The point of no return

154 8 0
                                    

Summary:

He tian chooses the path where it will destroyed their relationship for forever. Or will they let it happens? When will He tian learned to never let angers consumes him? When will Guan Shan realized that he deserved a happiness for himself and there's someone close to him willing to give all of that? so after this whole fiasco, what's left anymore between them?

Notes:

WARNING!!! mentions of Rape. sorry if you guys doesn't felt comfortable by this, please kindly hit the 'back' button instead read and bash me. *sobbing* be kind to me okay? this is the first chaps I come up with after my own breakdown. other than that, please enjoy!


Kadang2 kita hanya mengingat perkara kejam yang pernah berlaku ke atas kita
Dan kadang-kala kenyataan yang lebih memeritkan bahawa kita juga tidak pernah terlepas dari menyakiti seseorang dalam hidup kita
Tanpa sedar kita hidup di dalam dunia yang serba hipokrisi.

Guan Shan kini berdiri di hadapan pintu apartment He tian. Tangannya yang masih mengeras memegang pemegang pintu tersebut.

Untuk seketika dia tenggelam dalam dunianya sendiri, pencemaran bunyi di sekelilingnya cuma kedengaran seperti desingan yang menyakitkan kepalanya.

Di sebalik pintu ni... Kalau dia membuka pintu ni... Dia akan melihat He tian... Entah apa yang He tian lakukan sekarang ni. Tidurkah dia? Tak... Sekarang masih siang lagi. Makan ke? Eah? Kalau ya pun makan apa? Bukannya dia tak tahu yang tekak He tian sudah terbiasa dengan makanan yang dimasak olehnya sehingga lidahnya kelu untuk merasa makanan buatan orang lain.

Tengok? Kritikal tak kritikal si He tian ni.

Dia teringat lagi bila He tian pernah hubunginya semasa cuti musim panas untuk ke apartmentnya hanya kerana Si monster bajak hitam tu tak sanggup menelan instant food lagi dari convinience store. Dan ketika itu,Guan Shan berada di Kampung halaman ibunya untuk sepanjang cuti musim panas. Itulah perancangan awalnya... Tetapi.... Gara-Gara monster bajak hitam tu.... Cuti musim panasnya berakhir menjadi pembantu rumah sepenuh masa di apartment He tian. Dan pemuda bersurai hitam itu tak sudah-sudah menyuruh dia buat itu ini hanya untuk menahannya dari pulang semula ke kampung halaman

Sebenarnya kalau He tian tak buat macam tu pun, dia tetap akan tinggal di sisi He tian. Dia juga tak sanggup tinggal He tian keseorangan dan kebuluran. Tambah-tambah lagi ketika dia baru sahaja sampai di stesen tempat He tian tinggal. Pemuda bajak hitam itu bersemangat sekali menyambutnya dan melambai-lambai dengan penuh girang (macam kanak-kanak riang pun ada) sebaik sahaja kakinya menjejak di atas platform.

Dah kenapa pulak kau boleh jadi tetiba rasa macam tak sedap hati ni. Instinct dia kuat mengatakan yang kalau dia bukak pintu ni,sesuatu yang buruk akan berlaku....lagi kuat pula mengatakan "Jangan bukak pintu tu Guan Shan. Anything! But please not the door!"

Tapi dia fikir logik la, apa jer yang bahaya boleh jadi kat dia dekat rumah He tian nih. Apapun dia kena kuatkan semangat, sebab dia datang sini nak kerja bukannya-

Kemudian datang kembali imbasan memorinya mengenai kejadian pada petang tadi. Kenapa He tian datang kelas dia marah-marah? Serang William membabi buta pulak tu! Bukannya nak ada perasaan bersalah, muka sebijik macam pembunuh bersiri yang dia selalu nampak dalam series drama detektif dalam kaca televisyen.

"He tian!!!"

Tak sampai dalam masa beberapa minit pun setelah diimbas semula bagaimana William ditendang dan dipukul tanpa belas kasihan dari He tian, darahnya dah menggelegak. Marahnya tak boleh ditoleransi lagi, entah dari mana datangnya keberanian untuk menghadapi He tian ketika itu.

19 Days Fanfiction : Falling ApartTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang