aku rindu Yusra"

Senyuman ikhlas di berikan. "Ye Sufi aku pun rindu dia". Hanis sekadar merenung kedalam mata Sufi. Keikhlasan jelas terpancar. Dia betul betul cintakan Yusra. Mungkin selepas ini dia tak jadi macam ni lagi. Selepas Yusra balik daripada Hospital mungkin keadaan menjadi seperti sedia kala. Dia di pulau, di tipu, di sakiti. Tapi dia tidak kesah asalkan si dia tersenyum ikhlas.

Oh lupa! Yang esok Yusra dah balik yeay!! Aku tak pernah benci akan manusia ini. Aku sayang dia sebab dia jadikan Sufi sentiasa tersenyum dan tertawa.
Lemah lembut dia, ambil berat dia, senyuman dia fuhh tercabar iman lelaki seluruh Malaysia.

Selepas ini aku akan duduk tempat aku yang dulu. Duduk dengan Lia. Ha Lia apa cerita rasanya. Dia tu pun dah bahagia sekarang. Syukur! Sufi dengan Yusra. Hanif dengan Lia. Aku? Pergi mati lah sana.

Sebut pasal mati, aku tak tahu kenapa tetapi aku dapat rasakan yang kubur sedang menunggu ku. Mungkin perasaan je kot. Mengingati mati itu tidak salah dalam islam bahkan menginsafkan kita.

"Hanis aku cakap dengan kau ni!" sufi mengoncangkan tubuh Hanis.

"Huh kau cakap apa? Sorry tak dengar."

"Aku cakap lepas ni kau duduk tempat biasalah balik."

Aku terkesima. Tekaan ku betul. Tepat. "Ok" senyuman mula terukir. Aku takkan menangis di hadapannya lagi. Be strong Hanis!

"Kau percaya pada takdir?" soal Sufi tiba-tiba.

"Percaya. Sebab kita wajib percaya kepadanya. Itukan rukun iman ke enam." Hanis berkata lembut.

"Aku bukan tak nak percaya tapi aku takut."

"Sufi jangan kata kau tak percaya. Itu syirik! Dan hukumnya berdosa besar. Setiap ketentuannya pasti ada hikmah di sebaliknya. Kau kena percaya yang ini semua hanya pinjaman semata-mata. Rumah, kereta, harta, ibu bapa, kau, lia, hanif, yusra termasuk aku. Aku juga hanya pinjaman kepada kau. Aku takkan hidup selama lamanya Sufi. Aku bukan nak bajet alim tapi Aku sayangkan kau. Aku ulang balik. Aku sayangkan kau."
Mata Hanis mula berkaca. Dia tidak kesah yang dirinya di pulau selepas ini tetapi dia tak nak melihat rakan baiknya jejak kedalam pintu neraka. Tanggungjawabnya sekarang membimbing Sufi ke jalan yang lurus.

"Aku percaya. Aku takut. Aku tak nak sesiapa pun pergi dulu dari aku. Kau pun aku tak nak!"

"Sufi, hidup ni penuh dengan dugaan. Semakin kita di duga semakin kita dekat kepada- Nya. Semakin kita di duga semakin naik darjat kita. Kelak, aku akan pergi jugak. Jangan menangis bila aku tak ada. Teruskan hidup. Ingat tuhan sentiasa ada memelihara kau. Dia sayang kau."

'Ha mula lah aku nak berceramah.'

"Kenapa kau cakap macam ni? Kau tahu ke bila kau pergi? Kau jangan buat aku takut! Aku sayang kau lah gila!" Sufi berkata agak tegas.

"Memang lah aku tak tahu. Tapi aku cakap je. Kematian bila bila je boleh menjemput. Malaikat maut always stalk kita."

"Hanis aku sayang kau! Ingat kata kata azimat ni aku sayang kau. I love you damn much!" badan Hanis di goncang.

"Woi! Ilek lah! I love you tu simpan untuk Yusra. Aku tak layak. Kau sayang dia kan? Jangan lukakan hati dia."

"Nak peluk"

"Ha ni memang nak kena makan kasut! Aku punya lah bercermah dari A-Z dah mula nak buat dosa!"

"Hanis dah hujan lah! Bapak lebat!"

"Lari lah apa lagi!"

"Aku cakap 1,2 woi Hanis!!" sufi mengejar Hanis dari belakang.

"Sini lah cepat! Lambat!" Hanis terjerit kecil.

Tubuh kecilnya tiba tiba terlindung dari Hujan. Oh sufi memayungnya menggunakan sweater. Ermm terciptalah satu kenangan indah. Kena tulis dalam diari ni.

"Cepat jalan." bisik Sufi.

Kakinya pantas mengikuti arahan Sufi. Macam pasangan sweet couple gitu. Aipp ingat! Sufi yusra punya. Yusra punya yusra jaga.

I love this day damn much!

Assalamualikum dah hola hello. Taddaa!! Dah update satu lagi bab. Hmm kenapa eh, sufi mimpi kematian dan Hanis sentiasa mengatakan mengenai kematian? Apa maksud tersirat sebenarnya ni? Nak tahu? Nanti kita sama sama bongkar cerita ni. Sorry if cerita ni banyak sangat kesalahan bahasa. Typo lebih and lagi penting broken english. Author tak pandai sangat bab bab nak tulis english ni. Hmmm kena tusyen lagi ni. Ok lah Bye and jangan lupa vote 😘

Sacrifice Love Where stories live. Discover now