BAB 2

2K 7 0
                                    




"Tuan-tuan, dan puan-puan sekalian. Hari ini chef Rinieta akan memasak masakan yang paling enak di dunia iaitu, sambal tumis petai menggunakan dapur kayu. Nampak seperti ketinggalan zaman kan? Tapi, seronok tau memasak menggunakan dapur kayu ini. Disamping menguji kesabaran untuk menyalakan api, kepulan asap-asap ini juga dapat menghantar satu rasa aneh dan misteri semasa memasak. Baru ada cabaran. Betul tak?" Terang Rinieta dengan ramah.

Rinieta meniupkan bara api agar membiak menjadi api mengunakan buluh. Dahi dan pipinya sudah tercoreng dek arang bagaikan askar yang sedang menghadapi musuh. Itu sudah menjadi perkara biasa bila memasak menggunakan dapur kayu.

"Baiklah, akhirnya api dapur kayu berjaya dihidupkan. Kita boleh memulakan acara memasak kita untuk hari ini. Mula-mula sekali, kita diletakkan kuali atas para dan panaskan minyak. Kemudian, ditumiskan cili kering yang telah saya digiling bersama bawang merah, bawang putih dan halia sebentar tadi.

Wow, wanginya. Menyentap deria bau saya. Okey kita kacau dengan sudip ni dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak.  Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 

Setelah itu, kita baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan petai biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air ya tuan-tuan dan puan-puan jika nampak sambal agak kekeringan.

Hurmm, sementara menunggu sambal tumis petai saya masak, jom kita sembang-sembang pasal petai ni. Saya memang suka sangat makan petai. Sehari tak pekena, memang tak boleh duduk. Tengok, saya boleh kunyah dan makan begitu saja." Rinieta mengambil sebiji petai mentah lalu mengunyah petai bersahaja.

"Petai sebenarnya sangat baik untuk kesihatan terutama untuk menambahkan tenaga. Saya tahu, ada yang suka makan dan ada yang tak suka. Ada yang nak makan tapi malu sebab baunya dan risau dikatakan kolot dan kekampungan. Ishh, janganlah macam tu. Rugi tau.

Tuan-tuan dan puan-puan jangan risau, ada petua untuk menghilangkan baunya. Selepas makan, kunyahlah timun yang dibuat ulam tu. Selain itu, boleh juga kunyah beras mentah tapi jangan ditelan tau. Kunyah seketika dan buang. Di antara dua pilihan diatas, kunyah beras adalah yang paling berkesan sekali untuk hilangkan bau petai.

Ada juga yang risau, selepas makan petai air kencing akan berbau busuk. Jenuh sental nak hilangkan bau. Sebenarnya, masalah ini boleh diatasi dengan cara minum susu segar sebelum atau selepas makan petai. Jadi tiada lagi masalah kencing berbau.

Okey puan-puan, sambal tumis petai saya sudah pun masak dan saya akan menghidangkannya panas-panas. Taraaaaa, inilah resepi sambal tumis petai saya. Jangan lupa ya mencuba di rumah. Selamat mencuba!" Rinieta menghiburkan hatinya sendiri semasa memasak.

Berangan menjadi chef terkemuka seperti Chef Wan lagaknya. Al maklumlah, belajar setakat SPM, berangan sajalah jawabnya.

Rinieta tersenyum senang melihat hasil peperangannya di dapur. Walaupun masih mengunakan dapur kayu di zaman moden ini, namun alah bisa tegal biasa. Asalkan dapat rezeki mengisi perut dengan petai ini, dia sudah bersyukur. Sehari tak pekena, memang gundah gulana.

"Rin, dah siap ke masak? Lapar bonar opah nak makan sambal petai ni.." Opah Milah menjenguk cucunya dari gerbang dapur.

"Sudah opah! Rin dah siap hidangkan ni. Jom makan? Tak sabarlah opah..." Opah Milah turun ke bawah rumah untuk makan tengah hari. Terbuka seleranya serta merta melihat sambal tumis petai masakan cucunya.

"Apa yang disembangkan sorang-sorang tadi tu? Dah buang tabiat ke? Dapat suami tua, baru tahu?" Opah Milah duduk bersila di hadapan hidangan sambil menegur cucunya.

Rinieta tergelak kecil. "Opah ni, orang cuma berangan-angan jadi chef je. Bukannya orang menyanyi kat dapur. Kalau menyanyi, barulah dapat suami tua!"

"Alah bercakap dan menyanyi tu sama je. Kang rentung sambal petai ni, mana nak cari lagi? Ini pun nasib baik, opah dapat duit bahulu tau. Boleh merasa makan petai..

Rin, petang ni dah boleh siapkan tempahan kuih bakar ya? Makcik Peah nak tiga dozen untuk kenduri kahwin anak dia minggu depan." Maklum Opah Milah sambil mencedok sambal petai ke pinggannya. Cukuplah satu jenis lauk yang ada asalkan lauk itu petai. Sudah membuka selera mereka.

"Baiklah opah. Rin dah beli semua bahan-bahan. Petang ni, Rin mula buat..." Opah Milah tersenyum dan angguk faham. Cucunya yang seorang ini sudah boleh diharap untuk meneruskan perniagaan kecil-kecilannya itu. Tapi, pendapatan yang tidak menentu ini membuatkan Opah Milah risau memikirkan nasib cucunya. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Anaknya, ibu kandung Rinieta iaitu Halijah telah meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi, manakala ayah kandungnya entah hilang ke mana. Dia pun entah berapa lama lagi nak hidup, bagaimana nasib cucunya selepas dia tiada nanti?

PENGANTINKU JATUH DARI LANGITWhere stories live. Discover now