Chapter 20 - Rumah Baru

28K 1.9K 250
                                    

Aku yang sedang mengemop lantai tak habis mencuri pandang Jungkook yang sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Wei bawakkan aku air. " arah Jungkook. Aku akur lalu mengambil air kosong buatnya dari dapur.

"Ni." Kataku sambil menghulurkan air kosong buatnya.

Aku tak tahu kenapa. Setiap kali aku tengok dia, mesti aku rasa nak menangis sejak dia kata nak ceraikan aku.

Kalau betul dia nak ceraikan aku, wae dia buat hubungan dengan aku? Kalau aku mengandung, dia tak jadi cerai ke? Tak! Tu tak mungkin. Dia tetap akan ceraikan aku.

"Tercegat apa lagi kat sini? Tak reti buat kerja? " jerkahnya. Aku terus berlalu pergi menyambung kerjaku dengan cemas.

Kring kring!

Telefon rumah berbunyi. Aku segera mengangkat telefon rumah itu.

"Annyeonghaseyo. Rumah agam keluarga Jeon di sini. " sapaku lembut.

"Aaa Min Jung, ni omma ni. "

"Ouh omma. Wae telefon ? Omma nak balik Korea semula ke? "

"Aniyo. Omma nak cakap ni yang omma lama lagi katJepun ni sebab ada masalah teknikal pulak. Maybe lagi 3 bulan. "

"Oh. Gwenchana. Min faham kerja omma. "

"Baguslah tu. Ni omma dah carikan kamu berdua rumah kat Ilsan. Haritu omma dah janji kan nak belikan kamu berdua rumah. Nanti kemas rumah ya. Pemandu Gong akan hantar kamu berdua ke sana. "

Aku tergamam. Rumah-buat-kami-berdua?

"Err omma, kenapa susah-susah ni? Kami boleh je duduk sini. Tak perlu buang duit beli kami ru..."

Buk!

Telefon ditanganku tetiba dirampas seseorang. Aku tergamam. Aku menoleh ke tepi.

"Nae omma. Petang ni kami pindah. Gomawo belikan kami rumah."

Jungkook!

Telefon dimatikan lalu dia meletakkan telefon di tempat asal. Dia memandang anak mataku tepat. Jantungku mula berdebar.

"Now kemas barang. Kita nak pindah." arahnya dan berlalu ke biliknya.

Apa yang dia buat? Duduk di rumah baru. Berdua?

- Skip -

Aku baring di katil setelah penat mengemas. Penatnya!

Akhirnya kami dah pindah. Dan aku dapat bilik yang lagi besar daripada sebelum ni. Sebelum ni aku tidur di bilik pembantu tapi sekarang aku tidur di bilik yang besar. Katil pun saiz queen.

Lembutnya!

Aircond yang dipasang menerpa tubuhku. Nyamannya. Aku bangun lalu mencapai tuala. Baik aku mandi dulu. Segar sikit badan ni.

°°°

Selesai mandi, aku turun ke tingkat bawah lalu melihat jam.

10 malam.

Mataku meliar mencari susuk tubuh Jungkook. Mana dia?

"Ya chagi? Nae oppa datang sekarang. Sekejap ya."

Aku dengar suara Jungkook disebalik dinding.

Dia nak jumpa Halla ke?

Dia berjalan lalu bertembung denganku. Dia kelihatan terkejut.

"B-bila kau ada kat sini?" Soalnya padaku. Aku menunduk.

"Awak nak jumpa cik Halla ke?" Soalku semula.

"Aku benci soalan dijawab dengan soalan." Bidasnya dengan nada menyampah. Aku memberanikan diri memandang Jungkook kembali.

"Ya, dah lama." Jawabku untuk soalan Jungkook.

"Ya, aku nak jumpa Halla. " Jawab Jungkook untuk soalan aku pula.

"Kita baru pindah dan kemas barang. Awak tak penat? " Aku beri alasan agar dia tak keluar.

"Tak. "

Dia mahu melangkah ke pintu utama, tapi aku lantas bersuara.

"Sekurang-kurangnya, makan malam dulu? "

"Tak lapar. "

Aku memejamkan mata. Mataku rasa berair .

Jangan nangis, Min Jung.

Jangan nangis, Min Jung.

Jangan nangis, Min Jung.

Okay, aku menangis..

"Kau... Nangis? " suara Jungkook membuatkan aku tersentak. Aku tak berani pandang dia dengan keadaan aku macam ni.

"Tolong...jangan pergi. " airmata aku makin deras. Kenapa aku nangis ni? Kenapa aku emo sangat? Dulu dia nak keluar dengan Halla aku langsung tak kisah.

Tak, aku tipu.

Aku kisah sangat sebab dia... Suami aku.

"Kenapa dengan kau ni? "Dia pandang aku pelik lalu mendekatkan diri dia pada aku. Aku hanya menunduk. Aku dapat nampak kaki dia jadi maknanya, dia betul-betul dekat dengan aku sekarang.

"Dulu kau langsung tak kisah apatah lagi menangis macam ni. Kau ni kenapa? " soalnya lagi sambil meletakkan tangannya di dalam poket seluar jeansnya.

Badanku terhinjut sedikit akibat menangis.

"A-awak kata nak ceraikan saya. Jadi tak salahkan awak luangkan masa awak dengan saya sebelum kita cerai? " mataku makin berair

Aku dengar Jungkook mengeluh perlahan. Mesti dia menyampah kan? Aku ni mengada ke? Airmata ni pun satu. Tak berhenti mengalir kenapa?!

"Kau ni dah berfikiran sensitif ni. "

Aku geleng.

"Jebalyo. Sebelum cerai...luangkanlah masa awak untuk saya. " luahku.

Tiba-tiba daguku diangkat olehnya perlahan supaya menatap matanya. Ibu jarinya mengelap airmata yang mengalir dipipiku. Dia aku lihat sedang tekun meneliti segelenap wajahku.

"Stop crying because of me. Aku tak...boleh tengok kau menangis. " katanya lalu dia menjuntaikan rambutku di tepi telinga. Pipiku memerah. Jungkook merapatkan bibirnya di telingaku lalu berbisik.

"Aku tahu ni susah bagi kau tapi tolong berhenti cintakan aku supaya kau tak rasa perasaan kau terseksa. Aku mohon sangat. "

Cup!

Pipiku dikucup lembut oleh Jungkook membuatkan aku terkejut. Badan kecilku dipeluk olehnya lalu di mengusap perlahan rambutku.

"Berhenti cintakan aku... "

Aku tak tahu kenapa tapi...

Aku balas pelukan dia. Erat!

"Saya tak boleh. " kataku cukup perlahan dan halus. Aku tak tahu sama ada dia dengar atau tidak tapi yang aku tahu, aku dah luahkan semuanya.

Dia buat aku macam ni hanya cukup untuk buat aku jadi keliru.

Dia ni sebenarnya cintakan aku atau bencikan aku?

- TBC -

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[SUDAH DIBUKUKAN] Isteri Simpanan, Jeon Jungkook | JJKWhere stories live. Discover now