Jihyo bangun dari tidur.Jam diatas meja tepi katil dipandang.Jarum jam menunjukkan pukul 8.Jihyo bersandar dikepala katil.Baekhyun yang masih lena disebelah dipandang.Sayu dia melihat suaminya itu.Tidak sanggup dia pergi dari namja ini.Lebih-!! lagi anaknya Daeul.
Jika terbukti dia harus pergi dari kehidupannya ini.Dia tidak akan membawa Daeul bersama.Tidak sanggup untuk dia melihat anaknya itu menanggung kesusahan sepertinya.Biarlah Daeul bersama Baekhyun.
Handphonenya yang berada diatas meja berbunyi menandakan sms masuk.Jihyo mengambil handphonenya itu untuk melihat sms.
011xxxxxxxxx
Jumpa aku kat Cafe Heaven..Jihyo pelik.Siapakah gerangan yang menghantar sms kepadanya??
"Sayang.."teguran dari Baekhyun menyentakkan Jihyo.Handphone cepat-!! disorok dibawah bantal.Risau jika Baekhyun melihat sms itu.
"Ye,.."balas Jihyo.
"Dah pukul berapa ni?"tanya Baekhyun sambil mengosok matanya.Masih sedikit mengantuk.
"Dah pukul 8 oppa"jawab Jihyo.Baekhyun bersandar dikepala katil.Jihyo dipandang.
"Sayang ok?"tanya Baekhyun.
Jihyo mengangguk."Waeyo?"tanya Jihyo kembali.
"Muka tu macam ada masalah je"jawab Baekhyun.
"Huh..oppa ni macam tahu-!! je.Hyo tak ada masalah lah"balas Jihyo.
"Hyo.Oppa kenal hyo macam mana"ujar Baekhyun.Mata Jihyo dipandang.Mata itu bagaikan menjelaskan kepada Baekhyun yang isterinya ini dalam masalah.
Tiba-!! airmata Jihyo mengalir.Dia sebak.Tidak tertahan.Dia jelas sekali tidak sanggup untuk meninggalkan Baekhyun dan Daeul.Kasih sayang nya terhadap mereka berdua tinggi mengunung.
"Sayang..wae ni??wae sayang menangis ni?"tanya Baekhyun dan mendekati Jihyo.Airmata yang mengalir dipipi Jihyo dikesat dengan jari runcingnya.
Jihyo memeluk Baekhyun erat.Bagaikan tidak ingin dilepaskan.Baekhyun rasa pelik.Tetapi tetap membalas pelukan isterinya itu.
"Sayang wae ni??"tanya Baekhyun.
"Biarkan Hyo peluk oppa buat seketika"jawab Jihyo.
Baekhyun membelai rambut Jihyo.Riak wajahnya jelas bereaksi pelik.
"Ok.Tapi sayang wae?"tanya Baekhyun.
Jihyo menguraikan pelukan.Airmatanya dikesat."Oppa..Hyo nak oppa tahu.Apa pun yang jadi,kasih sayang Hyo terhadap oppa tak akan pernah padam.Begitu juga dengan Daeul"ujar Jihyo.
"Sayang wae cakap macam ni?"tanya Baekhyun.
Jihyo mengukir senyuman."Tak ada apalah.Hyo cuma nak bagitahu yang Hyo sayang sangat kat oppa dengan Daeul"jawab Jihyo.Baekhyun pandang Jihyo dengan seribu persoalan.
Jihyo merapatkan wajahnya dengan wajah Baekhyun.
Cupp!!
"Saranghaeyo oppa"ucap Jihyo dan setelah itu dia turun dari katil dan berlalu keluar.
Baekhyun terpaku.Sebelum ini tidak pernah Jihyo bertindak sebegini.Dia sebenarnya tertanya tanya apa maksud Jihyo.
Handphone yang berbunyi melenyapkan fikiran Baekhyun.Dia turun dari katil.Handphone yang terletak diatas meja kerjanya diambil.
"Yeoboseyo"jawab Baekhyun.
"Annyeonghaseyo..awak.Ermm..kita jumpa boleh tak?"tanya si pemanggil iaitu Hyeri.
"Jumpa??untuk apa??hari ni kan cuti"tanya Baekhyun.
"Tu saya tahu.Saya ada hal nak bagitahu awak"jawab Hyeri.
"Ok.Tapi tengahari nantilah.Boleh?"ujar Baekhyun.
"Boleh.Nanti kita jumpa kat Cafe Heaven"balas Hyeri.
.......................
Selepas menghantar Daeul kerumah Puan Song,Jihyo bergerak ke Cafe Heaven.Baekhyun pula sudah keluar.Katanya ada perbincangan dengan pekerjanya.Urusan syarikat agaknya yang harus diselesaikan.
Jihyo masuk kedalam Cafe Heaven.Dia tercari cari namja yang menyuruhnya datang ke Cafe Heaven ini.Tatkala seorang namja mengangkat tangan memberi isyarat kepadanya,Jihyo melangkah ketempat namja itu.
"Silakan"pelawa namja itu menyuruh Jihyo duduk.Jihyo teragak agak.Tetapi akhirnya dia duduk juga berhadapan dengan namja itu.Fikiran Jihyo memikirkan siapa namja ini??inikah namja yang menahannya ketika dia keluar dari tandas semasa keluar dengan Daeul??apakah yang namja ini mahukan darinya??
"Ada apa awak nak jumpa saya?"tanya Jihyo.Ada nada tidak senang disuara Jihyo.Ya..tidak senang dengan kehadiran namja ini didalam kehidupannya.
"Buatlah pesanan dulu"arah namja itu.
Jihyo mengeleng."Saya datang nak tahu apa yang awak mahukan??saya tak nak makan ataupun minum"ujar Jihyo tegas.
"Ala..janganlah marah"tiba-!! namja itu memegang tangan Jihyo.Jihyo tersentak.Tangannya cuba ditarik untuk dilepaskan dari pegangan namja itu.Tetapi namja itu semakin mengeratkan pegangannya.
"Lepaskan!!"arah Jihyo.Suaranya sedikit dikeraskan tetapi tidak terlalu kuat.Tidak mahu berlaku kekecohan.
"Hyo"teguran seseorang mengejutkan Jihyo.Tatkala memandang orang itu,Jihyo makin terkejut.Namja yang amat dikenalinya.
Jihyo menarik tangannya kuat dari pegangan namja dihadapannya ini dan dia bangun berdiri.Jihyo memandang Hyeri sekilas yang berdiri disebelah Baekhyun.
"Oppa..ni bukan macam yang Oppa fikirkan"ujar Jihyo.
"Apa yang Hyo buat kat sini?"tanya Baekhyun.
"Oppa.."percakapan Jihyo dipintas.
"Oppa nak Hyo balik sekarang"arah Baekhyun.
Jihyo takut.Takut melihat wajah Baekhyun.Namja itu kelihatan marah.Arahan suaminya itu sangat tegas.Jihyo hanya mampu mengangguk dan berlalu keluar dari Cafe itu.
"Aku tak kenal siapa kau.Aku tak tahu apa niat kau.Satu je aku nak cakap.Jangan jumpa isteri aku lagi"pesan Baekhyun kepada namja itu.Baekhyun berlalu pergi.
"Bagus kerja kau"ujar Hyeri sambil senyum sinis.
....................
"Sayang naik atas mandi.Lepas tu rehat"pesan Jihyo kepada Daeul.Daeul mengangguk dan naik ketingkat atas.
"Hyo tak jawab lagi soalan Oppa"ujar Baekhyun.Jihyo memusing kebelakang.Kini dia dan Baekhyun berdiri bertentangan.
"Oppa.Hyo tak kenal siapa namja tu.Dia yang suruh Hyo pergi Cafe Heaven"jawab Jihyo.
"Tak kenal..tak kanlah tak kenal boleh pegang tangan"kata-!! Baekhyun mengejutkan Jihyo.Kedengarannya Baekhyun mula sangsi akan dirinya.
"Dia yang pegang tangan Hyo.Hyo tak benarkan Oppa"ujar Jihyo.Oppa!!..tolonglah percaya.Rayu hati Jihyo.
"Tapi wae Hyo tak tarik je tangan Hyo??ke rasa seronok bila dia pegang tangan?"pertanyaan Baekhyun betul-!! mengejutkan Jihyo.Tidak dia sangka yang pertanyaan ini yang keluar dari bibir Baekhyun.
"Oppa..please..jangan buat Hyo macam ni"rayu Jihyo.Airmatanya mengalir dipipi.
"Hyo tu yang sepatutnya tak buat Oppa macam ni.Keluar dengan namja lain.Berpegangan tangan.Oppa ni siapa??"ujar Baekhyun.Suaranya keras.
"Oohh..patutlah Hyo sedih sangat pagi tadi.Inilah puncanya.Oppa tahu.Hyo sedih pagi tadi sebab Hyo takut hubungan Hyo dengan namja tu terbongkar kan??"tuduh Baekhyun.
Jihyo terpempang.Kejutan yang teramat sangat keatas dirinya.Besarnya tuduhan Baekhyun keatas dirinya.Tubuhnya rasa lemah.Kini dia bagaikan seorang yeoja yang tidak patut dipercayai dimata Baekhyun.Suaminya.
BERSAMBUNG...
KAMU SEDANG MEMBACA
[ C ] flower boy s3 : a rainbow of love • bbh
Fanfiction❝ I hope that real love and truth are stronger in the end than any evil or misfortune in the world ❞