2

5 1 0
                                    

"Fuhhhhhhh sejuknya air perigi dia",Athif mengigil kesejukkan,badanya mengigil menahan kesejukkan.

"Nah air nescafe,bagi panas sikit badan tu",leman menghulurkan secawan nesface panas kearah Athif.

"Korang tgk cita apa ni?",Athif duduk bersila di sebelah leman sambil menghidupkan sebatang rokok.

"Cerita hantu apa entah",Ray yang tengah khusyuk melihat cerita itu terdiam sebentar sambil matanya dibesarkan sedikit apabila tiba babak yang mendebarkan.

Sedang mereka asyik mereka menonton horror movie tanpa mereka sedar sebenarnya ada susuk tubuh yang sedang memerhatikan mereka sambil tersenyum.

Jam menunjukkan tepat pukul 12 malam,Fahmi masih terjaga dan masih khusyuk membaca novel ditangan nya.Dia memgeliat kecil sambil membetulkan urat-urat badan yang kian menegang.

"Terok betul 4 ekor ni tido",Fahmi tersenyum sambil memerhatikan gelagat seorang demi seorang kawan nya,ada yang tido terlentang,ada yang meniarap,ada yang buat konsert pown ada.Fahmi mencapai rokok suria Athif yang di letakkan diatas sebuah meja kopi,dia menghidup rokok suria yang sudah di kepit di celah bibirnya,sedut dan hempus terserlah wajah kepuasan.

Dengan perlahan-lahan Fahmi berjalan keluar rumah sambil menghirup angin malam,kedinginan malam membuatkan nya mengigil kesejukkan.Sedang asyik dia mengelamun sambil mengeliat,tiba2 kelihatan seperti ada kelibat seseorang berjalan laju melintasi hadapan nya.

"Siapa tu?,weiii jangan main-main la sial",Fahmi melemparkan putung rokok yang kian pendek kearah tanah sambil matanya ligat memerhatikan sekeliling.

"Tap..tap..tap..",kedengaran seperti seseorang membaling sesuatu kearahnya,dalam samar-samar rembulan malam Fahmi mengagahkan diri untuk memeriksa punca bunyi tersebut.

Dengan mengunakan kayu yang dipegangnya Fahmi menebas-nebas lalang dihadapan nya,takut juga mana tau tiba-tiba terkeluar makhluk yang tak diundang.

"Aduh,arghhhhhhhhhh",tiba-tiba Fahmi jatuh terduduk dan mengerang kesakitan.Fahmi meraba kakinya yg terasa ngilu seperti tersepit pada sesuatu yg tajam.

"Sial,sial siapa yg letak perangkap binatang ni",Fahmi terduduk sambil menepuk-nepuk tanah bagi mengurangkan sakit.Entah apa releven nya menepuk-nepuk tanah dengan kesakitan yang dialaminya dia tidak peduli lagi.

Semakin dia bergerak semakin geriji tajam itu terbenam didalam kakinya,ngilu kian terasa sehinggakan dia dapat merasa ada sesuatu tajam bergesel dengan tulang nya.

Peluh kian membasahi tubuh Fahmi yang menahan kesakitan,sesekali tubuh nya kelihatan terhingut menahan sakit.

"Arghhhhhhhhhhhhhh",dengan segala kuderat Fahmi berusaha membuka perangkap itu ternyata sia-sia,menjerit meminta pertolongan juga satu perbuatan yang sia-sia kerana dia sudah jauh tersasar ke dalam hutan.

Dalam samar-samar Fahmi dapat melihat ada susuk tubuh sedang berdiri memerhatikan nya disebalik sebatang pokok.

"Oiii siapa tu,kau nak apa",Fahmi kelihatan resah sambil mengerang kesakitan.

Kelihatan susuk tubuh itu berjalan perlahan sambil menarik sesuatu.

"Krak..krak..krakkk",Fahmi kelihatan cemas apabila dia mendapati susuk itu mengheret seutas rantai besi yang bersambung kepada perangkap dikakinya.Kelihatan susuk itu mencampakkan rantai besi itu pada sebuah dahan pokok berhampiran dengan Fahmi.

"Oiiiii apa yang kau nak buat,jangan.Tolong jangan",Fahmi mengelengkan kepala nya sambil berusaha membuka perangkap di kaki nya.

Susuk itu tersenyum sambil menarik kuat rantai besi yang terjuntai di atas daham itu..

"Srettttt...srettttt",Fahmi mengelupur kesakitan apabila tubuhnya terseret,pedih dan ngilu menjadi satu.susuk tubuh itu berhenti apabila kelihatan Fahmi tergantung dengan kakinya berada di atas,kedengaran erangan kecil Fahmi.

"Tolong jangan,allah sakit.Tolong",Fahmi mengerang kesakitan.Kelihatan darah pekat menitik dari kesan luka dikaki Fahmi.Susuk itu mengeluarkan sebilah pisau sambil mengacah-gacah kearah muka Fahmi.

"Tolong lah,kau nak apa?.Jangan apa-apa kan aku",suara Fahmi kedengaran sebak,sesekali tubuhnya terhingut-hingut menahan sakit.

"Syuhhhhhhhhhh",susuk itu meletakkan jari telunjuknya ke arah bibir Fahmi sambil dengan berhati-hati membenamkan pisau yang tajam ke perut Fahmi.

"Arghhhhh,allah",Fahmi yang kelihatan lemah mengerang kesakitan sambil tangan nya mengapai-gapai seperti kelemasan.

Suara erangan dan tangisan Fahmi memecah kesunyian malam,tiada siapa yang mendengarnya

masih adaWhere stories live. Discover now