Part 1

38 0 0
                                    


Dari pagi dia duduk di muka pintu mengadap ke jalanraya. Mata perempuan tua itu terus memerhati ke arah pintu pagar rumahnya mengharapkan anak-anak dan cucu-cucunya pulang. Lama benar dia tidak melihat anak-anak dan cucu-cucunya. Sayu rasa hatinya.

Setelah setengah hari duduk di situ, dia mengangkat tubuhnya dari muka pintu itu dan dengan penuh kepayahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sakit sendi-sendinya bila dia berjalan. Sesampai di bilik, dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Keluhan dilepaskan. Termenung lagi si perempuan tua itu. Mata dikalih pula ke tepi katil, memandang gambar yang terletak di atas meja di tepi katil tuanya. Menggigil tangan tua itu mencapai gambar itu. Ya, gambar dia, gambar arwah suaminya dan tiga anaknya yang diambil setahun sebelum suaminya meninggal dunia.

Diusap-usapnya gambar itu. Gambar arwah suaminya dipandang sayu.

"Bang, Milah rindu abang. Bila agaknya Milah boleh bersama abang lagi," perlahan dia menyuara rindunya. Milah juga sunyi, bang. Anak-anak dah lupakan Milah. Anak-anak dah tak sayangkan Milah, bang." Suara tua itu bergetar menahan sebak di dada.

Tangan tua itu terus mengusap-ngusap gambar anak-anaknya.

"Balik lah along, angah dan adik. Ibu rindu dengan kau orang. Tak tahulah berapa lama ibu akan berada di dunia ni. " gambar diletakkan semula si atas meja dan dengan penuh kepayahan dia menolak badan bangun dari katil itu.

Tangan mencapai tuala yang tersidai di tepi dinding. Kaki tua itu melanglah perlahan-lahan ke bilik air. Dia mahu membersihlan badan. Sebentar lagi azan zuhur akan berkumandangan. Dia tidak mahu lsmbat untuk bertemu cinta sejatinya.

Perempuan tua itu terus berteluku di atas sejadah itu walaupun dia sudah lama selesai menunaikan solat Zuhur. Entah kenapa hatinya sayu sejak skhir-akhir ini. Teringat-ingat akan si anak-anak yang ditatang penuh semasa kecil. Akhirnya keseorangan juga dia dikala ini.
"Lama ibu tak jumpa adik. Rindunya ibu pada adik. Bila agaknya adik akan balik ke sini?" Tangan tua itu meraup wajahnya yang sudah hilang tegangnya.
"Ibu tahu kalau adik ada di sini adik tak akan biarkan ibu berseorangan. Inu tahu adik akan balik menjenguk ibu setiap minggu. "

Ya, dia amat merindui anak bongsunya yang lahir ketika dia berumur 42 tahun. Kini anak bongsunya sudah berumur 33 tahun dan tinggal jauh darinya. Anak bongsunya berkerja di Australia setelah ditugaskan oleh syarikatnya untuk satu tugasan di sana.

Dia masih ingat ketika dia mengandungkan anak bongsunya ini. Anak yang sulung ketika itu berumur 17 tahun dan si angah berumur 14 tahun. Sudah lama dia tidak mempunyai anak kecil. Bila dikenangkan umurnya yang sudahh berusia 42 tahun itu, dia rasa dia tidak larat hendak menjaga anak kecil semula. Bukan juga dirinya yang sudah berumur, tapi kesihatan dirinya dan juga kandungannya menjadikan dia takut untuk menuruskan mengandung itu. Banyak cerita yang dia dengar.

Takut sungguh dia yang anak yang akan lahir itu cacat. Banyak yang didengarnya risiko perempuan yang mengandung selepas umur 40tahun. Terfikir juga olehnya mahu menggugurkan kandungan itu tetapi ditentang oleh arwah suaminya.

"Mah, anak itu kurniaan tuhan. Apa juga keadaannya nanti bila lahir kita kena redha. Abang tak setuju kalau Mah gugurkan kandungan itu."

"Tapi bang, Mah takut kita tak mampu bela dia. Umur kita bukannya muda."

"Mah, percayalah. Allah tak akan memberi sesuatu pada umatnya tanpa sebab. Lagipun, keberangkalian nak mendapat anak cacat tu berapa sangat. Lainlah kalau satu dari setiap tiga orang yang mengandung selepas umur 40 tahun dapat anak cacat. Tak ada kan. Abang tengok anak Gayah tu elok aja. Tak cacat pun. Padahal dia mengangungkan si Ani tu umur dia dekat 45 tahun." Mak Mah diam. Perlahan dia menggeleng kepala. Betul dengan apa yang dicakap oleh suaminya. Dia menarik nafas panjang.

"Apa yang patut kita buat berdoa pada Allah supaya anak yang dikandung lahir sihat walafiat." Sambung Pak Mail, suami Mak Mah. "Mah pastikan jaga kesihatan, makan vitamin yang doktor bagi, dan yakin dengan kurniaan Allah ini." Mak Mah mengganguk. Mengiyakan apa yang dicakap oleh suaminya. Memang itu yang dilakukan setiap kali lepas solat . Sejak mengandung anak pertama. Dia tidak pernah lupa untuk berdoa dan membaca surah surah at-Taubah, Mariam, Luqman seperti yang diajar oleh rakannya satu masa dulu.

Jika arwah suaminya menerima berita dia mengandung dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, lain pula dengan anak-anaknya. Mereka malu bila mendapat tahu yang ibu mereka mengandung. Malu katanya. Tidak tahu kenapa tetapi hubungan antara mereka tidak rapat. Pernah semasa si adik masih kecil, si abang tumbuk adiknya hanya kerana main bag sekolah. Tak tahu apa yang dibencinya dengan adik bongsunya itu.

Walaupun begitu, adik bongsunya tak pernah ambil jati. Bila perlu pertolongan si adik inilah yang akan bantu si abang. Tapi sayangnya si abang tak pernah nak bersyukur mendapat adik yang perihatin. Ada saja yang tak kena dengan si adik itu.

Kenangan bersama anak-anak terus bermain-main di fikirannya. Nak juga dia lihat hubungan anak-anak mesra sebelum dia menutup matanya. Tapi dapat ke dia melihat itu. Hati tua ini akan gembira jika ketiga-tiga anaknya rapat dan mesra. Tapi dia tahu itu adalah sesuatu yang sukar di capai. Ah... harapan tinggal harapan saja. Mengeluh dia bila mengenang nasibnya.

Ada anak perempuan tapi suami kontrol pula. Susah benar anak menantunya hendak membenarkan anaknya balik menjenguk si ibu. Kalau balik pun sekejap sahaja. Rasa tak puas rindu dah kena si anak kena balik. Tapi kalau balik ke rumah keluarganya, boleh pula berlama-lamaan. Adakah kerana rumah dia dah usang? Geli dan jijik hendak tidur dan duduk lama-lama bersamanya. Bergenang airmatanya bila mengenang itu. Cepat-cepat ditahannya airmata itu. Tak mahu dia menangis kerana itu.

Lain pula dengan si Angah. Muka yang hensem tu berjaya menambat hati anak orang kaya tapi sayang, angah juga dikontrol oleh sang isteri. Nak balik menjenguk si ibu pun terpaksa curi-curi. Kalau boleh isterinya tak mahu angah balik langsung ke rumah ini. Walaupun begitu, si Angah ada juga mengirim duit sekali sekala. Isterinya, kalau balik memang duduk sekejap sangat. Panas lah katanya. Air cond tak ada. Nak tolong ke dapur, jauh sekali. Tahu makan saja. Yalah. Rumah keluarganya ramai pembantu menolong.

Hati tua itu terus dimamah sayu. Entah bila dia dapat bertemu anak-anaknya. Tak lama lagi puasa dan lepas tu Raya. Ada tak anaknya yang akan balik ke rumahnya? atau adakah dia akan beraya seorang diri dengan ditemani anak angkatnya? Nasib baiklah ada anak angkat yang lebih baik dari anak-anaknya sendiri. Tapi buruk-buruk pun darah dagingnya. Adakah ini salah didikannya dan suami? Termenung perempuan tua itu.

JanjiWhere stories live. Discover now