Part 2

36 2 1
                                    



Perlahan aku labuhkan punggung ku ke atas bangku tu. Badan aku yang masih letih aku sandarkan pada belakang kerusi. Mata ku halakan ke sekeliling kawasan taman ini. Ramai juga orang yang sedang berpacaran. Aku seorang aja yang masih solo.

Tak sampai sepuluh minit aku duduk, aku dah rasa bosan. Apa taknya. Selalu ada saja buku yang menemai aku tapi kali ini aku lupa nak bawa buku. Ini semua sebab si Mia yang menjerit-jerit suruh aku cepat. Macam mana aku nak siap cepat. Aku tengah syok tidur bila Mia gerakan aku. Semua benda terlupa. Nasib baik phone kesayangan aku tak lupa.

Aku cuba hilangkan mengantuk dan bosan dengan melayari social media tapi satu pun tak berjaya menarik minat aku. Aku asyik teringatkan katil dan bantal aku saja. Mulut aku pula sudah berkali-kali menguap.

Mungkin aku belum puas tidur sudah di ajak jadi tiang lampu. Tapi apa boleh buat. Memandangkan dia kawan baik, aku ikutkan juga. Kalau orang lain jangan haraplah aku nak jadi tiang lampu. Mataku hala memandang ke tasik. Penat aku memandang tasik, aku pandang daun-daun yang rendang di atas aku ini pula. Kenapa aku rasa pokok ini lain sikit dari biasa. Malas untuk memikirkan apa yang lain pasal pokok ini, aku pandang kawan aku yang sedang bergelak ketawa itu. Kan seperti yang aku jangka, mereka lupa akan kehadiran aku yang hanya selang satu bangku dari mereka itu.

"Bosannya... Apa aku nak buat ini."

Aku pandang Nia dan Muiz sekali lagi. Mereka nampak samar-samar saja kali ini. Aku gosok mata aku. Mana tahu kerana mengantuk tu aku nampak mereka jauh.

Untuk menghilangkan bosan dan ngantuk aku bangun dan berjalan keliling pokok itu. Bosan mengelilingi pokok itu, aku duduk semula di kerusi. Sekali lagi aku lemparkan pandangan ke tengah tasik. Manalah tahu tiba-tiba muncul jejaka kacak macam David Gandy dari tasik tu. Segar juga mata aku kalau David Gandy menjelma depan aku. Beranganlah kau Elise. Hmmm.. tiada jejaka kacak yang muncul tapi mata aku yang mula layu. Baru nak tutup mata tiba-tiba aku disapa.

"Hai!" Suara garau dan amat romantis sekali menegur ku. Berpusing aku mencari gerangan empunya suara tapi tiada siapa.

Mata yang mengantuk tadi terus celik. Pantas aku angkat badanku dari sandaran bangku dan mencari arah suara itu. Tak ada siapa. Mungkin hayalan aku saja.

"Tulah... berangan lagi Elise.." kata ku sambil menarik nafas dan menghembusnya keluar dari mulutku.

Sekali lagi aku pandang sekeliling. Tiada siapa. Aku bersandar semula dan kali ini aku pandang pasangan bahagia itu. Mereka kelihatan makin jauh dari tempat aku. Aku pandang tasik tu lagi dan sedang aku leka melihat tasik, aku disapa sekali lagi.

"Hai!" Suara yang sama kedengaran. Kali ini hilang rasa teruja. Yang ku rasa hanya seram. Bulu roma di tengkok ku mula tegak. Cepat-cepat aku pusing mencari suara itu lagi.

"Siapa?" Aku tanya perlahan.

Tiada jawapan dan tiada siapa pun di belakang ku. Hanya kawasan lapang di belakang ku. Aku rasa tidak sedap. Bulu roma yang tegak masih berdiri tegak. Perlahan aku gosok belakang leherku. Membuang rasa takut yang mula menghantui aku. Selepas memastikan tiada apa-apa di belakang aku, sekali lagi aku lemparkan pandang pada tasik di depan aku ini. Hilang rasa mengantuk aku.

Telefon iPhone yang berada di dalam poket seluar aku keluarkan. Home button di tekan dan aku rasa sedikit kecewa. Bateri dah tinggal 20%. Ni kalau aku main game habis terus bateri ini. iPhone aku pusing-pusingkan diantara jari ibu dan jari telunjuk. Perasaan takut itu masih lagi ada tapi aku lawan.

Aku pandang iPhone semula. Nak main game ke tidak ni? soal hatiku. Kalau main mesti habis bateri, tak main aku buntu. Hatiku terus berperang antara nak main dengan tidak. Akhirnya, keinginan bermain game menang. Cepat saja aku larikan jari telunjuk ku di atas skrin iphone ku. Icon Clash of Clan yang berada bersama ikon-ikon penting yang lain berada di skrin utama. Tanpa berlengah aku terus menekan icon game Clash of Clan. Tersengih kerana kampong ku masih utuh. Aku baru hendak menyerang clan lain bila suara tadi kedengaran lagi.

"Hai!" Kali ini suara itu amat dekat sekali, seolah-olah dia berada di tepi telinga aku dan kali ini suaranya amat mengerunkan.

Terus aku simpan iPhone dalam poket. Bulu roma aku yang baru nak tunduk tegak semula. Kali ini aku bangun dan berpusing-pusing mencari suara itu. Tidak ada satu bayang pun dekat dengan aku. Aku dah mula cuak. Aku duduk semula dan kali ini tegurannya mememang kuat.

"Ish... apa pula ni!" omel ku sambil menggosok belakang tengkok ku.

Aku pandang sekeliling. Semua macam biasa. Aku pandang pula Mia dan Muiz. Mereka masih lagi rancak berbual-bual seolah-olah hanya mereka berdua sahaja. Aku baru nak keluarkan iphone aku bila suara itu menyapa aku lagi. Kali ini daun-daun hijau dari pokok di aku berteduh, berguguran berpusing-pusing seperti di tiup angin laju.

Aku leka memandang daun-daun itu. Makin lama aku pandang daun-daun itu makin kelam aku nampak. Akhirnya aku pengsan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dua DuniaWhere stories live. Discover now