Bab 1

35 3 0
                                    

" Why me.?" Kenapa perlu Meera yang ganti tempat kak Neesa. Jangan disebabkan kak Neesa menghilangkan diri , Meera terpaksa tanggung semua ini. Ma papa please Meera tak boleh nak kahwin dengan anak kawan papa dengan ma." Rayuku kepada mereka dan berharap agar pernikahan ini tidak akan lagi diteruskan.

"Pernikahan ini akan diteruskan walaupun tanpa adanya persetujuan daripada Meera".  suara Datuk Zaidi kedengaran semula mengisi ruang tamu mereka. Dalam kedudukan dimana papa dan mama duduk bertentangan dengan dirinya.

Mana mungkin aku akan menerima permintaan keduanya. Kenal pun tidak ini pulak nak jadi menantu kepada keluarga ternama tu.! Mana perginya Kak Neesa...? Mengapa harus pilih aku..? Tapi mestilah hanya aku harapan diorang. Dah hanya aku dengan kak Neesa anak mereka. Meera seakan-akan berbicara sendirian.

" Tapi..."

" Tak ada tapi-tapi lagi, Meera dengar aje cakap mama dan papa iya nak. Semua ni demi maruah kedua-dua ahli keluarga. Mereka pun nak juga Meera menjadi menantu dalam keluarga rumah tu nanti. Terima ajelah, dah memang suratan jodoh Meera dengan Syed Ariel tertulis untuk bersama." .Mamanya Datin Zulaikha pun turut menasihatinya agar menerima pernikahan ni.

Bukan dia mementingkan diri, namun ni soal hati dan perasaan, perkhawinan pulak tu. Sudah sah hubungan yang terjalin untuk selamanya. Dia pun teringin untuk memegang status seorang isteri buat selamanya tanpa adanya status janda. Wanita diluar sana pun akan berfikir sepertinya. Perlukah dia berkorban perasaan..? Memendam segalanya..?

"Kalau mama dan papa nak teruskan juga Meera rasa tak ada guna untuk menegakkan keadilan buat diri sendiri. Sebab papa pun  cakapkan tadi, walaupun tanpa persetujuan Meera pernikahan ini akan diteruskan. So untuk apa Meera nak membantah...? Meera terpaksa setuju aje kan..?

Melihat anggukan kedua orang tuanya, membuatkan Meera tersandar lesu kebelakang sofa yang didudukinya.

"Ma pa..jika inilah kehendak papa dan Mama Meera setuju maybe ini semua ketentuan illahi buat Meera." Lembut bicara kedengaran serta merta membuatkan keduanya tersenyum lebar. Barangkali, berasa senang hati mendengar keputusannya.

"Alhamdulillah, so everything is clear on here.. now ma prepare la apa yang patut for wedding our daughter." Ujar Datuk Zaidi kepada isterinya.

Meera meminta diri untuk naik keatas biliknya. Sedang berjalan dia berfikir semula , apakah betul keputusan yang baru sahaja di ambilnya. Namun, itu semua tidak lagi penting pikirnya disebabkan the priority for her is parents happinest. Meera lakukan ini hanya demi papa dan ma , walaupun akhirnya Meera yang tanggung segalanya. Bisik hati kecil Meera.

...........

"Weiii beb, kau biar betul". Terkejut Airin bila aku menghulurkan sekeping kad dihadapannya. Kad jemputan ke majlis perkhawinan ku. Sesiapa pun akan beriak seperti Airin. apabila sesorang seperti aku yang sebelum ini tidak pernah terfikir untuk mempunyai komitmen kearah rumahtangga. Tup tup kad undangan tercetak dan ada di depan mata .

"Iyalah betul apa yang kau pegang sekarang tu, kau ingat aku ada masa nak bergurau senda ke pasal ini dengan kau..?

Aku lihat Airin membelek berkali-kali kad undangan di atas telapak tangannya. Kemungkinan besar, dia belum percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

"Rin, kau belek berapa kali pun namaku tetap bergandingan dengan nama pengantin lelaki disebelahnya. Sudah-sudahlah iya..?" Aku menegur tingkah laku Airin sambil menyedut minuman di hadapanku.

"Meera serius aku memang sukar nak percaya apa yang berlaku sekarang , dan setahu aku la kan kau mana pernah cerita pasal khawin dengan aku. Dan kau mana bersedia lagi untuk semua ini. Aku kenal kau bukan sehari dua tau. Tapi dari kita kecil lagi." Airin membuang pandang kepadaku dengan matanya dikecilkan sedikit. Ini menunjukkan bahwa minah ini ingin tahu disebalik semuanya.

"Iyalah-iyalah, aku nak cerita lah ni kat kau.. janganlah tengok aku macam tu sekali.. Seram pulak aku rasa. "

Maaf jika tatabahasa banyak yang xok.. saya write citer ni pun juz for fun... please comment n vote..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Menantu PilihanWhere stories live. Discover now