C4

1.3K 60 2
                                    

Mia : Sabarlah Dean, tak lama pun gossip ni nanti lenyaple.
Suhaine : Betul tu, benda ni selalu je jadi.
Aweena : Hahaha lawak je cinta cinta monyet ni!

Ee nak diikutkan hati nak je berkhutbah dekat Aweena ni. Lumrah manusia lah ada menimbulkan perasaan suka dekat seseorang. Mana boleh elak, cuma boleh mengawal je. Kan kan?

Info Tambahan:
Nama sebenar Mat Koridor : Syed Farhan Najdie. Seorang yang pendiam dan kurang bersosial tetapi ligat dalam mata pelajaran. Tersenarai dalam TopTen Pelajar Terbaik dan TopFive dalam Senior Good Looking.
------------------------

*Tahun baru*
Bermulalah perjuanganku untuk perang SPM. Kini, aku seolah tidak percaya sudah beberapa detik hari, jam dan saat telah aku langkaui. Mahupun, gossip yang lama telah pudar dibelenggu onak duri selama 2 bulan yang dipenuhi dengan agenda agenda merepek.

First day sekolah
Aku gigih ni nak masuk pintu pagar sekolah. Yelah setelah lama meninggalkan sekolah siapa je tak rindu! Auch. Tiba tiba terserempak dengan mamat koridor iaitu Farhan. Semenjak aku di gossipkan dengan dia, aku memang nak nyahkan perasaan suka dalam diam aku ni dekat dia sampai orang sekeliling betul betul percaya yang aku memang dah move on ceh kah move on. Padahal dalam tersirat hati menyatakan bahawa perit siot nak pudarkan perasaan tu . Eh ingat senang ke kita nak move on ? Dahlah first crush katako.
-----------------------
Tak percaya sungguh, dia membuka kata. Time tu macam nak pengsan je rasa! Weh bayangkan crush kau yang lama kau pendamkan perasaan tetiba tegur kay! Mana tak berbunga hati weh!

Farhan : Nak tanya?
Dean : Ha... aa tanya.. lah
Farhan : Nampak Cikgu Roshidi?
Bisik hati Dean "ek eleh ingat nak ajak jalan jalan bersiar siar di halaman sekolah ke sambil menghirup udara segar. Rupanya nak tanya cikgu mana? Cekodok betul.
Farhan : Ehem
Dean : Ha.. ye nampak..
Farhan : Kat mana?
Dean : Hati shayee. Eh sorry! tersilap
Farhan : (.....)
Dean : Kantin...
Farhan : Oh terima kasih
Tak sempat nak cakap sama sama Farhan menarik langkah untuk beredar mencari Cg Roshidi.

Oi! Senyum sorang sorang nampak!

Aaaaaaaa! Husna! lama gila tak jumpa rinduuuuuu!

Mereka berdua pun berpeluk sampai tak ingat dunia betapa happynya dapat jumpa setelah bercuti selama 2 bulan.
..........................

*Dalam bilik*
Sambil membuka Application WeChat tetiba terlintas di fikiran. Apakah perasaan aku muncul balik ke ni? Kenapa harini happy sangat? Sebab crush tegur ke? Kejam betul, kerana sepatah hai rosak move on sebelanga. Sia sia je aku cari tips selama ni nak move on! Dia hanya buat benda simple je sampai potong line move on aku! Ahhhh dunia is not fair! -merontaku dan terus meroyan sehingga tertidur.

DIA CRUSH AKU?!Where stories live. Discover now