Cinta Si Princess Flower

2.4K 55 9
                                    

Hari ini merupakan hari yang ceria. Seceria hati Firzana Marissa di kedai bunga baharunya. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya sepanjang hari itu . Hari pertama dia di kedai itu, mengemas apa yang patut dikemas dan menceriakan kedai itu dengan kreativitinya yang tersendiri untuk menarik perhatian orang ramai mengunjungi kedai itu.

"Tasya, ada ke orang yang nak datang kedai Tasya ni nanti? Dahlah letaknya di hujung. Entah orang perasan entak tak. Kalau mama, mama ingat kedai Tasya ni macam nursery, tempat orang tanam-tanam pokok bunga je, sebab tempat ni tak strategic langsung untuk berjual," komen pertama Datin Marissa tentang kedai anaknya itu.

"Ish, mama ni. Tak baik tau doakan business anak sendiri tak laku. Nanti berbalik kat business mama and papa, baru tahu. Padan muka," balas Tasya selamba. Puan Marissa mula bercekak pinggang.

"Habis tu, mama tak puas hati dengan Tasya tahu tak? Dah elok-elok belajar sampai master, course business but lastly duduk kat ceruk kedai ni, business bunga je. Tasya, come on dear. Try something else please. Mama tahu Tasya suka bunga, tapi businesslah yang mencabar sikit. Look at your cousins. Abang Iman, business kayu balak yang besar-besar tu. Kak Lisa, textile and bawah Tasya tu Si Asyraf, manager of electronic and machine company. All that involving international, import and export but flower not, Tasya. Just in Malaysia. Itu pun entah-entah area sini je. Tasya, mama tak puas hati..." belum sempat Datin Marissa menghabiskan leterannya, Tasya menyampuk.

"Mama, I beg you please. I really have fall in love with this place. And you know that I love flowers very much. This is what I dream since I child. I really want to be a florist. Okay ma, I'll proof to you one day soon that this flower will be export to overseas. Believe me, ma. Now, Tasya nak kemas kat atas pulak. Bye mama, papa." Tasya beredar naik ke tingkat atas kedainya. Datin Marissa tercengang melihat sikap keras kepala anak daranya yang satu itu. Beliau menoleh pula ke arah suaminya yang sedang khusyuk membaca suratkhabar. Tasya yang berada di tingkat atas tergelak perlahan apabila papanya pula yang menjadi mangsa leteran Datin Marissa.

Seorang lelaki yang sedang memakai kasut sukannya terkejut apabila tiba-tiba hon dibunyikan di hadapan rumahnya. Dadanya diusap perlahan. Dia mengangkat punggung lalu melangkah membuka pintu pagar dan menuju kea rah seorang posmen tua yang sedang tersengih memandangnya.

"Ish, pak cik ni! Boleh tercabut jantung saya tahu tak kalau hari-hari saya dengar hon pak cik ni?", marah lelaki itu.

"Rileks la, Irfan. Pak cik gurau je. Nah, surat khabar abah kamu. Kirim salam dekat ibu dan abah kamu, ya. Eh... Nah lagi satu, pamphlet ni. Pak cik diamanahkan untuk edarkan ke setiap rumah di kawasan ni. Pak cik pergi dulu, ya," ujar Pak Cik kassim lantaran meninggalkan rumah Irfan. Irfan hanya mengangguk sambil tersenyum melihat sikap Pak Cik kassim yang happy-go-lucky itu. Matanya dikalih pula pada suratkhabar dan pamphlet yang baru diterima.

"Hmm...Nampak menarik," ujar Irfan sambil menelek pamphlet tersebut.

"Eh... Firzana Florist?". Dahi Irfan berkerut. Dia tiba-tiba teringat akan seseorang. Ah, tak mungkin. Nama dia bukan sorang je dalam dunia ni. Irfan kembali pada tujuan asalnya. Suratkhabar dan pamphlet tersebut diletakkan di atas meja di luar rumahnya.

"Ibu! Abah! Irfan pergi jogging dulu! Suratkhabar ada atas meja kat luar ni dan tadi Pak Cik Kassim kirim salam!", jerit Irfan lalu memulakan aktivitinya pada pagi itu.

Tasya tersenyum senang. Walaupun baru hari ini pamphlet tersebut diedarkan, namun dia telah mendapat dua tempahan. Kedua-dua tempahan tersebut memerlukan sebanyak 500 bunga untuk digubah. Dia juga telah mendapatkan dua orang pembantu, di mana kedua-duanya merupakan sahabat baiknya semasa belajar di university.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Si Princess FlowerWhere stories live. Discover now