3 - Tepuk

118 18 5
                                    

Special untk Army💗 - fify

Pada suatu hari, ada sepasang suami isteri melakukan aktiviti mendaki di gunung.Si istri nama Jeon Jung Gae dan nama si suami Park Jimi Ni (huhuhu😂).
Bila matahari mula mahu terbenam, mereka menyedari bahawa mereka telah sesat.

Si isteri mula risau dan ditenangkan oleh suaminya. Mereka cuba mencari jalan pulang ke kereta mereka namun menemui kegagalan. Mereka semakin terdesak kerana hari semakin gelap. Mereka tiada kompas atau peta dan semua pokok kelihatan sama sahaja.

Sebaik sahaja mereka mahu berputus asa, mereka terjumpa sebuah rumah dua tingkat di tengah hutan. Rumah itu kelihatan usang dan tiada tanda ada penghuni di situ. Si suami ketuk pintu rumah tersebut namun tiada siapa yang menyahut. Pintu terbuka sebaik sahaja suami memusing tombol pintu itu.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah tersebut. Rumah itu kelihatan rosak teruk dan penuh dengan debu tebal. Ini menyakinkan mereka rumah ini sudah lama tidak berpenghuni. Mereka bercadang untuk bermalam disini sehingga pagi esok.

Suami mula mencari sesuatu yang boleh menjadi sumber cahaya dan dia menjumpai beberapa batang lilin di almari dapur. Suami itu menyalakan lilin dengan pemetik api. Apabila cahaya mula menerangi rumah tersebut, suami itu terkejut bila melihat dinding dapur tertulis sesuatu yang mengerikan.

Ia tertulis dengan warna merah yang menyebut "Mati! Mati! Mati!. Si isteri mula ketakutan. Apa yang lagi mengejutkan, bila suami menyentuh tulisan itu, dakwatnya masih basah .Mereka makin ketakutan namun mereka tiada pilihan lain.

Mereka terpaksa tinggal di rumah itu kerana terlalu gelap di luar. Mereka pergi ke tingkat atas dan terdapat sebuah katil dan selimut. Mereka baring di katil dan cuba menyelesakan diri mereka. Sedang mereka cuba tidur, mereka terdengar ada bunyi seperti ada seseorang atau sesuatu bergerak di semak samun.

"Oppa dengar tak? Junggie rasa ada orang di luar." bisik isteri kepada suaminya

Si suami cuba mendengar namun tiada bunyi kedengaran. Dia mula bangun dan berjalan ke arah tingkap. Dia tidak nampak apa-apa kerana gelap.

"Siapa tu?" panggil si suami itu namun tiada siapa membalas.

"Mungkin dia bisu." kata si isteri.

Si suami mula memanggil di tingkap.

"Ada sesiapa di bawah? Tepuk tangan sekali kalau ada, Tepuk dua kali kalau tiada."

Mereka cuba memasang telinga tapi hanya kedengaran bunyi cengkerik.(author:hok aloh , hok bodo nyo lah kerik ni😂 )

Pap!

Tiba-tiba mereka terdengar satu bunyi tepukan di bawah.

Mereka terkejut. Sangkaan si isteri itu betul ada seseorang di luar.

Si suami melihat ke bawah namun keadaan begitu gelap.

"Adakah awak tuan rumah ini?" kata si suami

Pap! Pap!

"Awak lelaki?

"Pap! Pap!

"Awak perempuan?

"Pap! Pap!

"Awak manusia?

"Pap! Pap!

Mereka mula rasa seram sejuk. Si suami mula risau dengan keselamatan mereka.mereka pun saling berpelukan (author:sweetnya😂)

"Adakah awak datang berseorang?

"Pap! Pap!

"Berapa ramaikah antara kamu semua? Tepuk sekali untuk satu.

"Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!..........,,,

Author tahu klu ada army bca diorang akn ship punya😂😂btw author ship JiKook / MinKook / KookJi / KookMin / KooChim / KookooChimChim dn sebagainya😂😂😂🔫🔫🔫btw korg ship spe dlm member BTS?sporting la skit😊

creepypasta * kpop | mxxhh_Where stories live. Discover now