Sandiwara Cinta

48 1 0
                                    

Cinta pandang pertama, acap kali ungkapan ini berlegar di benak mindaku. Benarkah ia sama seperti dicanang pada manusia? Sejarah membuktikan ianya hanya idea semata, tidak punya asas untuk kupercaya. Menerima umpama menyerah tanpa sengketa dan itu bukanlah aku dan juga kamu.

Setiap tindak, setiap langkah disusuri pelbagai emosi yang aku tidak pasti. Ku cuba mendapatkan kepastian darimu, siapa tahu kau punya jawapan pada segala rahsia puisi dunia tapi kuhampa.

Masa berlalu, begitu pantas hingga tiada nafas. Hidupku sesak, jiwaku nazak. Sumbang celaka fikiran kebas. Kadang terfikir apa silapku, langkah manakah yang sumbang buat hidupku hilang girang.

Kutiti jambatan perjalanan ini menyusuri sisa cerita yang digarap olehmu yang Esa. Kuterima setiap gelombang suka duka cereka dunia walaupun ini bukan takdir yang aku redha.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 24, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sandiwara CintaWhere stories live. Discover now