Syamil memandu keretanya laju. Jam tangan ditelek. Alamak, meeting dah nak start! Mati aku! Gear ditekan kuat. Kedengaran deruman enjinnya membelah jalan raya. Dari jauh, dia dapat melihat lampu isyarat bertukar merah. Dia mengeluh lalu memandang sekeliling. Ah, belasah jelah! Tak ada kereta pun. Tiba-tiba, dia terpandangkan seorang gadis sedang terkocoh-kocoh untuk melintasi jalan tersebut. Stereng kereta dipusing kuat bagi mengelak dari berlaku pelanggaran. Kedengaran sebuah bunyi yang kuat menandakan bahagian hadapan keretanya terlanggar sesuatu iaitu bahagian tepi jalan.
"Argh!". Syamil cepat-cepat keluar dari keretanya. Dia memandang tajam gadis yang sedang menjerit itu.
"Hey, diamlah!", jerit Syamil geram. Gadis bertudung ungu itu tersentak. Eh, aku tak kena langgar ke?
"Kau tengok kereta aku ni! Habis remuk! Kau tahu tak aku ada meeting sekarang ni?!", jerkah Syamil. Gadis itu tertunduk diam. Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi deringan dari telefon bimbit Syamil. Dia menjawab panggilan penting itu.
Gadis di hadapan Syamil terkebil-kebil memandang Syamil. Eh, ini bukan Encik Syamil Asyraf ke, CEO syarikat tempat aku kerja? Aduh, mati aku! Dahlah datang kerja lambat, then buat dia accident pulak. Syamil memandang semula gadis itu setelah panggilan telefon ditamatkan.
"Asal diam? Aku nak kau ganti kerosakan kereta aku ni. Setelah aku kira-kira harganya setengah juta. Kau kena janji dengan aku yang kau akan bayar!", kata Syamil tegas. Gadis itu tersentak. Setengah juta? Ya Allah, mana aku nak cari duit sebanyak tu?
"Kenapa diam? Jawab! Kau boleh bayar ke tak?!", jerkah Syamil. Air mata gadis itu hampir menitis namun cuba ditahan.
"In Shaa Allah. Saya akan cuba bayar, Encik Syamil," balas gadis itu. Syamil tersentak. She knows me? Dia teringat sesuatu.
"Awak kenal saya? Oh, awak pekerja baru kat company saya kan, Cik Amira Syakila, Penolong Pegawai Kewangan. Hmm... I know you. So, senanglah kerja kita. Awak tak akan berhenti bekerja selagi hutang awak dengan saya masih belum terlunas. Faham?!", soal Syamil kasar. Syakila hanya menggangguk perlahan.
Sejurus kemudian, Syamil masuk ke dalam kereta pembantunya yang telah menghubunginya tadi supaya mengambilnya di situ. Syakila ditinggalkan sendirian dalam keadaan terpinga-pinga. Air matanya menitis laju. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini. Bantulah hambamu ini dalam mencari wang sebanyak setengah juta agar dapat kulunaskan hutangku ini.
$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $
5 tahun berlalu...
Syakila mengeluh. Ditekan-tekan kalkulator di hadapannya beberapa kali. Setelah dikira-kira, duitnya telah dikumpul sebanyak 1/5 dari hutangnya dan itu bererti dia berjaya mengumpul sebanyak RM 100 000 dalam masa lima tahun untuk dibayar kepada Syamil.Asyraf. Dahinya berkerut memikirkan masalah itu. Terlintas satu lagi masalah di benaknya. Keluhan terbit lagi di bibirnya. Huh.. sudah satu, satu masalah lagi yang timbul. Dia memicit kepalanya.
"Hai, Kila!," sapa Syazwani yang lebih mesra dipanggil Wani. Syakila hanya tersenyum tawar sambil terus memicit kepalanya.
"Kau okey tak ni? Picit-picit kepala bagai. Ada probs ke? Sharelah. Mana tahu aku boleh tolong," ujar Wani. Syakila mengeluh lagi.
"Aku okey sebenarnya, Wani. Tapi bila fikir soal duit terus pening kepala," balas Syakila.
"Oh, masalah kewangan. Kau kan dah nak jadi Pegawai Kewangan kat sini. Takkanlah kewangan sendiri kau tak boleh nak handle?" soal Wani hairan.
YOU ARE READING
Hutang Cinta
RomanceHutang Cinta? Hmm...macam mana tu ya? Hihi, kalau nak tahu, kenalah baca cerpen ni!! Enjoy the story :)