Bab 5

1.1K 50 0
                                    

"Kau whatt?!" aku rasa bergema satu vila itu dengan suara aku. Aku berjalan ke hulu dan hilir. Cuba menahan amarah yang bila-bila sahaja akan meletus. Aku merenung Hara yang kecut melihat aku mengamuk. Mungkin pandangan aku mampu membunuh dia agaknya.

Mama, papa dan Hazam berlari ke bilik Hara. Aku hanya menjeling dan berpeluk tubuh. Masalah besar ni. Mampus kalau satu keluarga tahu.

"Kenapa Maya?" Hazam menghampiriku. Aku mendongak. 

"Adik abang ni.." aku berkira-kira mahu jujur ataupun tidak. Hara masih menyembunyikan wajahnya. Mungkin dia sedang bersedia dengan apa yang bakal berlaku. Aku mengeluh.

"Congratulation big brother. You're gonna be a uncle next eight months," senyuman perli kutonjolkan. Aku tahu Hara terasa dan takut.

Membulat mata Hazam mendengar apa yang aku katakan tadi. Mama dan pengsan. Papa terkejut namun sempat menyambut mama yang tumbang. Aku mendengus apabila Hara makin menundukkan wajahnya. Tunduklah selagi kau boleh Hara. Hidup kau dah tak aman lepas ni. 

"Apa Maya cakap ni? Abang.."

"Adik abang ni dah terlanjur dengan Amir! Don't you understand? She's pregnant almost five weeks!" aku cuba menyedarkan Hazam keadaan sekarang. Kritikal and I'm dead!

***

"Aku terima nikahnya Hara Zulaikha dengan mas kahwinnya sebanyak 23 ringgit tunai."

Aku menadah tangan. Alhamdulillah. Hara selamat diijab kabulkan dengan kekasihnya a.k.a ayah kepada baby dalam perutnya, Muhammad Amir Azam. Nasib baik ugutan aku tu berkesan. Aku tersenyum seorang diri apabila terkenang bagaimana cuaknya Amir bila aku menyerangnya dua minggu lepas. Motornya berjaya aku rosakkan. Aku Maya lah. Brutal dalam diam. Ni mewarisi sikap ibulah ni. Ahh. Rindu ibu.

Selepas majlis akad nikah, kami berarak untuk ke Hotel Philea. Majlisnya bersambung di situ. Tetapi Raiyan menghalang jalanku. Aku membuat muka pelik. "Kau nak apa Raiyan? I need to hurry!" aku lihat kereta yang membawa aku kesana sudah dipenuhi ahli keluarga Hara.

"Kau naik dengan aku. Aku ada benda nak cakap dengan kau," Raiyan menarik aku masuk ke dalam keretanya. Aku terkejut dan cuba untuk bertenang. Aku membuat isyarat agar Hazam pergi dahulu. Hazam hanya mengangguk dan memberikan jelingan maut kepada Raiyan. Raiyan berwajah tegang apabila melihat jelingan daripada Hazam. Aku dah pelik. Apahal pulak mamat dua ekor ni? Raiyan start enjin dan memulakan perjalanan. Aku membaca bismillah dan doa menaiki kenderaan.

"Apa benda yang important sangat kau nak cakap dengan aku?" aku mengerling dia dengan hujung mataku. Dia kelihatan kacak dengan baju melayu berwarna kelabu senada denganku dan sampin. Mungkin dia mengikut tema aje kot. Aku mengiyakan sahaja kata hatiku yang entah benar entah salah.

"Tengku Hawa Maya Tengku Mukhlis, aku tahu kita kawan dah lama. Aku tahu kau anggap aku macam biasa aje. Tapi , aku sayangkan kau lebih daripada tu. Aku nak kau stay dengan aku sampai aku mati. Sampai bila-bila pun. Aku tahu kau tahu perasaan aku ni tapi aku nak luahkan balik. Aku tahu aku tak perfect macam Hazam but I'm try..." Hazam? Apa kena-mengena?

Raiyan menghentikan keretanya di tepi jalan. Aku berdebar menunggu reaksi Raiyan yang seterusnya. Dia menoleh dan menunjukkan sesuatu yang berwarna merah. Dup dap! Dup dap! Dan bila dibuka kotak itu. Walaaa ~ Cincin ! Ada berlian pulak tu. Aku menelan liur. "Tengku Hawa Maya Tengku Mukhlis.. will you marry me?".

When The Dream Came TrueWhere stories live. Discover now