First Day.

360 16 0
                                    

*Dibuai mimpi*
"Lia! Bangun cepat. turun makan ni. Ibu dah masak!" Jeritan ibu kedengaran sampai ke bilik Lia.

Terkejut lia! Lalu berkata dengan nada mengantuk, "Baik! Ibu"

"Malasnya nak bangun. Dah pukul berapa sudah ni?" "Lia lihat pada jam penggeranya"

"Hah? Pukul 10?! Ibu! Lia sudah lewat. Kenapa tidak kejutkan Lia!!" Kata lia dalam keadaan tergesa gesa. Lia terus berlari masuk ke bilik air dan mandi.

"Ibu dah jerit macam orang tak betul dah ni. Awak tu je tak perasan matahari dah tercacak dekat atas kepala tu. haih. Macam jantan la kamu ni Lia." Bebel ibu."

Lia dengan memakai baju kemeja kotak kotak pink, skirt panjang hitam, rambut diikat tocang, memakai spek mata bulat. lalu menyergah ibu, "Lia dah lambat ibu! Lia pergi dulu ya ibu. Bye! Iloveyou, Assalamualaikum ibu! sampai mengucup pipi ibunya.

"Haih budak ni. Haa elok elok bawak motor tu!" Kata Ibu.

Lia memecut dengan lajunya menggunakan motor scooter warna kuningnya itu dengan hanya memikirkan, kuliahnya telah mula.

Lia sampai di Universiti nya dan parking motornya di ruangan motor. Lalu berlari dengan lajunya. Kawannya, Nura menegurnya. "Lajunya lari. Macam usain bolt versi girl" Jerit Nura.

Lia tidak mengendahkannya lalu, sampai ke pintu dewan kuliah dan terjatuh di lantai dewan kuliahnya.

Semua orang tertawakan Lia dan muka Lia menjadi merah padam.

"Kenapa kau lambat ni Lia, tu lah pakai lagi motor kuning spongebob kau tu!" Kata sahabatnya, Afiz.

"Aku bangun lambatlah tadi. Tak sedar pula aku harini, first day kita start kuliah." Sambil mencari buku notanya.

Sedang pensyarah menjelaskan tentang assignment yang diberi. Tetiba, ada seorang lelaki memasuki kelas itu.

Mata Lia bersinar dan terpukau dengan kekacakan lelaki itu.

Setiap gerak geri lelaki itu, Lia perhati sehingga pandangan mata lelaki itu, terperasan Lia sedang memerhati.

Lia mengalihkan pandangan dan tersenyum. Dalam hatinya. "Handsomenya! He's gonna be mine!"

Afiz berkata, "Kau berangan apa Lia, takkan dapat punya."

"Aish! kau ni. Kalau dapat? haa haa" Lia menolak Afiz dengan manja.

"Doa doa je lah!" Kata Afiz.

Surihati, Mr CrushWhere stories live. Discover now