Part 1

32 2 0
                                    


1 April 2014.

Pukul lapan aku sudah terpacak di depan pintu Professor Halim. Gara-gara berkampung seminggu di dalam studio dan tidak tidur, aku rasa seperti melayang-layang bila berjalan. Seminggu aku berkampung dalam studio untuk menyiapkan projek Profesor Halim tu. Profesor yang macam harimau garangnya.   

Lepas aku hantar aku terus balik. Malas aku nak melayan Prof. Halim berbual-bual walaupun dia cuba bawa aku berborak. Lagi pun kepala aku dah berat. Matapun  dah layu habis. Nak buka pun tak larat dah. Kalau lagi lama aku duduk depan Prof. Halim, boleh tertidur aku.

Sampai bilik, aku terus cari katil. Beg galas yang ku bawa aku biarkan saja tepi katil. Tudung ku buka dan aku campak di tepi bantal. Yang aku nampak hanya bantal dan katil, melambai-lambai memanggil aku untuk bersamanya. Tanpa menyalin pakaian aku terus baring. Mata sudah mula tertutup. Ahh...nikmat sungguh rasanya. Sedar-sedar Mia, teman sebilik aku, sudah menggerakan aku mengajak pergi makan.

"Elise," di tepuk-tepuknya bahu aku. Aku kalau dah tidur memang tidur mati. Letak mercun kat tepi telinga pun tak tentu aku boleh bangun.

"Elise," kuat suaranya dan juga tepukan di bahu aku tu.

"Hmmm...." Jawabku tapi mataku masih terkatup. Mahu menyambung tidur yang terganggu. m

"Kau nak makan tak? Ni dah tengahari ni." Aku tak jawab. Tangan terus memeluk teddy bear berwarna pink yang sentiasa menemai aku tidur.

"Elise!" panggil Mia. Macam meenjerit bunyinya memanggil aku.

"Hah... hah... apa?" Aku bangun dan terus duduk bersila atas katil. Mata masih lagi tertutup.

"Kau nak pergi makan tak? Dah tengahari ni."

Perlahan mata ku buka dan memadang ke arah  Mia. Mia sudah tunjuk muka geram.

"Nak tak?" Tangan Mia sudah berada di pinggang. Tanda dia geram dan marah tu.

"Hmmm...."

"Nak tak?!!" Jerit Mia.

"Eh...nak! Nak! Dah tengahari ke?"

"Ya..... Aku dah lapar ni. Kau nak pergi makan tak?" Ulang Mia lagi.

Aku angguk.

"Tunggu aku mandi dulu. Aku tak mandi lagi ni."

"Cepat sikit."

Aku pandang Mia dan dengan perlahan aku turunkan kaki ke lantai. Aku pusing ke kiri dan pandang bantal aku yang memanggil-manggil aku. Sayangnya nak tinggalkan katil ni, tapi makcik tu dah tunggu. Lagaknya macam nak terkam aku aja. Nak tak nak aku bangun. Ku angkat kedua-dua tangan ke atas dan  mengeliat.

"Arghhh...." Lega sikit rasa badan aku yang sakit-sakit. Tangan kanan ku capai tuala mandi yang tersangkut di sidaian kain sebelum aku melangkah ke bilik air.


Usai solat zuhur, aku pun memanjat katil semula. Rasa ngantuk aku masih belum hilang lagi. Baru  saja aku hendak melelapkan mata, Mia sudah berdiri di tepi katil aku. Aku pura-pura tidur.

" Elise...., " panggil Mia manja. 

"Elise..." Aku buat-buat tak dengar. Kalau dah keluar suara manjanya tu, adalah sesatu yang dia nak dari aku tu.

"Babe...." Kata Mia sambil melabuhkan punggungnya di birai katil.

Tangan Mia mula mengoncang-goncang bahuku. Aduh.. tension aku dengan Mia ni. Walaupun Mia dah berhenti memanggil nama aku tapi tangan Mia masih mengoncang-ngoncang bahuku. Kuat pula tu. Kalau macam ni memang tak boleh tidurlah aku. Perlahan aku bukan mata yang masih mengantuk ni memandang Mia.

"Kau nak apa? Jangan ganggu aku boleh tak? Aku ngantuk sangat ni. Aku nak sambung tidur " saja aku buat suara ngantukku. Badanku pusing mengadap Mia.

"Kau ni, asyik tidur aja. Aku tengok coursemate kau yang lain tu elok aja keluar jalan-jalan. Bersengkang mata gak . Tak ada pun dia orang tidur aja."

"Dia orang lain. Aku lain." Nak saja aku ketuk kepala Mia ni. "Kau nak apa sebenarnya ni?"

"Aku nak minta tolong." Jawab Mia tersengeh.

"Dah agak dah."

"Kau ingat tak..."

"Tak." Pantas aku potong cakap Mia.

"Orang tak habis cakap dia dah potong. Dengar lah dulu." Aku pandang Mia. Dia pun pandang aku tapi cepat-cepat dia mengalih pandangannya.

"Okay, apa dia. Cakap cepat aku nak tidur ni."

"Teman aku jumpa Muiz petang ni."

"Hah? Teman kau dating?"

"Yalah. Kalau bukan kau, siap lagi nak teman aku."

"Ajaklah kawan baik kau yang duduk kat bilik atas ni."

"Dia tak dapat teman aku. Dia pun dah janji nak jumpa pakwe dia."

"Aku malas lah."

"Alaa.... tolonglah Elise." 

"Bosanlah. Kau kalau dah jumpa Muiz, kau lupa pasal aku. Duduk lah aku tercanguk seorang diri."

"Apa kata aku suruh Muiz bawa kawan dia."

"Jangan. Aku tak nak."

"Bolehlah. Tak adalah kau keseorangan nanti. Boleh ya!." Pujuk Mia.

Ini yang aku lemah. Bila dia mula merengek dan memujuk. Selagi aku tak kata okay selagi tu lah dia akan merengek kat tepi telinga aku ni. Memang anak manja betullah. Aku pandang muka Mia dan kali ini dia buat muka sedih. Nak tergelak ada juga bila aku tengok muka dia tu.

"Okaylah tapi dengan syarat."

"Apa dia?"

"Jangan bawa sesiapa pun... Sekarang aku nak tidur. Kalau tak nanti aku tidur kat taman tu baru kau tahu."

"Yeay, thank you, Elise. You are my best friend."

"Ha! Sekarang you are my best friend. Sat lagi you are not my friend and I don't know you." Aku perli Mia. Muncung mulut Mia bila kena perli dengan aku. 

"Aku nak tidur ni. Asar nanti kejutkan aku." Badan terus aku pusing mengadap dinding. Tak sampai lima minit aku sudah hanyut.

Dua DuniaWhere stories live. Discover now