PLASEBO

249 18 23
                                    

Nur Alya Qaisara meregangkan otot selepas hampir satu jam menyiapkan kerja Fizik yang dibekalkan oleh Puan Ayu.Alya kerling jam di dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 10 malam. "Awal lagi nak tido. Layan Youtube dulu lah"detik hati Alya. Alya melangkah ke arah meja belajarnya. Alya segera menghidupkan computer riba ASUS pemberian ayahnya. Jarinya berlari di atas papan kekunci menaip 'Running Man'.

"Lamanya tak dating dengan Kim Jong Kook"gumam Alya sendiri. Sedang Alya leka menonton, muncul satu iklan yang memaparkan 'TEKAN PAUTAN INI UNTUK MEMENANGI RM3000.ANDA MEMPUNYAI 30 SAAT DARI SEKARANG.' Alya mencuba untuk menutup iklan tersebut tetapi gagal.Apabila masa yang diberi telah tamat, skrin komputer ribanya memaparkan 'ANDA KALAH!'. Beberapa saat kemudian bekalan elektrik terputus. Alya terjerit kecil dan pantas mengambil iphone6S plusnya yang terletak di atas meja. Alya lantas mencari aplikasi flashlight.

Bilik Alya diterangi oleh flashlight tersebut.Alya menyedari sesuatu yang aneh. Ya, dia bukan berada di dalam bilik tidurnya tetapi di dalam satu bilik yang asing baginya. Alya mendail nombor telefon ibunya tetapi tiada isyarat. Alya bingung dan duduk di sudut bilik dan memerhati sekeliling. Putih. Bilik tersebut bercat putih tanpa sebarang perabot atau perhiasan. Alya merapatkan lutut ke badan dan menyembamkan mukanya. Alya menangis. Pelbagai soalan berlegar dimindanya. Di manakah dia? Apa yang sedang berlaku? Adakah ini mimpi?. "Mama,papa Lya nak balik"ucap Alya perlahan diselangi tangis yang berterusan.Alya akhirnya terlelap. Tanpa Alya sedari, seseorang sedang memerhati dengan senyuman sinis terlakar di bibir. Di dalam matanya yang biru itu tergambar kebencian dan dendam yang mendalam. "Aku akan pastikan kau tak akan hidup bahagia lagi selepas ini Nur Alya Qaisara binti Dato' Othman".

Alya terjaga dari tidur kerana kesejukan yang dirasai sehingga ke tulang. Sakit segala sendi badannya kerana tidur hanya beralaskan lantai yang sejuk. Alya pantas mengingati kejadian semalam. Perlahan air matanya mengalir. Jauh di sudut hati, Alya yakin mama dan papa sedang mencarinya. "Eh, dah pukul berapa ni. Aku nak solat. Kiblat arah mana? Laparnya"rungut Alya sendiri. Ya Allah, kenapa semua ini berlaku padanya. Apa dosanya. Di mana silapnya. Siapa yang memperlakukan dia sebegini. Bilik tersebut masih dalam keadaan yang sama cuma yang berbeza bilik itu kini diterangi lampu. Dia terkenang kembali saat bahagia bersama keluarga dan sahabatnya.

Alya merupakan anak tunggal pasangan Dato' Othman dan Datin Fazilah. Alya ditatang bagai minyak yang penuh. Apa sahaja yang dihajati pasti akan menjadi kenyataan. Tetapi dia sunyi. Dia selalu berasa iri hati dengan teman-temannya yang mempunyai adik beradik. Alangkah bagusnya jika dia mempunyai adik beradik. Mama dan papa Alya sibuk menguruskan perniagaan yang semakin hari semakin maju. Hidup Alya mewah tapi jauh di sudut hati dia kekurangan kasih dan sayang. Masih segar di ingatan Alya. Semasa dia masih kecil, dia sering diberikan sepenuh perhatian. Tetapi apabila Alya sudah meningkat remaja, mama dan papa seperti mengabaikan dia. Dia rindu suasana yang dahulu. Bahagia.

Alya bersekolah di SMK Puteri. Di sekolah dia merupakan pelajar contoh kerana setiap kali peperiksaan pasti dia yang teratas. Semua guru bangga akan kejayaan Alya. Alya mempunyai seorang sahabat baik iaitu Puteri Maisarah. Mereka berdua sering mengulangkaji pelajaran bersama. Puteri segan bersahabat baik dengan pelajar contoh tetapi kerana sikap merendah diri yang ada pada Alya, membuatkan Puteri selesa bersahabat dengan Alya.Alya sering mengajak Puteri untuk menyertai setiap pertandingan yang dia sertai. Bagi Alya, kejayaan yang dia peroleh tidak bermakna jika tidak dikongsi bersama Puteri.

Kalau tidak ke sekolah, pasti Alya akan meluangkan masa di perpustakaan. Dia tidak betah duduk di rumah seorang diri. Dia jarang dapat meluangkan masa bersama keluarganya kerana mereka selalu sibuk dengan urusan masing-masing walaupun pada hujung minggu. Kawan-kawan Alya pelik apabila mengetahui Alya tidak mempunyai kekasih hati. Alya sangat cantik kerana mempunyai kacukan di sebelah mamanya dan memiliki mata yang berwarna hijau kebiruan. Dia bersyukur dengan kecantikan yang dia miliki tetapi dia tidak jadikan itu sebagai satu kelebihan. Baginya kecantikan yang dia miliki hanya sementara dan satu hari nanti pasti akan ditarik semula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PLASEBOWhere stories live. Discover now