Episod 4

984 86 169
                                    

Pejam, celik, pejam, celik.

Hari sudah bersilih ganti,

Bukan sahaja hari bertukar pasangan,

Malah bulan juga bersilih ganti,

Mengantikan adik beradiknya yang lain.

Hari yang ditunggu oleh Villiana kini tiba,

Mereka yang bermusafir jauh dari perkampungan mereka kini sudah sampai dan disambut meriah oleh penduduk kampung.

===================

Di rumah ketua kampung,

Kini, pendatang dari luar yang bermusafir sudah singgah ke rumah ketua kampung.

Benar.

Itu adalah rumah pujaan hati Sniegas yang Sniegas sendiri tidak pernah jejaki.

Lima orang musafir yang terdiri daripada 3 orang lelaki, 1 orang perempuan dan seorang kanak-kanak. Mereka leka berbual dengan ketua kampung sambil menjamu selera, makanan tradisi kampung mereka.

Mereka rancak berbual sehingga perbuatan mereka terhenti apabila Villiana keluar dari arah dapur membawa sedulang air teh bunga ros.

Para musafir terhenti menyuapkan makanan kerana terpegun dengan keindahan didepan mata mereka malah salah seorang dari musafir lelaki terjatuh makanan dari bibirnya kerana terlupa dirinya menyuap makanan.

Mata lelaki itu tidak berkelip sehingga matanya dan Villiana berselisih dan Villiana memberi senyuman manis pada jejaka itu. Villiana kembali menuang air teh tersebut.

Ayah Villiana tersenyum sahaja melihat kesopanan Villiana dalam adat menuang teh. Terasa bangga kerana memiliki anak yang cantik, manis serta beradab. Terasa bagaikan dia seorang raja memiliki anak kayangan.

Seusai sahaja Sabrina menuang teh, dia perlu duduk disebelah ayahnya bagi meneman para tetamu.

Para tetamu mereka tidak putus-putus memuji kecantikan serta keunikan rambut serta warna anak mata Villiana yang kuning keorenan yang amat unik sekali. Mereka juga pernah berjumpa dengan ramai anak gadis kampung yang rupawan tetapi Villiana sahaja yang unik.

Villian seperti mahu benamkan wajahnya ke dalam tanah kerana terlampau segan apabila dipuji melangit sebegitu.

Dia tidak boleh menolak kata-kata pujian dari tetamu kerana di kampung mereka kata-kata pujian membawa tuah kepada isi rumah serta isi kampung.

Lelaki itu tidak putus-putus memandang Villiana. Villiana menyedarinya tetapi pura-pura tidak melihatnya kerana dia terlampau-lampau-lampau segan.

===================
"Nama awak siapa?" Tanya jejaka itu sebaik sahaja ketua kampung memberi kebenaran kepada mereka berdua untuk bersiar-siar.

"Villiana." Jawab Villiana. Dirinya berpayung manakala diri lelaki itu tidak berpayung.

"Nama awak?" Tanya Villiana sopan.

Ketidak kesopanan serta keganasan Villiana hanya Sniegas mengetahuinya. Sniegas juga tidak pernah mencanang pada penduduk kampung tentang sifat keganasan Villiana kerana itu ketika dengan Sniegas, dirinya lebih terbuka dan tidak terlalu terikat dengan kesopanan serta adab kampung.

"Bijie bieneh. Panggil Ie-ji." Ujar lelaki itu.

Lelaki itu mahu dikatakan terlalu kacak tidak juga, mahu katakan dia hodoh juga bukan kerana diri jejaka itu ada rupa.

Lelaki berbadan sedang dan mungkin ada juga otot abdomen kerana memikul barang-barang dengan tubuh badannya.

Villiana hanya menganggak dari pakaian indah yang tersarung cantik pada empunya badan.

Gadis Bunga Kuning (Rahsia 4000 Tahun) On HoldWhere stories live. Discover now