Bab 5

2.5K 50 0
                                    

Aku laju menghirup minuman di hadapan. Bahagianya terasa apabila haus disuakan air. Hampir tiga jam aku, Fika dan Sara menghabiskan masa berjalan di dalam Pavilion. Di tangan masing-masing penuh dengan beg berisi barangan yang dibeli. Boleh dikatakan hampir kesemua kedai yang terdapat di dalam Pavilion kami redah. Hari ini memang niat kami untuk berbelanja sakan. Aku yang beria-ia mengajak mereka membeli-belah hari ini.

"Rina, bila nak masuk kerja?" Fika memulakan bicara setelah masing-masing lega dapat menghirup minuman sejuk.

"Lepas kahwin kut. Rina tak puas lagi tau cuti." Aku sudah duduk bersandar di kerusi.

"Tak puas? Helooo Cik Rina, dah tiga bulan tau habis belajar," ujar Sara dengan penuh semangat dengan lenggok badan sekali.

"Eh, kalau ikutkan hati, Rina memang nak duduk rumah aje tau. Malaslah nak kerja, tapi bila fikirkan semula, belajar bertahun-tahun, tapi terperuk dalam rumah. Rugi kut, lagipun tahulah kan syarikat papa tu, nak tak nak Rina kena tolong papa uruskan juga. Kesian papa." Aku kembali menghirup minuman.

"Untunglah anak Datuk, kan."

Aku ketawa kecil mendengar kata-kata Fika.

"Yang Datuk tu papa Rina, bukannya Rina. Kalau Rina jadi Datuk, haruslah Rina pindah Paris, tinggal kat sana. Hari-hari Rina menyopping kat sana." Aku mengangkat kening minta disokong.

"Habis tu Ikhwan takkan nak ikut juga?" Sara ni, aku baru aje memasang angan-angan, sekarang sudah pecah berderai.

"Ala, Ikhwan tu lain ceritalah." Malas aku membicarakan hal Ikhwan. This is girls out, tak mahu cerita tentang lelaki walau Mr. D sekalipun.

"Fika dengan Sara okey kan nak jadi pengapit Rina?" Aku mengubah topik perbualan. Tidak mahu kisah Ikhwan berpanjangan.

"Takkanlah dua orang kut pengapit. Lagipun Sara risaulah jadi pengapit sebab orang cakap kalau jadi pengapit nanti lambat kahwin." Tawa aku dan Fika pecah berderai mendengar kata-kata Sara.

"Sara ni mengarutlah. Mana ada, akak Fika tu kahwin aje padahal dia jadi pengapit lebih lima kali tau. Janganlah percaya benda-benda macam tu. Jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah. Percaya pada Allah." Fuhhh! Menikam kata-kata Fika. Tiada siapa mampu menyangkal.

"Baik, ustazah." Aku dan Sara sama-sama menjawab dan setelah itu kami sama-sama ketawa.

Merekalah teman aku sejak dari sekolah menengah lagi. Bukan sekadar teman, tetapi sahabat susah dan senang juga. Kami sememangnya sangat rapat, semua kisah hidup masing-masing kami kongsikan bersama-sama. Walau kedua-duanya datang daripada keluarga yang sederhana, mereka tidak pernah mengambil kesempatan terhadap diri aku dan keikhlasan merekalah yang menjadi pengikat persahabatan kami bertiga. Aku bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sahabat sebaik mereka.

"Papa." Aku memanggil papa yang khusyuk menatap komputer riba di hadapannya.

"Ya, sayang... Kenapa?" tanya papa dengan lembut, namun mata papa masih melekat pada skrin komputer riba.

"Susah ke nak uruskan syarikat?" Soalan yang kurang cerdik daripadaku.

Mestilah susah jawapannya, tapi aku yakin jawapan papa akan panjang berjela. Risau dan takut untuk memegang tanggungjawab yang berat iaitu menggalas jawatan sebagai pemilik syarikat. Papa bangun dari kerusi empuknya dan datang mendekati aku yang duduk di atas sofa. Papa mengambil tempat di sebelah aku. Bahu aku dirangkul papa.

"Dalam dunia ni, tak ada satu perkara pun yang mudah, sayang. Semua perkara pun susah, sebab setiap apa yang kita lakukan perlu datang sekali dengan usaha. Tanpa usaha, kita takkan dapat apa yang kita inginkan." Papa menarik nafas dan merenungku dalam. Aku setia menunggu kata-kata papa yang seterusnya.

Beijing, Aku Cinta Dia!Where stories live. Discover now