Semasa Tingkatan 6 saya bersekolah di Victoria Institution. Saya naik bas KL Klang. Kadang-kadang saya naik BMW (bas mini wilayah). Tapi untuk jimat belanja saya guna pas bas KL Klang. Tambang sebulan lebih jimat jika guna pas.
Naik bas. Beri kad pada konduktor. Konduktor akan ketik pada pas ikut tarikh naik bas itu.
Naik bas. Saya cari tempat duduk belakang. Kononnya duduk belakang, barulah rock. Tapi, bangku yang ada awek cun akan lebih diberikan keutamaan. Tak kiralah bangku itu di depan atau di belakang.
Hehe... kalau dapat duduk sebelah awek cun pun, saya diam saja. Saya malu nak buka mulut. Al-maklumlah, walaupun kacak, saya amat pemalu dan pendiam orangnya.
Hanya mata saya yang rajin berkata-kata.
"Awak tengok apa tu?" tanya awek cun di sebelah yang memakai baju kurung putih yang tidak berkancing di lehernya.
Alamak! Mata saya pun tiba-tiba diam seribu bahsa.
YOU ARE READING
cerita-cerita dari kota basah
Short Storypendek atau panjang tidak penting, yang penting puas.