Chapter 12

3.2K 162 5
                                    

"Jihyo...." panggil ommanya. Disana, jihyo terbaring lemah di atas katil pesakit. Ya, jihyo. Omma jihyo kearah jihyo dengan perlahan. Minah mengikutinya dari belakang. Air mata omma jihyo mengalir. "Jihyo yaaa... hiks..hiks..." omma jihyo mengelus kepala jihyo perlahan. Baekhyun yang berada diambang pintu melihat keadaan jihyo dengan sedih. Appa jihyo pergi kearah jihyo dan turut mengelus kepala jihyo dengan perlahan.

"Lizzy?" Panggil baekhyun. Lizzy melihat kearah baekhyun. "Selama ni jihyo disini?" Tanya baekhyun lagi. Lizzy mengangguk kepalanya perlahan. Tiba-tiba ada rasa marah dihati baekhyun. "Kenapa? ... kenapa selama ni kau tidak beri tahu kami?" Kata baekhyun. Lizzy hanya mampu membisu.

FLASH BACK

" Lizzy.. " panggil jihyo. "Emm? Kenapa jihyo?" Tanya lizzy . "Ada benda aku nak beri tahu ni" balas jihyo. Lizzy melihat kearah jihyo. "Apa dia? " tanya lizzy. "Tapi, kau kena janji. Jangan beri tahu sesiapa, Sesiapa pun" kata jihyo serius. Lizzy menaikkan sebelah keningnya. "Kenapa ni jihyo, jangan takutkan aku" kata lizzy. "Hiks.. hiks.." tiba-tiba jihyo menangis. "Kenapa ni jihyo.." tanya lizzy dengan gelisah sambil memegang tangan jihyo yang sedang menangis. "Baru-baru ni, aku ada pergi ke hospital. Dan kau tahu apa yang doktor katakan?" Kata jihyo. Lizzy mengelengkan kepalanya. Hatinya rasa berdebar-debar. Air mata jihyo mengalir dengan deras. "Doktor kata, aku ada kanser otak..." kata jihyo menundukkan kepalanya. Lizzy membelakkan matanya. Dia terkejut. "Lizzy, kenapa semua ni mesti terjadi pada aku? Setelah apa yang telah aku lalui? Setelah banyak penderitaan yang aku lalui, ini yang aku dapat? Lizzy, aku percaya apa yang kau katakan dulu, bahawa perkara yang kita lalui pasti ada hikmahnya. Tapi sekarang? Aku tak sanggup nak lalui ini lagi" kata jihyo sambil memegang dadanya yang sakit. Lizzy memeluk jihyo dengan erat.

( Jihyo sekarang tinggal dengan lizzy dirumahnya)

Beberapa hari kemudian

*Bilik tidur*
"jihyo, bangun" panggil lizzy. Tiada sahutan dari jihyo. "Mana jihyo ni? Takkan masih tidur kot?" Gumam lizzy. "JIHYO YAA.." panggil lizzy lagi. Masih tiada sahutan dari jihyo. Lizzy mengeluh, dia pun pergi melihat jihyo di bilik. Setelah masuk, lizzy membatu. Disana dia melihat jihyo terbaring tak sadar dengan buih keluar dari mulutnya. Dengan segera lizzy pergi kearah jihyo, dia mengoyangkan tubuh jihyo pelan. "Jihyo, bangun.. ya... jihyo.. bangunlah, jangan main-main...hiks.. cepatlah bangun.." kata lizzy dengan air matanya yang mengalir.

*Hospital seoul*

"Macam mana dengan keadaan jihyo sekarang?" Tanya lizzy cemas. "Keadaan jihyo sekarang dalam kritikal, dia mesti dibedah dengan segera, kalau tidak.. dia dah tiada harapan" kata doktor. "Doktor, tolong.. tolong selamatkan jihyo. saya mohon" rayu lizzy. "Kami akan berusaha apa yang kami mampu." Kata doktor. Dengan segera, doktor pergi meninggalkan lizzy. Para doktor akan membuat pembedahan keatas jihyo.

*Depan bilik pembedahan*

Lizzy menunggu dengan gelisah, dah dua jam pembedahan dilakukan. Doktor keluar dari bilik pembedahan, dengan baju bedah yang ada darah. Dengan segera lizzy kearah doktor. "Macam mana?" Tanya lizzy. Doktor diam sesaat, " jihyo telah selesai dibedah, dan syukurlah dia hidup. Tapi.. keadaannya kurang meyakinkan, dia mungkin sedar tapi keadaannya tidak seperti dulu, dia mungkin cacat. Atau, dia mungkin tak akan sadarkan diri. Lebih tepatnya koma" kata doktor. Lizzy membatu. "Kalau macam tu, saya pergi dulu" kata doktor lalu meninggalkan lizzy di sana. Setelah pemergian doktor, lizzy mendudukan dirinya dilantai. Air matanya mengalir. Dia tak sanggup melihat jihyo begini. Walaupun bukan dirinya yang lalui, tapi dia turut merasa sakit. " Hiks.. hiks.. jihyo" gumam lizzy.

*Bilik rawatan jihyo*

Lizzy masuk dengan perlahan. Rasa sakit dihatinya melihat keadaan jihyo. Tubuh yang terbaring lemah. Lizzy bangga dengan jihyo kerana dapat melalui segala penderitaan. Lizzy mengelus kepala jihyo dengan perlahan. Disamping katil jihyo, ada meja yang terdapat pakaian yang dipakai jihyo sebelum pembedahan. Lizzy mengambil pakaian tersebut untuk melipatnya. Semasa lizzy mengambil pakaian tersebut, ada sesuatu jatuh. "Eh? Apa benda ni? Surat?" kata lizzy sambik mengambil surat tersebut. Lizzy duduk kerusi yang berada disamping katil jihyo lalu membuka surat tersebut.

" To Lizzy,

Anyeong.. lizzy, mungkin masa kau baca ni surat, aku dah tak ada. Jadi jangan sedih okay, sebab aku akan sentiasa di sisi kau. aku nak ucapkan terima kasih pada kau. Gomawo, kau banyak bantu aku selama aku susah. Aku bersyukur mempunyai chingu seperti kau. Kaulah kawan yang terbaik aku, tidak! kaulah sahabat aku yang paling berharga dan paling aku sayang. Aku dah anggap kau keluarga aku. Oh ya, jangan lupa janji kita okay, jangan beri tahu keluarga aku termasuk baekhyun, tentang keberadaan aku dan keadaan aku, aku tak mahu mereka tahu. Aku taknak melihat air mata mereka mengalir, itu pun kalau mereka masih memikir kan aku. lap air mata tu, jangan nangis. Aku tak suka tengok kau nangis. Biar aku saja yang nangis. Itu sudah cukup. jaga diri, Bye "

Air mata lizzy mengalir dengan deras. Setitik demi setitik air mata jatuh keatas surat yang dibaca.

END FLASH BACK

Lizzy memceritakan kepada mereka, keluarga jihyo dan baekhyun. "Kamu semua nak tahu? Betapa menderitanya jihyo selama ini? Kamu semua tidak pernah memikirkannya, huh .. sekarang kamu baru nak mengalirkan air mata? Selama 11 tahun jihyo menderita, hanya sebab minah sakit? Sekarang? Jihyo dah sekarat. Apa yang kamu mahu lakukan? Dia tak pernah mengeluh pada kamu kan? Walaupun kamu semua mengabaikan dirinya, dia masih sayangkan kamu semua" Kata lizzy menahan amarah. Omma appa jihyo, minah dan baekhyun membisu. Mereka tak dapat membantah. "Huh.. bahkan sampai sekarang jihyo tidak mahu menyusahkan kamu dengan merahsiakan tentang penyakitnya " sambung lizzy.

"Maaf kan kami" kata minah sambil menundukkan kepalanya. " jangan minta maaf pada aku, minta maaf pada jihyo, segala penderitaan yang dia lalui. Kamu memang patut minta maaf padanya" balas lizzy.

Tiba - tiba...

TITTT.......
Semua melihat kearah jihyo. Semua membatu, seakan - akan masa terhenti. Omma appa jihyo dan minah segera kearah jihyo. Baekhyun terduduk lemah. Lizzy segera memanggil doktor. "Jihyo, bangun.. jihyo... YAA... JIHYO BANGUN, JANGAN TINGGALKAN OMMA . BANGUN.." Teriak omma jihyo sambil mengoyongkan tubuh jihyo. Minah berdiri disamping jihyo melihat jihyo dengan air matanya mengalir deras. Appa jihyo cuba menenangkan omma jihyo. Beberapa minit kemudian, doktor dan beberapa orang jururawat masuk. "Semua orang diminta keluar" arah doktor. "Andwae.. Jihyo.. hiks ... JIHYO." Panggil omma jihyo yang meronta minta dilepaskan kerana ditarik oleh appa jihyo. Diluar, baekhyun, minah dan lizzy duduk gelisah.

Setengah jam kemudian

Doktor keluar, dengan segera semua kearah doktor. "Macam mana dengan keadaan jihyo? "Tanya appa jihyo. Doktor mengelengkan kepalanya. Doktor meninggalkan mereka yang sedang membeku ditempatnya. Omma jihyo, Minah dan Lizzy menangis. "Jihyo.. "panggil omma jihyo sebelum pengsan. Appa jihyo menyambut tubuh omma jihyo dengan sigap. "Omma" panggil minah. "Minah panggil doktor " arah appa jihyo sambil membawa omma jihyo pergi dari sama. minah pun pergi memanggil doktor. Sekarang, tinggal baekhyun dan lizzy. Baekhyun memasuki bilik rawatan jihyo dengan kaki yang gementar. Lizzy duduk di luar bilik rawatan dengan tangisannya. Baekhyun pergi keaarah jihyo. Tanpa sadar air matanya mengalir. "jihyo.." gumam baekhyun. Dia melihat tubuh jihyo yang tidak bernyawa
" mian.. jihyo.. mian.., tolong bangun, kami menyesal, bangun jihyo." Ucap baekhyun dengan sedih.

Beberapa hari kemudian

Upacara pengebumian jihyo sedang berlansung. Ramai yang datang. Semua menggunakkan pakaian yang serba hitam. Omma jihyo tak henti menangis. Minah menenangkan ommanya. Baekhyun dan appa jihyo berdiri membatu. Mereka melihat keranda jihyo yang sedang di tanam. Lizzy berdiri tak jauh dari sana.

*Rumah baekhyun*

Baekhyun sedang duduk di sofa miliknya. Dia nemegang surat. Surat yang diberi lizzy kepadanya. Dia pun membuka surat tersebut.

"To baekhyun,

Baekhyun, aku cuma nak cakap mungkin masa kau baca surat ni aku dah tak ada. Jadi tolong jaga keluarga aku. Terutama unnie. Tolong... aku juga nak ucap terima kasih sebab sudi jadi kekasih aku walaupun hanya sementara. Walaupun kau hanya pergunakan aku untuk dekati minah. Gwenchana.. aku tak kesah, yang penting kau dan unnie dapat bersama. tolong jaga unnie dengan baik. Aku nak dia bahagia. jaga dia baik - baik. Begitu juga diri kau. Jangan lupa jaga lizzy, dia juga kawan kau. Dan yang terakhir, setelah apa yang telah kau lakukan. Aku tetap mencintai mu, Bye "

Baekhyun memegang dadanya yang sakit. "Jihyo.. aku mencintaimu juga" kata baekhyun.

Perkara yang sudah berlalu tidak dapat diputar semula. Menyesal sekarang tiada guna. Kan? Jihyo dah pergi.. untuk selama.. andai masa boleh diputar semula..Ya! Andai...

THE END

Saranghae! Good ByeWhere stories live. Discover now