1 - Penculik

209 20 0
                                    

Nama saya Sungji dan peristiwa ini berlaku semasa saya berumur 10 tahun. Ketika itu saya berada di kelas dan Mr Park masuk untuk berjumpa dengan saya. Muka dia nampak pucat sekali.

"Sungji, saya ada berita buruk. Awak kena bertenang dan dengar apa yang Sir mahu cakap." kata Mr Park dengan nada serius.

"Apa dia Sir?"

"Ibu awak baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan di tempat kerja. Kemas barang-barang awak dan ikut saya ke bilik Pengetua."

Saya begitu terkejut dan tak tahu apa yang berlaku. Kawan-kawan saya cuba menenangkan saya. Dengan keadaan bingung, saya kemas barang saya dan ikut Mr Park ke bilik Pengetua.

Pengetua sudah menunggu saya di biliknya. Saya duduk di kerusi dan Mr Park keluar sambil memesan kepada saya supaya tabah dengan apa yang berlaku.

"Saya baru sahaja bercakap dengan ayah awak." kata Pengetua sambil meletakkan telefonnya.

"Ayah awak cakap ibu awak cedera parah dan dikejarkan di Hospital. Ayah awak akan datang sebentar lagi. Awak perlu tunggu di luar pagar sekolah dan dia akan ambil awak disitu. Cepat sebelum awak terlepas." kata Pengetua sambil melihat jam tangannya.

"Tapi Pengetua..." kata saya

"Tiada tapi-tapi lagi. Pergi tunggu ayah awak diluar cepat."

"Tapi Pengetua..."

"Apa yang awak tunggu lagi! Ini bukan perkara main-main." kata Pengetua dengan nada tegas.

"Tapi Pengetua... saya sudah tiada ayah lagi. Ayah saya sudah lama meninggal dunia ketika saya bayi lagi..."

Pengetua itu tersentak. Dia terus menelefon pejabat ibunya dan mendapati ibunya tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan pun. Pengetua itu terus melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Guru-guru memberi arahan kepada anak-anak murid untuk tidak berjalan berseorangan. Ibubapa mula menjemput anak mereka balik dari sekolah apabila berita ini tersebar.

Sehingga ke hari ini, saya tidak tahu siapa lelaki misteri yang menyamar sebagai ayah saya dan apa yang akan terjadi sekiranya dia berjaya mendapatkan saya.

Sorry tk seram..huhuhu

305 p/p

Hye guys! Ni creepypista pertama author ( dan perkara pertama yg author publish😂 )...Poopoo hrp korg support creepypista ni eh😘muah ckit untuk korg😂🔫

Bonus!!
Kli pertama Author buat Boom untk korg,hri ni author akn publish lgi 2 creepypasta untuk krg!!!!yeah!!(tepukla sikit😂)...enjoy

creepypasta * kpop | mxxhh_Where stories live. Discover now