Belum bersedia

7 0 1
                                    

Kadang-kadang rasa takut bila cakap pasal nikah.
Rasa ingin terus kekal begini.
Ya,semua berimpian untuk mendirikan rumah tangga.
Kerna aku tahu semua tu bukan mudah.
Kau kena ada ilmu dalam segalanya.
Kau kena latih diri banyak bersabar.
Kau kena pikul tanggungjawab yang lebih besar
Kau kena kuat,tabah dan bersedia untuk apa jua kemungkinan yang akan berlaku.
Sebab? Allah itu sentiasa menduga.
Kadang dia beri kita bahagia sementara.
Sedetik kita lalai. Dia tarik kebahagiaan tu dalam sekelip mata,kerana dia ingin menduga hati-hati kita.
Itu yang aku takut.
Takut jatuh tersungkur dan susah untuk bangkit.
Biarlah dulu.
Biarlah aku memperbaik diri yang serba kekurangan ini.
Biarlah aku mempersiap diri dengan agama dan ilmu.
Biarlah aku sehingga bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab itu.

Buat jodoh yang masih rahsia,
Persiapkanlah dirimu dulu dengan ilmu, perbaiki dulu agama serta imanmu seperti yang cuba aku lakukan wahai bakal suamiku. Agar kau dapat membimbingku dan kita saling melengkapi kekurangan kita nanti.
Datanglah padaku waktu kau benar-benar bersedia. Jumpalah waliku. Aku setia menunggu.

Sekian.-07082016-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 06, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Belum BersediaWhere stories live. Discover now