Ye anak-anak.. Selama ni Anonymous tu adalah Suga. Huahuaua. Sapa yang teka Jimin tu...hmzzzz sebenarnya Jimin pernah suka Dayana. Tapi lepas dia tahu Jungkook suka Dayana, Jimin melupakan sahaja perasaanya. Yelah, Jimin kan sayang Jungkook
ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ
Dayana pening tengok Jungkook dan Suga bergaduh sebab dirinya.
"Aku yang confess dulu, Dayana aku punya!"
"Ahhh takde hyung! Aku tak kira, aku suka Dayana jadi dia aku punya!"
"Ok kalau macam tu, kita suruh Dayana pilih. Aku ke kau"
Jungkook dan Suga memandang Dayana. Dayana menelan air liurnya.
"Dayana! Pilih. Jungkook atau Suga"
Dayana meneguk air liurnya. Situasi apa ni? Kenapa jadi kat dia? Omg.
"Ss-saya..."
Jungkook dan Suga memandang tepat ke arah Dayana, menunggu bait-bait ayat yang akan keluar daripada mulutnya.
"S-saya... pilih...."
"Hei hei Dayana! Bangun! Ya Allah apa nak jadi anak dara aku ni tidur terbongkang pakai baju sekolah ei Dayana bangun!"
Dayana terjaga, terus terduduk.
"Kau ni kenapa tidur tak tukar dulu baju sekolah, kau tengok! Beg kau pun dekat bahu lagi Ya Allah budak ni" bebel mak Dayana.
"Eh makkkkkk" Dayana memeluk ibunya.
"Kau dah kenapa tiba-tiba ni?" maknya pelik.
"Heee saja. Mak baru balik ke?" Dayana tersenyum.
"Yelah mak baru balik, dah pukul 7.30 pm ni oi pergi mandi cepat!" maknya mencampak tuala pada Dayana.
Dayana tersengih.
'Laa... semua tu mimpi rupanya...' bisiknya sendiri.
"Meh aku try cakap korea sikit.."
Dia mencuba, tapi tak boleh.
"Yelah... semua tu mimpi jeee"
(❁'▽'❁)(❁'▽'❁)(❁'▽'❁)(❁'▽'❁)
Dekat sekolah, Masa rehat.
"Weh Dayana, kau tengok tak BTS tweet malam tadi?" Intan terus berkata pasal BTS dengan Dayana. Makanan penuh kat tangan dia. Pelahap.
"Takk.. aku ngantuk malam tadi so aku tidur awal. Asal do?" jawab Dayana.
"Takdelah.. Aku macam pelik. Asal ada nama kau? Tengok ni" Intan mengeluarkan handphonenya dari poket dan menunjukkan tweet BTS pada Dayana.
trans: "Bye Dayana. Terima kasih banyak-banyak ❤"
(Author's edit : Fail 😂)
"Tu nama kau" Intan menunjukkan namanya.
Eh?
"Asal ada nama aku?" Dayana menyoal semula.
"Manalah aku tahu. Ada fans kata tu nama brand apa tah" balas Intan.
"Mana kau dapat gelang tu? Lawaaa" Intan menunjuk ke arah gelang yang Dayana pakai pula.
Gelang?
Dayana melihat pergelangan tangannya.
Ni gelang yang Jungkook bagi!
APA NI?!!!?!?!??!
The End. Lol.
ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ
Sorrylah, ending macam ni 😂 Nak buat cerita panjang-panjang tak pandai, biasalah first story en.
Cerita ni sebenarnya mengajar kita untuk menerima kenyataan bahawasanya kita, fans dan BTS takkan ada peluang nak bercinta bagai, lagi lagi kita ni orang Melayu. Kalau ada pun aku lah kbye. Mimpi jelah mampu 😂
YOU ARE READING
Lost ; BTS [COMPLETED]
Fanfiction[MALAY FANFIC] Seorang pelajar sekolah dari Malaysia, yang merupakan peminat tegar BTS tiba-tiba berada dalam dorm BTS?!?!?!?!