Bab 6

6K 110 1
                                    

"Sakitnya ", lyna mengaduh sakit. Dia memicit-micit kepalanya yang pening. Kadar denyutan jantungnya juga meningkat.

Lyna cuba berdiri sambil berpaut pada pemegang tangga itu. Dia ingin menuju ke dapur mengambil air masak tetapi tiba-tiba sahaja dia diserang pening kepala.

Dia terasa semakin lemah, perlahan-lahan dia cuba melangkah tetapi badannya sudah tidak seimbang lagi dan ....

"Arghhh!!!", lyna menjerit apabila tubuhnya terasa melayang dan kepalanya terhentak kuat pada bucu meja yang ada di tingkat bawah.

Dia mengerang kesakitan terasa banyak darahnya yang terpancut keluar dari kepala dan di kelengkangnya. Dia tidak mampu menahan sakit lagi dan akhirnya pandangannya menjadi kelam.

______________________________________

"Assalamualaikum, sayang." Kata izz dengan ceria sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Saa....", izz terkaku apabila melihatkan sekujur tubuh yang terbaring di lantai sambil berlumuran darah.

Dia pantas berlari mendapatkan lyna. Dia memangku kepala lyna di ribanya. Matanya mula panas dan berair . Pantas dia periksa kadar nadi lyna.

Izz terus mengeluarkan iphonenya dan menelefon ambulans. Sementara menunggu ambulans tiba izz hanya memeluk lyna sambil cuba menenangkan diri.

"Maaf sayang, abang tak mampu jaga sayang dengan sempurna. Sebab abang, sayang jadi macam ni." Kata izz dengan lirih, air matanya mengalir juga. Dia tidak henti-henti berdoa dalam hati agar lyna dapat dipulihkan.

Seketika kemudian, terdengar siren ambulans. Pantas dia mencempung tubuh lyna dan dimasukkan ke dalam ambulans.

Tanpa membuang masa dia bergegas mengambil kunci keretanya . Sempat juga dia berpesan pada jiran sebelah rumahnya untuk menjaga anaknya sebentar, sebelum memecut laju keretanya mengikut ambulans.
______________________________________

Sorry kalau lambat update and sorry kalau cerita ni kurang menarik. Ok. Please vote. Tq.

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now