Andai dijulang si ego hingga ia mencengkam langit, takut-takut nanti ia terkapai-kapai rebah ke dunia tanpa ada tangan yang mencapai. Andai kata ego ditanam di dasar dunia, keseorangan, kesepian, takut- takut ia mati tanpa sebarang kawan sebagai peneman.
Begitu juga perkaitannya dengan manusia, jangan biarkan si ego menyelimuti hati, khuatir ia membongkakkan diri, tiba masa diri terpelecok jatuh, tiada satu tangan pun yang menghulur.
Tiba masa si ego merajuk, sudah tidak mahu berkawan lagi, saat itu akan hilang sesuatu di sudut hati, bukannya hitam yang berlumut tadi. Tetapi lenyapnya, punahnya, maruah seorang manusia kerana tiada ego pada diri.
YOU ARE READING
Ego sebagai teman
Short StoryJangan dibiar ego keseorangan,jangan pula diberi sejuta tumpuan.