"Please dongsaeng-ah. Tolong nuna kali ni je, pleace..." rayu Jessica sambil membuat catty eyas."Aishhhh...." hanya keluhan yang keluar dari mulut Jungkook.
"Ala...tolonglah nuna.Nuna janji,kali ni je nuna akan susahkan kamu,"pinta Jessica lagi.
"Tapi nuna,permintaan nuna tu sesuatu yang mustahil!" balas Jungkook.
"Sebab itulah nuna berharap pada kamu. Hanya kamu yang boleh tolong nuna dalam hal ni dan nuna percaya kamu boleh melakukannya," ujar Jessica.
"Tapi Jungkook rasa ini bukan sesuatu yang bagus," luah Jungkook.
"Kamu tahukan, Nuna dah lama memendam perasaan pada Taehyung dan selepas berusaha selama dua tahun baru nuna berjaya membuatkan dia jatuh hati pada nuna. Tapi hubungan kami tak akan bermula sampai lah kekasih dia mempunyai penganti yang lebih baik, please lah kookie kali ni je tolong nuna." Jessica menggengam erat tangan dongsaengnya itu.
''Kamu juga cakap nak liat nuna sentiasa tersenyum gembira dan Taehyung ialah jawapan kepada kebahagiaan nuna,'' sambung Jessica lagi.
Akhirnya Jungkook mengangguk perlahan. membutang mata Jessica memandang Jungkook.
"Jinjja?! jadi maknanya kamu setuju?" tanya Jessica.
"Kookie ada pilihan ke?'' tanya Jungkook.
"Yeah gomawo kookie-ah," Jessica terus memeluk Jungkook.
"Ingat, Kookie buat semua ni sebab Kookie sayang pada nuna. Kookie hanya ada nuna seorang je kat dunia ni," kata Jungkook.
"Arraseo.Nuna pun sanyang Kookie juga," balas Jessica.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Taehyung melihat gambar yang dihantar oleh Jessica ke telefon bimbitnya sebentar tadi.
"Jungkook....hmmm nampaknya dia sudah temui pengganti.Mungkin aku tak perlu berasa bersalah lagi. Aku harap dia melayan Jihyo dengan baik," gumam Taehyung. Taehyung teringat semula pertemuannya dengan Jihyo ketika dia cuba memberitu hal sebenar.
《Flasback》
"Jihyo sa-saya hmmm bukan niat saya nak lukakan awak tapi..." luah Taehyung.
"Gwenchanna,Saya faham.Sudah lebih daripada tiga tahun kita bersama dan itu bukanlah satu jaminan yang awak akan menjadi milik saya untuk selama lamanya," balas Jihyo dengan tenang walaupun hatinya sangat sedih ketika itu.
"Tapi awak tahukan saya takkan tinggalkan awak selagi awak belum temui pengganti saya," kata Taehyung serba salah.
"Taehyung..... awak tak perlu buat semua tu. Saya akan cuba belajar hidup tanpa awak,Jadi awak tak payah risau tentang saya lagi," ujar Jihyo.
"Tak! Saya rasa bersalah terhadap awak. Jujur saya cakap, saya memang masih sayang kan awak tapi saya tak tahu kenapa segalanya berubah termasuklah
perasaan Cinta saya terhadap awak," Kata Taehyung jujur."Taehyung... saya bukanlah lagi milik hati awak. Seperti mana saya belajar untuk melepaskan awak, saya harap awak juga akan melakukan perkara yang sama,''ujar Jihyo sebelum melangkah pergi bersama lintangan air mata.
"Tidak Jihyo, tidak! itu janji saya kerana awak terlalu baik bagi saya," getus hati Taehyung.
End flasback
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Aigoo! Hujan lebatlah pula, macam mana nak balik sekarang ni?'' Jihyo mula kerisauan. Jam sudah manganjak ke angka lima dan dia keseorangan di perhentian bas.
"Boleh saya tolong?" kata ???
"Nu..nuguya?" kata Jihyo yang masih tidak melihat orang itu.
"Oh mian... saya jungkook.Tadi kebetulan saya lalu dekat sini dan nampak awak keseorangan. Sudah lebih 10 minit saya perhatikan awak dan sepertinya awak perlukan ni?" kata jungkook sambil mengalih pandangan ke arah payung yang dipegangnya.
"Kalau saya ambil, awak pula bagaimana?" tanya Jihyo mengalih kan pandangan nya menghadap jungkook.
"Tentang saya, awak tak perlu risau. Awak guna payung ni dulu okey." kata Jungkook
"Kam..kamsahamnida," Ujar Jihyo dengan sopan sambil Tersenyum manis.
Jungkook hanya membalas senyuman Jihyo.
#############################
Keesokan harinya...
"Awak tunggu saya ke? Jung..Jungkook...awak buat apa kat sini? Awak tak jawab lagi pertanyaan saya.Nah saya pulangkan payung ni semula. gumawo sebab bagi saya pinjam," ujar Jihyo malu malu.
"Terima kasih je?" jawab Jungkook sambil mengambil payung yang dihulurkan oleh Jihyo itu.
"Hmmm?"Jihyo memandang pelik pada Jungkook.
"Saya tahu tempat makanan yang sedap"ujar Jungkook lalu terus menarik tangan Jihyo.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Semenjak pertemuan itu, hubungan antara Jihyo dan Jungkook semakin erat.Namun pada suatu hari Jihyo ingin berjumpa dengan Jungkook.
"Hai Jihyo! Kenapa diam je ni?"Jungkook sedikit pelik dengan kelakuan Jihyo.
"Jessica,betul ke dia nuna awak?" Jungkook terkedu dengan pertanyaan mengejut Jihyo.
"Jawab soalan saya Jungkook, betul ke dia nuna awak?"Tanya Jihyo.
Jungkook melepaskan satu keluhan berat sebelum mengangguk.
"Kenapa awak buat macam ni Jungkook?"Tanya Jihyo lagi.
"Ya,saya akui kesalahan saya.Pada mulanya,Saya dekati awak atas sebab,tapi semakin saya mengenali awak perasan saya mula berubah. Saya....cintakan awak Jihyo," luah Jungkook
"Cukup!Saya tak mahu mendengar apa apa lagi.Jungkook,Awak memang kejam!"Jihyo berlari meninggal kan Jungkook tanpa Jihyo sedari sebuah kereta sedang bergerak menuju kearahnya saat dia melintas jalan.Jungkook yang menyedari keadaan itu,segera mendapatkan Jihyo.
"Jihyo!"Jungkook segera memeluk Jihyo dan menolaknya ke tempat yang selamat.
"Ouch!"aduh Jungkook sebaik sahaja meleraikan pelukannya.
"Jungkook? Awak tak apa apa ke?" soal Jihyo bimbang apabila melihat keadaan Jungkook.
"Saya ok, sikit je ni," jawab Jungkook.
"Sikit awak kata? Tangan awak patah tahu tak? kenapa awak sanggup lakukan semua ni?" marah Jihyo.
"Maafkan saya sebab tipu awak tetapi perasaan saya adalah benar," jawab Jungkook berterus terang.
"Pabo!" Jihyo terus memeluk Jungkook dengan erat.
"Ouch! awak nak patah kan tangan saya jugak ke" kata Jungkook sambil tersenyum melihat Jihyo yang serba salah.
"Sorry saya tak sengaja" kata Jihyo sambil serba salah.
☆☆☆☆ THE END☆☆☆☆
So Enjoy Read
Sorry if this ff are so boring...😅😅😅
YOU ARE READING
Replacement [ONESHOT]
FanfictionCast: Jeon Jungkook Song jihyo Kim Taehyung Jessica Jung