Chapter 1

374 5 5
                                    

Naili mula memasuki ke kelas barunya. Dia memakai sepasang kaca mata hitam, berbaju blouse biru dan berseluar jeans hitam. Beg sandangnya digalas tepi. Kasutnya jenis tutup dan berwarna biru. Dia sangat suka memakai warna yang sama.

Naili mencari-cari tempat kosong sekiranya ada. Masih ada lagi di bahagian tepi tingkap. Sesampai di meja itu, Naili melabuhkan punggung di kerusi. Tiba-tiba dirinya terjatuh ke bawah. Serta-merta Naili meraung.
"Auuww!"

Satu kelas mentertawakan Naili yang terjatuh itu.

'Cis! Cempedak punya budak! Siapa yang rosakkan mood aku pagi-pagi ni?' dengus Naili dalam hati.

Lalu dia berdiri semula sambil menggosok bahagian punggungnya yang sakit itu. Matanya melilau-lilau mencari gerangan yang memalukan di hari pertama dia memasuki U.

Sewaktu mencari budak cengkadak itu, beberapa anak mata memandang ke arahnya tajam. Naila yang sedar itu, cepat-cepat mengalihkan pandangan.

'Uihh, pehal pandang aku macam tu?kalahkan mata helang aku tengok!' kutuk Naila dalam hati.

Seketika kemudian, seorang lelaki berjalan menuju ke arah Naila. Naila terundur beberapa langkah ke belakang. Lelaki itu semakin hampir dengan dirinya. Sehingga nafas lelaki itu terasa di pipi Naila. Lelaki itu membisikkan sesuatu ke telinga Naila.

Naila terus meluru keluar dari situ.

'Gila! Budak-budak kelas ni semuanya gila! Jahat!' jerit hati Naila setelah mendengar ucapan lelaki itu. Lalu air matanya jatuh ke pipi.

*******

"Hahaha.... Baru cakap sikit dah kecut! Anak emak!" ejek Daniel setelah puas mengenakan Naila tadi.

Yang lain hanya diam sahaja.Tidak berani untuk menyampuk pun. Daniel jadi begitu kerana wanita juga. Wanita yang merobek cinta sucinya.





Maaf, untuk bab pertama ni sya buat ringkas je. Insyaallah next punya panjang sikit. 😊😊By the way, tq baca! And please vote... 🙏🙏

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ISTERIKU SUPER MODEL!Where stories live. Discover now