aku sangka aku takkan ada di sini lagi. menulis pasal kamu. tapi aku salah. mungkin ini tempat bermukin bagi aku, setiap kali kamu pergi.
dan ya, kamu pergi lagi. sebab itu sekarang aku ada di sini. selesa menulis perihal situasi kini. seperti dulu di mana kamu pernah juga tinggal aku. beberapa kali.
kamu tahu? kalau dulu aku sangat buntu jika kamu tiada di sisi. aku berdebar. hendak menahan tangan dari menaip pesanan buat dihantar ke kamu itu, benda yg aku tak mampu. apatah lagi berhenti fikir pasal kamu setiap minit. sedang buat apa, sekarang lagi bersama siapa, makan apa tadi siang, banyak mana assignment yg kamu kata sampai sibuk sangat itu, tidur cukup atay tidak, dan hal hal lain yg berkaitan.
kamu tahu kan aku suka menulis. walau sekecil-kecil perihal, aku sangat gemar menulis. tapi demi lupakan kamu, aku berhenti menulis. aku membuat keputusan untuk tinggalkan menulis buat sementara, kerana kamu. untuk lupakan kamu. kerana selalunya yg aku tulis itu, hanya buat aku teringat tentang kamu.
jadi aku takkan lagi tulis tentang kamu, takkan fikir tentang kamu, setidaknya tidak terlalu. jika hadir nya kamu dalam ingat, aku sekadar iyakan dan biar berlalu. aku sudan tidak mahu simpan memori itu dalam bentuk catatan yg jelas.
dan sekarang, aku di sini lagi. tapi bukan untuk menagih hal hal cinta yg lalu. cuma untuk beritahu, sama semua yg membaca naskah ini, dan sama kamu—yg aku itu sudah mati. aku yg cinta sama kamu sudah tidak ada lagi. aku yg sering managih perhatian kamu juga sudah pergi. yg tinggal sekarang ialah aku yg sudah tidak ada rasa apa ketika menulis tentang kamu. ketika teringat tentang kamu. juga ketika ada yg sebut nama kamu.
kalau dulu, dalam setiap pintu gerabak keretapi yg terbuka aku mencari kamu. walau aku tahu kamu tak akan ada, ya aku mencari. jantung aku seakan terhenti seketika, bila terlihat yg seiras kamu. lalu kecewa bila diimbas lagi, ternyata bukan kamu. kalau lagu yg dipasang dalam kedai cd itu band favourite kamu, aku terus jadi bingung. lagi fikir, kenapa mesti kamu sudah tiada disini? kerap kali aku kunjung ke kedai fast food tingkat atas di klcc dan aku toleh ke meja yg pernah kita duduk berdua. kalau dulu aku rasa seperti mahu diremukkan memori yg ada tentang kamu. campak saja dalam lubang paling dalam. biar tak datang merangkak kembali. tapi sekarang aku mampu ketawa, terasa lucu sebab itu semua tiada makna rupanya.
di sini, aku cuma mahu ucap terima kasih. kamu sudah ajar aku bermacam perkara. kalau bukan sebab kamu, tak mungkin aku ada di sini. semoga kamu terus-terusan bersama bahagia yg selayaknya. terima kasih untuk semuanya.
