Chapter 1

4.3K 24 10
                                    

Kau tak kenal aku, tengok muka aku pun tak pernah kan?

Tapi aku kenal kau, semua tentang kau aq tahu dan aku simpan baik-baik dalam ingatan aku dan supaya kau lebih terasa dekat dalam hati aku....

Aku sukakan kau...
Tak...

Sebenarnya lebih dari tu.
Aku cintakan kau.

Walau apa pun yang terjadi. Kau akan jadi milik aku. Itu janji aku!

****
Hong Fa datang ke sekolah dengan berlari sekuat hati, dia cuba sepantas yang boleh. Dah terasa macam boleh join team olahraga dah kalau hari-hari macam ni. Ceh! Detaknya dalam hati. Kalau bukan kerana monster tu, tak ada kerja dia nak kelam kabut macam ni semua. Hidup dia pun tentu tak kucar kacir macam ni dan dia pun sudah semestinya boleh hidup dengan aman dan damai.

Tapi tak! Dalam banyak-banyak orang! Monster tu jugak pilih dia jadi hamba abdi dia. Menurut kata monster tu lebih tepatnya jadi maid sebenarnya.

Ya.... Inilah rutin dia sekarang. Berbeda masa yang sebelum ni, melepak bersama teman-teman dia yang dulu dan memikirkan masalah duit. Sekarang hidupnya seolah-olah 1/3 diabdikan pada si monster yang sesungguhnya adalah seorang yang sangat persistent! Yang amat!

Tapi... Jika difikirkan pada sudut yang positif takder la teruk sangat. Bukannya dia jadi maid sia-sia pun. Bayar gaji jugak,lumayan jugak tu. So? Tak rugi pun. Tapi! Jangan cakap pada He tian yang dia pernah rasa terfikir untuk bersyukur yang He tian ambil dia jadi orang gaji kat rumah tu.kalau tak sampai ke sudahlah He tian akan ungkit pasal ni semata-mata untuk malukan dia. Hoho! Discount malu dia sikit.

Hong Fa hampir jer terlanggar pelajar lain sewaktu dia berlari menuju ke entrance sekolah. Dari jauh dia dah ternampak Jian Yi dan Xixi masuk ke dalam kawasan sekolah. Seperti biasa couple tu tak pernah terlepas dari buat scene comedy kat public. Okeh! Dah nak dekat! Lepas bagi lunch kat He tian boleh lah dia-

Brakk! Tak semena-mena dia terasa badannya terasa seperti terangkat di udara dan ada tangan yang melingkar di pinggangnya.

What in the world-

Baru sahaja caci maki percuma nak terkeluar dari mulutnya, tiba-tiba sahaja tak jadi. Bagaikan tersekat di biji halkumnya dan dengan automatik juga kata-kata tersebut ditelan sedalam-dalamnya. Nahas....

"Yo!" ye selamba, arrogant, sadist dan macam-macam lagi. Kalau tak buat perangai lahanat dia tu sehari bukan He tian lah namanya.

Vein pop dah muncul di kepala Hong Fa, dia mengetap bibirnya. Kalau diikutkan nak jer dia hamburkan semua perkataan kotor yang ada kat dalam dunia ni tapi memandangkan He tian ni gangster yang mungkin akan bunuh dia dengan sekali petik jari jer, dan memandangkan jugak yang dia masih sayangkan nyawa dia. Terus terbantut niatnya.

Dahlah selamba sahaja peluk orang, buat muka tak bersalah pulak tu.

Hong Fa mendengus, tanpa membuang masa tangannya memegang bekas tupperware yang berisi lunch He tian.

"Seriously? Setiap pagi macam ni matilah aku! Kau ingat aku takder kerja ke pagi-pagi lagi dah nak lari pergi sekolah supaya aku sempat hantar makanan kat kau?"

He tian tak perdulikan Hong Fa, minatnya lebih pada ingin mengetahui makanan yang berada di dalam tuppeware tu.

Tak disangka-sangka pemuda berambut hitam yang selalu ditemani dengan pandangan yang tajam seperti harimau kumbang, tersenyum dengan polos. Ye tuan dan puan, anda tak salah baca. Senyum dengan penuh innocence dan Hong Fa yang first time lihat He tian boleh tersenyum macam tu (sebab biasanya dia selalu dapat senyuman sinis dan ejekan dari He tian).

Hong fa terasa seperti jantung dia berdegup dengan pantas ataupun dipanah dengan panahan cupid- eah!!! Apa kau mengarut ni Hong Fa?! Kau dah gila ker apa?! Jangan cakap ni adalah permulaan untuk kau develop crush kat He tian. Ampun! Mintak dijauhkan! Tolonglah! Perkara tula yang kalau boleh dia nak elakkan. Falling in love dengan Sadist tu? Tidak!!!!

He tian masih 'berasmara dana' dengan Lunchnya. Tak perasan sedikit pun, dengan Hong Fa yang tenggelam dengan khayalan alam fantasinya sendiri. Tapi enough is enough, He tian menutup bekas lunchnya.

"Apa susahnya? Sekolah sama, bukan kita sekolah lain pun. Kau nak pergi sekolah jugak kan? Ke kau memang ada plan nak skip? Kurang asam la kau ni. Sejak bila pandai jadi kaki ponteng ni?" sinis He tian, padahal diri sendiri pun pernah skip. Ahahaha! Celakanya kau He tian! Sumpah hipokrit! Diri sendiri pun bukannya suci sangat, pandai jer kau nak marah orang sebab nak ponteng sekolah.

Hong Fa dan mencebikkan muka, kemudian dia berlalu pergi meninggalkan He tian yang terpinga- pinga di belakang. Malas nak melayan orang gila, nanti tak pasal- pasal pulak berjangkit.

He tian yang ditinggalkan pula memutuskan untuk membiarkan Hong Fa pergi, alah bukan lama pun. Nanti akan datang balik juga bila-bila dia panggil. Tak percaya? Dengan kuasa butang hijau kat touch skrin smartphone dia ni, Hong Fa akan secepat mungkin datang assist apa sahaja yang dia nak.

Selepas kelibat Hong Fa menghilang di sebalik pintu pagar sekolah, He tian mencium tangan dia yang memeluk pinggang Hong Fa tadi. Perlahan-lahan matanya tertutup untuk menikmati bau pemuda berambut merah tadi. Kemudian muncul senyuman ngeri pada wajahnya dan LED smartphonenya bercahaya.

Mecej masuk?

"Hong Fa kesayangan kau tu dah selamat dah sampai, duduk kat seat dia macam biasa. Seriously? Sampai dia duduk kat seat dia pun,perlu ke aku report kat kau?"

Dia tersenyum. His red head safe and sound.
Kemudian laju jer dia menaip pada skrin telefonnya. "Shut up. And do as I said. Aku bayar kau kan? Kau buat kerja kau yang benar. Ingat! Report! Itu kerja kau!"

"Fine, sorry boss. Aku akan spy Hong Fa dan buat macam yang kau suruh." lengkap dengan emoticon smiley yang terjelir lidah.

He tian berdesis. Tapi menenangkan dirinya semula. Kurang ajar betul orang bawahan dia ni. Ada ke patut dia berani merungut. Ikutkan hati nak jer dia sepak laju-laju budak tu sampai melutut minta maaf.

Apa pun yang penting sekarang, mata-mata dia akan sentiasa lihat dan rakam gerak geri Hong Fa. So setiap masa akan ada report baru masuk dalam notification smartphonenya.

Such a creepy... But he's that kind of guy. Bila dia curious, dia akan obses dan bila dia semakin obses, rasa obses itu akan bertukar pada rasa ingin memiliki. Dan seterusnya ke fasa possessive... Dia tak tahula sejak bila dia jadi macam ni dengan Hong Fa. Segala yang dia lakukan, akan sentiasa muncul image pemuda itu bermain-main di fikirannya.

Dia cuba lupakan, dia cuba untuk menjadi se-sadist yang mungkin pada Hong Fa. Tapi masakan dia mampu untuk menafikan diri sendiri. Dan ketika itu dia baru tersedar yang dia dah pun falling in love dengan Hong Fa.

Nak berpatah balik juga tak guna. Sudah terlanjur dan terlalu jauh perasaan dia. Apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah sentiasa berada dekat dengan pemuda itu dan cuba untuk membuatkan pemuda itu jatuh cinta padanya tanpa mengesyaki sebarang method yang dia gunakan.

Fuck.... I really messed up this much huh?

He tian memandang ke arah langit biru. Dia mendepakan tangannya ke atas untuk menggapai kapas-kapas awan yang menghiasi dinding biru itu tapi mengeluh... Kerana ia terlalu mustahil untuk digapai.

Kemudian teringatkan Hong Fa... Tak! Dia takkan benarkan Hong menjadi seperti langit biru tu. Yang sangat mustahil digapai dari posisinya. Dia berjanji walau apa pun yang terjadi, dia akan buatkan Hong Fa jatuh ke dalam pelukannya.

19 Days Fanfiction : Falling ApartTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang