keinginanku

2 0 0
                                    

Kehidupan terhenti tika kau tiada,
Kenanganku terus melakar di hidupmu.
Ingatanku hanya ad dirimu,
Menemani diriku selalu.

Keinginanku terhadapmu kian membara,
Tika kau menjamu di hadapan mata.
Setiap hari ku inginkan kehadiranmu di sisi,
Menemaniku tak kira waktu.

Kau bintang dan sinar yang menerangi gelapku,
Yang ada dihatiku setiap waktu.
Yang menunjukku ke arah ke jalan yang benar,
Menjadikan ku mutiara seperti nama.

Setiap kali terbayang dirimu,
Setiap itu juga keindahan tercipta.
Jika aku sentiasa gembira,
Ku mahu kau juga bersama.

Igauanku terhadapmu sentiasa ada,
Mengiringi hidupku setiap masa.
Aku terus bersamamu dikala duka,
Memberimu semangat untukmu selamanya.

Sungguh aku cintakannya,
Tiada tandingan untuk sesiapa.
Hanya dia dalam tangisan air mata,
Menerima segala duka sengsara.

Kau kekasuh membawa bahagia,
Hilang sudah kedukaan yang melanda.
Seindah nama sang putera,
Indah juga tuan puterinya.

KeinginankuWhere stories live. Discover now