Pergi; halaumu
Berambus; usirmu
dan demi janji persahabatan
akan aku biar kau sendiri
kerana aku faham dan tahu
betapa perit untuk kau bersamaku.Memang salah aku
tidak sedari awal
tinggalkan kamu
Biar kau sakit sehari
dari merana kelak nanti.Aku rela kau membenci
sepatutnya sejak dulu lagi
Andai dulu sudah kau pergi
pasti
kau tidak berduka hari ini
mungkin
suatu hari kelak
kau akan mengerti
betapa aku menyayangimu
Temanku...Andai...
kau enggan memahami
tak mengapa
cuma
ingat aku
masih sahabatmu
tetap sahabatmu
Sentiasa menyayangimu.Haliesa Aliesha | 25102007 | 0025
KAMU SEDANG MEMBACA
Himpunan Ayat Manis untuk Yang Kehilangan
PoetryWe lost. We gain. We live. Thanks for voting! 🌟