Bab 21

22K 574 32
                                    

( Haridz Hakimi P.O.V. )

" maaf isteri dan anak-anak anda tak dapat diselamatkan. "

Kata-kata itu menusuk jiwaku. Aku bagaikan kaku. Aku pandang tanganku yang masih punya kesan darah Sara dan Hafiz.

" ya allah apa aku dah buat ni?! " jerit aku. Airmata mengalir deras di pipiku.

Aku meronta-ronta dan berteriak. Aku bingkas bangun. Hatiku tidak tahan menahan perit.

Tiba-tiba semuanya bagai hilang. Lenyap. Aku pandang sekeliling. Aku bukan berada di hospital. Aku di sebuah bilik. Bilik?

Aku pandang ke sebelah. Tubuh seorang wanita tak berbaju dan hanya dilitupi sehelai selimut aku pandang. Karmila? Macam mana dia ada dekat sini? Macam mana aku ada dekat sini?
Aku segera kejutkannya dengan kasar.

" you kenapa ni? " soalnya manja.

" apa kau buat ni?! " jerkah aku.

Dia diam.

Aku segera menyarungkan kemejaku. Handphone yang berada di sebelah ku capai. Aku segera keluar dari bilik hotel itu.

Sambil berjalan di lobi , aku memeriksa handphone aku.

Sayang

37 missed calls
23 messages
20 whatsapp

Sungguh aku terkejut melihat banyak panggilan dan mesej dari Sara. Aku cuba mendail kembali , namun hampa. Tidak bersambut.

Sambil memandu aku memeriksa satu persatu mesej dari Sara.

5. 20 p.m. - Abang.. balik awal ya. Mak Som takde. Tinggal Sara dengan anak-anak. Sara takut. Lagipun due date Sara nak dekatkan.

9.00 p.m. - Abang baliklah. Perut Sara sakit. Sara rasa dah nak bersalin.

Hakimi membaca mesej itu dengan perasaan terkejut. Sungguh terkejut.

9.20 p.m. - Abang.. cepatlah air ketuban Sara dah pecah. Sara dah tak tahan. Please..

9.23 p.m. - Abang please angkat call..

Dada Hakimi bergetar tak seimbang.

10.15 p.m. - Abang tolonglah.. Sara dah tak tahan.. sakit..

Hakimi baca mesej itu berkali. Sungguh hatinya berdebar. Tiba-tiba percakapan Alif di kelab malam tempoh hari bermain di fikirannya. 

" sampai bila kau nak macam ni Kimi? Kau tak kesian ke dekat Sara? Dia tengah pregnant tau. Anak kau yang ketiga pulak tu! Buang-buanglah perangai buruk kau tu bro! Cuba jadi seorang suami , seorang ayah yang baik. Nanti bila dah takdek , baru kau nak menyesal. Time tu dah tak guna bro! "

" ya allah kau selamatkanlah isteri aku. " acap kali Hakimi berdoa.

***

* flasback *

Sara sedang melayani karenah Hafiz dan Haira yang sementara menunggu mereka tidur. Tiba-tiba perutnya terasa sakit. Berkerut-kerut mukanya menahan perit.

" mama..mama kenapa ni mama? " lembut Haira bertanya.

" Haira.. Haira tolong ambilkan handphone mama dalam bilik sayang. Mama nak call papa. " arah Sara. Haira segera menuruni katil lalu keluar dari bilik.

"  mama..mama tak mau nangis. "  Hafiz mengelap airmata Sara. Sara masih mampu melemparkan senyuman kepada anaknya.

Setelah Sara menerima handphoneya , Sara segera membuat panggilan kepada Hakimi. Satu pun panggilannya tak terjawab.

Sara menggenggam cadar katil anak-anaknya. Rasa sakit semakin menyelungi. Hafiz dan Haira turut kelihatan resah.

" mama..mama.. " panggil Hafiz sambil menggegarkan peha Sara.

Sara pandang ke arah jari telunjuk Hafiz yang menghala ke arah kain yang diapakainya. Kainnya sudah basah dibasahi air ketuban.

Dengan perlahan-lahan sara keluar dari bilik lalu menukar pakaian. Kemunculan Hakimi masih tertunggu.

Jam menunjukkan pukul 10. 45 malam. Kelibat Hakimi masih belum muncul. Sara membuat keputusan untuk memandu ke hospital sendiri.

Kunci keretanya dicapai. Dengan rasa sakit yang kian menggunung. Airmata Sara berjujuran keluar.

Keretanya dipandu perlahan mengikut rasa sakit yang dialaminya. Hafiz yang duduk di hadapan hanya senyap. Wajah kecil itu jelas sedang ketakutan. Haira yang duduk di belakang turut senyap memandangkan tiada apa yang mampu mereka lakukan.

Keluar sahaja dari simpang rumah , tiba-tiba perut Sara semakin sakit. Akibat terlalu terkejut dengan kesakitan itu. Sara cuai. Dia memandu tanpa memandang ke arah kiri. Saat kereta Almeranya dipandu keluar. Sebuah lori dari simpang bertentangan sedang laju.

Suara dentuman yang amat kuat kedengaran.

Kereta Sara dirempuh lori. Bahagian hadapan keretanya remuk.

***

Setelah Hakimi pengsan di cafe selesai minum air yang telah diletak ubat tidur , dia dibawa ke bilik hotel oleh orang suruhan Karmila.

Karmila merenung Hakimi yang sudah tidak sedarkan diri di atas katil. Satu persatu butang baju Hakimi dicabutnya. Tiba-tiba getaran bunyi di dalam poket seluar Hakimi menganggu mereka.

Sara mengeluarkan telefon pintar itu. Satu persatu mesej dari Sara dibacanya.

" matilah kau Sara! Dulu aku perangkap kau dengan Dato' yang muflis.. tapi kau dapat Hakimi. Sekarang dia milik aku. "  ucap Karmila sendirian lalu tersenyum riang ke arah Hakimi.

* end flashback *

Hakimi tiba di rumahnya. Apabila sampai di rumah , kelihatan banyak kereta yang memenuhi ruang rumahnya. Malah turut ada yang parking di luar rumah. Keadaan yang sesak itu membuatkan Hakimi keliru. Hakimi memakirkan kereta di luar kawasan rumahnya lalu berjalan kaki masuk ke dalam kawasan rumah. Alangkah terkejutnya saat melihat sebuah van putih yang tertera van jenazah di hadapan pintu masuk rumahnya. Dimana tempat biasa keretanya diletakkan.

Sesal Where stories live. Discover now