Aku mahu kahwin!!!

362 5 0
                                    

Sambil memandang isteri aku siram pokok bunga di halaman rumah jiran sebelah, di tangan aku sebatang rokok cap unta dan kepala aku kembali terpanggil dengan peristiwa-peristiwa sebelum aku dan isteri aku jadi laki-bini yang sah. Jiran aku pulang ke kampung dorang di Perlis dan meminta aku tolong siram pokok bunga mereka. Jadi tak kan aku pulak nak main siram-siram ni tak macho la. so isteri aku yang setia tu la yang kena wat kerja yang diamanahkan itu.Aikk siram pokok bunga rumah sebelah je. rumah sendiri? Arghhh rumah aku tak de pokok bunga, pokok lalang banyak...hmmm tapi lalang pun berbunga jugak kan...bunga lalang nak buat apa daaaaa...

*************************************************

Aku masih ingat lagi dulu, hampir-hampir aku nak mati.. kalau itulah ajal aku gamaknya.. Bila mana aku nak kena 'paw' dan kena belasah, kat belakang lorong gelap tengah-tengah bandaraya KL. waktu tu aku baru-baru kerja. Siap kena belasah teruk, aku pun silap konon nak shortcut nak naik cepat LRT so aku amik jalan tu. Memang kalau balik kerja, member rumah sewa Faruq mesti ada menapak lebih awal lagi kat setesen LRT..sebab tempat kerja dia dekat.. Tapi hari itu entah intuisi mana ada pada dia.. Dia cakap dia saje nak merayau lepas balik kerja, lagi pun dia balik awal kerja.. dan tak semena-mena ternampak seorang pemuda kena belasah... sah aku lah tu...Tapi Faruq ni jenis entah apa kuasa dia ada, 2-3 ekor mamat yang belasah dan nak 'paw' aku tu lari lintang pukang bila nampak kelibat Faruq... ada kuasa apa entah..carik la jugak mulut aku sikit, berdarah lah jugak.. dan duit aku selamat lagi ... walaupun dalam dompet aku ada RM10 je..Itu je yang aku ada sementara gaji 3 hari lagi. Kalau Faruq tak ada time tuh .. mungkin lagi teruk gamaknya aku kena.

Faruq memang duduk serumah dari dulu tapi aku tak pernah ambil tahu sangat kerja dia apa.. tapi kalau tengok tempat kerja dia tak nampak la best sangat.. best lagi tempat kerja aku sebab ada air cond.. kerja dia macam kuli gitu .. angkat barang kat store dan sewaktu denganya..Tapi okaylah dan tak kisah lah dia kerja apa, sebab dia dah tolong aku ketika aku kena belasah oleh samseng jenis apa pun aku tak tahu nak cakap. mungkin tak ada istilah yang sesuai dalam kamus Dewan keluaran DBP edisi keempat nak bagitahu betapa brutalnya dorang samseng ni.. Aku pulak kenapa tak lawan je... aku heheh lemah skit lawan melawan ni... main hockey boleh lah .. main bola tak pandai..Taekwondo pun kuning je pas tu ... pencen..

Teringatkan Faruq ini juga lah aku hampir-hampir tak jadi kahwin.. Bukan kerana aku minat kat Faruq uiksss aku bukan jenis macam tu lah... dan bukan juga Faruq minat kat aku, aku rasa tak, tapi tak tahu lah kot-kot dalam hati dia.. huhuhu uikss geli la.. sensored je lah scene ni okay..

Yang sebenarnya aku lebih kurang dah 2 tahun aku bertunang, dan telah 4 kali tarikh perkahwinan sentiasa dianjak, bukan sebab tak cukup masa dan tak ada masa... Nak cakap pasal masa, banyak sangat masa yang ada, kadang-kadang terlebih masa. Nak kata tak de orang nak tolong, ramai juga yang awal-awal tawarkan diri nak tolong dan sememangnya lebih ramai yang menawarkan diri nak datang makan kenduri, menketedarah dari nak datang menolong... termasuk lah Faruq. Tapi semua tu tak penting.. Yang menjadi masalahnya ... aku masih tidak cukup duit untuk kos semua tuh... dari mendirikan bangsal hinggalah nak beli cincin lagi dan macam-macam lagilah yang biasa orang beli dan perlu ada kalau nak kahwin..duit oh duit..kalau nak dikira mesti selalu tak cukup dan tak akan cukup sampai bila-bila..Tapi kali ni bukan kerja main-main, nak kahwin. uishhh bukan sehari dua, atau sebulan dua dan mestilah bukan setahun dua... sudah tentu untuk kekal selama-lamanya..

Kali ni aku tekad, semua segala-galanya kena bajet. Jangan sedap pandang terus nak beli. Sedap mata memandang walaupun tak lah penting sangat terus nak sambar... Aku kena ubah perangai kalau melintas di kedai-kedai yang ada jual barang yang boleh jadi sensitif pada mata aku dan aku tak peduli dengan isi muatan dalam dompet aku cukup ke tak...itu lah aku gamaknya. Minat dan hobi la katakan.. korang nak tahu apa yang sensitif kat mata aku ...hmm contohnya puzzle 3D hehehe. Aku suka mencabar diri dengan mencantum-cantum benda yang bercerai-cerai tu jadi satu objek.. bukan puzzle yang letak-letak jadi gambar, ni 3D, sebab tu harga pun boleh tahan gak... Tak kisah lah harga sampai 3 angka pun aku sanggup beli, itu tak masuk lagi yang aku order kat e-bay lah, amazon lah dan macam-macam lagi lah... yang lain lagi sensitif aku tak nak sebut lah kat sini wat malu je..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku mahu kahwin!!!Where stories live. Discover now