"Kau tahu tak sekarang pukul berapa?"
Aqram bertanya sambil memeluk tubuh di atas sofa sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah.
"Tak"
"Dah pukul dua pagi la! Bukan dua petang tau! Dua pagi!" Aqram mencabut jam dinding lalu menghalakannya betul-betul di depan muka aku.
"Ohhh.. jadi?" aku menjawab dengan muka bosan.
"Petang tadi aku ajak kau main game tapi kau cakap nak keluar ambik angin kejap. Kau tahu tak berapa lama aku tunggu? Tiga belas jam weh" Aqram mengetuk-ngetuk jam dinding di tangannya dengan muka geram.
"Memang aku sengaja pun keluar lama-lama" aku menjelir lidah pada Aqram, saja nak buat sakit hati.
Aqram nak balas balik tapi dia cuba kawal emosi. Dia duduk atas sofa, peluk tubuh dan silang kaki dengan muka sombong.
"Tak apa" ujarnya dengan suara tenang lalu menyambung.
"Aku pun dah menyampah tengok muka kau. Hari-hari menghadap kau. Kau ni dah membosankan. Dah takguna. Dah tak boleh pakai. Dah layu. Dah-"
Belum sempat dia habis cakap, aku tendang dia sampai jatuh sofa.
Aqram jatuh terjelopok di atas karpet. Dia tak bergerak selama lima belas saat dan pandang aku dengan mata bulat. Ah sudah, budak ni kenapa tak bergerak pulak?
"Kau kenapa?" aku bertanya.
"Aku rasa kaki aku patah"
Takguna. Ingat ke apa la tadi.
"Jadi....." Aqram melaga-lagakan kedua-dua hujung jari telunjuknya dengan muka kesian.
"Kau memang taknak main game dengan aku ke?"
"Ah, esok jelah" aku menjawab selamba.
"Tak boleh! Esok hari ahad la!" Aqram memberi alasan.
"Baguslah kalau hari ahad. Banyak masa nak main"
"Alaa hujung minggu nak tengok boboiboy" rungut Aqram mengada-ngada sambil mengoyang-goyangkan bahunya dengan gedik.
Aku mengetuk kepala dia. Kadang-kadang dia ni macam budak-budak tak matang tahu tak. Dah la suka boboiboy. Tak gentle langsung. Lain kali tengok la hello kitty. Baru best.
Oh, lupa nak bagitahu.
Ni abang kembar aku. Lahir lima minit awal (dia bangga sebab tu).
Nama dia Aqram. Dia nampak bodoh, selalu buat lawak bangang, perangai kadang macam setan, dia tetap terbaik. Dia lah abang aku, tetap kelakar even hambar.
YOU ARE READING
cgmtb | ?
Teen Fiction2016. - discontinued. the daily life of a chaotic twin. complete : once.