BAB 1

3.1K 15 0
                                    

"The next candidate. Rozita binti Mustafa. Graduated from overseas. I mean, Universiti Sains Malaysia, Penang." Ujar Arfy Qhairant. Ayman Hyeqal terus menyampuk omongan abangnya Arfy Qhairant yang sedang tersenyum sinis.

"Abang. Do you think local universities are not qualified to? Malaysia still has a good quality of local graduates," celah Ayman Hyeqal yang rasa tertekan akan sikap cerewet abangnya ini. Hendak memilih calon pekerja seperti memilih isteri juga.

" Yeah, I know, not all. But most of our interview, had the same problem. Poor command of the english language. " jawab Arfy Qhairant yang kini duduk berhadapan adiknya di bilik kerja. Mereka sedang menyemak status calon pekerja yang baru selesai ditemuduga untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Kebanyakan jawatan memerlukan pekerja berkelulusan tinggi dan mempunyai kemahiran dalam bidang perkapalan serta pengalaman yang luas.

" Abang, ini Malaysia. Apa masalahnya, kalau kita gunakan bahasa kebangsaan kita dalam urusan syarikat? Ini tak, dalam meeting, surat menyurat, komunikasi dengan pekerja, semuanya guna bahasa Ingeris. Walaupun darah kita ni campuran Inggeris Melayu tapi kita rakyat Malaysia. Kita lahir disini, kita membesar di sini. Bahasa kebangsaan kita Bahasa Melayu. Patutnya kita berbangga, dengan bahasa kita. Mummy kita omputih abang, tapi setiap kali datang ke Malaysia, dia sedaya upaya belajar dan cakap bahasa melayu. Tapi kita yang tinggal ditanah air yang tercinta, dok sibuk nak guna bahasa Inggeris. Cubalah ambil contoh negara Japan, China, Korea! Mereka bangga dengan bahasa Ibunda mereka. Tapi tak ada pula, mereka ketinggalan malah mereka semakin maju menguasai ekonomi dunia." Tegur Ayman Hyeqal pada abangnya, tidak puas hati.

"Ayman, lesson. Bisnes kita, bukan bisnes kecik tau. Tapi, syarikat perkapalan terbesar di asia. Segala kapal dagang dari seluruh dunia, akan berlabuh di pengkalan kita. Bila dah namanya syarikat perkapalan, kita harus berurusan dengan pelanggan seluruh dunia. Sekarang ni, bahasa apa yea yang satu dunia boleh faham? Bahasa Inggeris kan? Jadi wajarlah, abang pilih calon pekerja yang fasih berbahasa Inggeris supaya tak menjadi masalah dalam urusan kerja nanti. Adik, abang tak lupa ya bahasa ibunda kita. Kalau adik suruh abang bersyair dan berpantun pun, sekarang abang pun boleh buat. Don't raise the stupid issue, okey?" Arfy Qhairant membalasnya lalu menyemak semula fail-fail pekerja. Sepatutnya Jabatan Sumber Manusia yang menguruskan pengambilan pekerja, namun Arfy Qhairant mahu terlibat kali ini secara langsung kerana dia tidak berpuas hati dengan prestasi pekerja yang dipilih. Setelah disiasat, rupa-rupanya saudara mara mereka. Ini tidak adil sama sekali.

"It's up to you abang. Wow, that girl! So beautiful.. ..abang, tadi abang ingat tak? Dia calon yang adik ternganga sebab kelancaran dia berbahasa Inggeris. Macam kunyah kacang! Abang, tolonglah pilih dia, please abang... please...." rayu Ayman Hyeqal yang dalam hati sudah bertaman bunga. Resume dan gambar pemohon ditatap teliti bersama debaran dihati. Cantik.

"Perempuan lagi? Adik ni, tak habis-habis perempuan-perempuan! Cubalah bawa bertaubat..." bosan Arfy Qhairant dengan sikap adiknya ini. Pantang nampak perempuan berdahi licin, mulalah mengatal. Padahal dahi licin tu, dikaburkan dengan bedak sekati.

" Adik ni, dah tahap gatal nak bernikah tau. Ikutkan, tak boleh nak tahan lagi dah. Tapi selagi abang tak nikah, Tok Mummy tak akan bagi adik langkah bendul. Habis tu adik nak buat macam mana? Kerja mengatal jelah tengok perempuan. Macam mana nak bertaubat, kalau abang tu tak reti-reti nak berbini?

Abang asyik lari je masa nikah. Dah masuk tiga kali tau abang lari. Pelik abang ni.... sakit jiwa ke?" Bebel Ayman Hyeqal tidak berpuas hati.

"Uitt, cakap baik-baik sikit. Ingat abang sengaja ke lari? Semua tu bersebab tau. Bakal isteri-isteri abang dulu tu, Tok Mummy yang aturkan semua. Bukan pilhan abang. Abang ni, dah la tak ada rasa cinta pada semua pilihan Tok Mummy tu, yang mereka pergi tunjuk macam-macam perangai yang pelik-pelik depan abang sebelum menikah, siapa suruh? Nasiblah! Abang tak bodoh lah nak mempertaruhkan hidup abang dengan menikahi perempuan entah apa-apa perangai. Ni, ada pula calon terbaru. Peninglah Tok Mummy ni, selagi tak kahwin selagi itulah dia tak putus asa." Arfy Qhairant menyandarkan tubuhnya ke kerusi yang empuk itu. Matanya memandang ke atas sambil minda memikirkan rencana pernikahan keempatnya setelah tiga darinya gagal.

Ayman Hyeqal menandatangani surat kelulusan temuduga untuk calon yang bernama Fatimah tatkala melihat abangnya sedang ralit mengelamun. Hatinya agak berkenan jadi hanya ini jalan untuk melorongkan hubungan yang lebih bermakna lagi.

Apa agaknya yang dilamunkan abangnya itu? Teringatkan bekas kekasih ke, merangkap bakal isteri tak jadi? Fairani? Gadis pertama yang mengajar abangnya erti cinta. Tapi, kehadiran gadis itu telah memporak perandakan hidup abangnya. Kesannya sehingga kini dapat dibaca.

"Tok Mummy mahunya tak risau, dah tua bangka abang tak mahu kahwin lagi. Ke abang masih cintakan Fairani? Abang masih menunggu dia?" Tercekik air liur mendengar omongan adiknya itu. Mata terus dihantar tepat ke muka adiknya.

"Uittt, jangan disebut nama itu lagi." Rasa mengeletar seluruh jasad dikala nama itu disebut. Terimbau kenangan yang sangat pahit untuk dikenang kira-kira 8 tahun yang lalu. Ketika hatinya benar-benar bahagia dan teruja benar ingin bergelar suami, tiba-tiba bakal isteri lari meninggalkannya 3 jam sebelum majlis pernikahan. Segala-gala rasa menyusul selepas itu. Serik, trauma, perit, malu, kecewa dan terluka yang amat dalam. Cinta? Pada hari bersejarah itu, cinta terus terkubur tanpa nisan.

"Amboi, kenangan terindah sampai tak sanggup mendengar nama itu lagi?"

"Bukan. Abang anggap perempuan tu dah mati..." balas Arfy Qhairant. Walau sebesar hama, cinta memang sudah tiada lagi hitungannya dalam hati.

"Habis tu, kenapa abang selalu lari atas alasan-alasan yang adik rasa, dapat dimaafkan?"

"Jodoh adik, itu hanya penyebab. Yang pastinya, jodoh abang dengan orang lain. Bukan mereka. Lagipun, abang tak tahu macam mana nak kenal isi hati orang perempuan ni. Mereka ni, kadang-kadang bagai ular. Lembut bila disentuh tapi racun membunuh. Apa yang ditunjukkan dan dilihat, bukan diri mereka sebenar. Dan, adik tak tahu apa-apa so jangan nak tunding jari pada abang. Abang tak akan batalkan pernikahan atas alasan yang remeh temeh!"

"So, dah selesai siasat siapa Syaff tu?"

"Sedang... Dalam tempoh dua bulan, maklumat yang diberi Rasul tak cukup mantaplah. Syaff ni, suka terperuk je dalam rumah. Tak ada dia keluar ke sana ke mari macam calon-calon yang abang pernah tinggalkan sebelum ni," maklum Arfy Qhairant.

"Hurmm, bermakna kata Syaff ni memang perempuan baik lah abang. Memang sopan santun, lemah gemalai macam abang nak tu."

"Aduhai, tapi kenapa hati abang rasa sedap yek?"

"Masalahnya, hati abang tu. Fikir yang negatif saja. Dalam dunia masih ada perempuan baik-baik walaupun tak ramai. Okeylah, adik masih boleh sabar menunggu, tentu ada seseorang yang tercipta untuk menjadi isteri abang, tapi tolonglah kali ini bernikah ya abang. Adik nak menyusul pula. Tak nak tua-tua baru kahwin, rugi..." pujuk Ayman Hyeqal lagi. Arey Qhairant mengelengkan kepalanya lalu meneruskan kerja yang belum selesai namun matanya membulat apabila Ayman Hyeqal meluluskan pengisian jawatan untuk gadis tadi. Ayman Hyeqal hanya tersengih.

PENGANTINKU JATUH DARI LANGITWhere stories live. Discover now