W.1

2.5K 138 2
                                    

Chorong pov

Aku bersiap-siap untuk ke cafe omma. Seperti rutin harian aku, aku akan menolong omma dekat cafe sebagai waitress. Gaji? mestilah aku tuntut kan..takkan lah aku tolong saje-saje mestilah nak habuan.

Aku memperbetulkan rambutku sekejap di hadapan cermin lalu mencapai kunci kereta dan phone di atas katil.

Sebelum keluar rumah, aku sempat menyapa Jimin yang sedang sibuk menonton tv.

"Kalau nak keluar kunci rumah, call aku atau omma dulu. Arraseo?" kataku dan dia hanya mengangguk tanda faham.

Bukan apa, budak ni suka sangat keluar tanpa bagitahu. Lepastu balik suka lambat. Suka buat orang risau.

-WHITE CAFE-

Tiba sahaja di cafe, aku langsung memakai apron hitam yang tergantung di dalam bilik khas omma.

"Lambatnya sampai.." kata omma. Aku hanya tersengeh sambil memperbetulkan apron aku.

"Mianhae omma.." kataku ringkas. Omma hanya senyum dan menyambung kerjanya. Kerja apa pun aku tak tahu lah..

"Annyeong.." sapa ku lembut kearah Minjae yang menjaga kaunter bila aku takde.

"Annyeong.." balasnya lalu keluar dari meja kaunter. Aku pun memulakan kerja aku. Mengambil pesanan dan menjaga mesin duit.

End pov

::::::

V masuk ke perkarangan sekolah dengan motor superbike hitamnya. Dia seorang yang agak aktif dan keanak-anakkan sedikit. Sikapnya terlalulah ramah. Tak kira lah siapa yang menegurnya dia mesti akan layan. TAPI, hanya satu budak sahaja yang tidak di tegurnya iaitu Suho. Musuhnya sejak di bangku sekolah.

Walaupun Suho lebih tua darinya tapi erti kata hormat bila terserempak tidak pernah wujud dalam dirinya. Suho ialah seorang namja yang suka merebut kebahagian V kerana dia terlalu benci terhadap sikap V yang sengaja di buat-buat menurutnya.

Pin! pin!

V cepat-cepat mengelak dari di langgar oleh sebuah motor berwarna biru kepunyaan Suho.

Dia hanya memandang datar kearah Suho yang turut memandangnya dari sebalik cermin helmet.

Dia tahu yang Suho sengaja buat macam tu dekat dia. Jadi, dia tidak mempedulikan namja tu dan terus menuju ke kelasnya.

Tiba di kelas, dia langsung duduk di kerusinya yang berada di belakang kelas. Jimin yang duduk di sebelah sengaja di langgar walaupun ruangnya untuk duduk di sebelah Jimin tu luas. Sengaha nak cari masalah.

"Kau ni kenapa huh?? haishhh.."geram Jimin sambil memadam lukisannya yang rosak akibat di langgar.

"Mianhae.." ucapnya ringkas tapi tidak di peduli oleh Jimin.

"Petang ni lepak jom.." ajak V tapi Jimin menggeleng tanda tidak.

"Kau ni macam yeoja lah..duduk rumah je kerja kau..putih kan muka je tahu.." ejek V lalu mengeluarkan buku kimia kerana masa sekarang ni masa subjek kimia.

/skip/

V pov

Aku duduk di sofa sambil menekan-nekan remote tv. Bosan. Yup, bosan gila sekarang ni..kalau boleh sekarang juga aku gi rumah Jimin tarik dia keluar dari rumah kesayangan dia tu.Budak pemalas.Tahu nak duduk rumah je kerja dia.

"Oppa.."

Aku menoleh kearah tangga melihat Haera yang terburu-buru menuruni tangga sambil memeluk patung beruangnya.Kyeopta.

"Waeyo??"soalku langsung sambil memandangnya yang kini sudah berdiri di hadapan aku.

"Jalan-jalan jom." ajaknya. Senyumku terus melebar apabila mendengar ajakannya.

Tahu-tahu je aku tengah bosan sekarang.Aku terus mengacak rambutnya"kajja.."balasku lalu berdiri.

Tiba di sungai han, aku menyewa basikal untuknya. Aku pula hanya bermain dengan skateboard yang aku bawa dari rumah.

Habis basah kuyup aku kerana terlalu penat mengejarnya. Boleh tahan juga dia tunggang basikal.

"Yah Haera-ah..tunggu oppa.." jeritku tapi dia malah melajukan kayuhannya. Aduh!! matilah aku kalau macam ni..

Selama 2 jam aku kat Han river ni dengan Haera. Aku pun mengambil keputusan untuk pulang kerumah. Tanganku memimpin Haera yang sedang memakan aiskrimnya..

"Oppa,Haera lapar.."katanya. Aku mengerutkan dahiku. Lapar?? bukan ke sebelum ke sini tadi dia makan dulu. Fuh..kuat makan adik aku ni.

"Jom..kita makan kat cafe sebelum balik.." kataku sambil membukakan pintu untuknya.

-white cafe-

Aku memberhentikan kereta aku tepat depan cafe ni.Aku mendongak melihat papan nama cafe ni lalu beralih memandang Haera yang sudah bersiap sedia untuk keluar.

"Cafe ni ke??" soalku. Dia mengangguk mengiyakan soalan aku.

Cafe apa ni?? white cafe?? mwo?? tak pernah dengar pun nama cafe ni.Buruk pula tu nama cafe dia. Letaklah nama yang cantik sikit. Nama WHITE CAFE tapi dinding warna cream. Haha..salah nama ni patutnya letak cream cafe.

"Haera tunggu.."kataku sedikit menjerit kerana Haera sudah pun berlari masuk ke cafe.Lapar sangat ke apa dia ni??

Aku cepat-cepat mematikan enjin kereta dan mengejarnya yang sudah berada di dalam.

Masuk je dalam cafe tu,bunyi lagu masuk ke pendengaran aku. Harmoni. Yup,itu ayat pertama yang aku katakan untuk cafe ni dan cafe ni sesuai untuk seseorang yang mencintai ketenangan. Tapi bukan aku. Baru masuk aku dah dapat rasa kebosanan cafe ni.

Lagu yang terdengar sangat mendayu-dayu ,pelanggan yang tak terlalu bising seperti cafe yang selalu aku lepak dengan Jimin dan Junho.Aku menoleh kekiri ke kanan mencari Haera kat mana.Manalah budak kecik ni pergi..

"Oppa.."kepalaku automatik menoleh ke kiri. Aku pun menuju ke meja di mana Haera berada dengan seorang pelayan yeoja.

Aku pun duduk sambil membelek-belek buku menu yang diberikan oleh Haera. Pelayan di depan,aku hiraukan.

"Unnie,Haera nak hot chocolate dengan kek cheese."kata Haera kepada pelayan tu. Selesai dia membuat pesanan, aku mendongak memandang pelayan tu.

Tiba-tiba mulut aku rasa macam kena gam bila melihat dia. 'Cutenya' jujur aku cakap, aku tak pernah segugup ni bila berhadapan dengan yeoja.

"Boleh saya tolong??"soalnya. Aku cepat-cepat menundukkan kepalaku. Aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal. Serious aku gugup gila sekarang ni..

"Oppa cepat lah.."Haera menyiku lengan ku..

"Nae??oh ya..err...saya nak..ermm" aduh!!! kenapa dengan aku ni. Aku menampar pipiku pelan untuk hilangkan gugup ni.

"Saya nak..ermm ice americano dengan spageti.."kataku. Pelayan tu menulis pesananku dan terus beredar meninggalkan meja aku.

Aku terus melentokkan kepalaku di atas meja.Oh goshh!!! aku jatuh cinta pada pandangan pertama kah??

"Oppa.."panggil Haera sambil menggoncang tubuhku.Aku memandangnya tanpa mengangkat kepala ku..

"Waeyo??" soalku ringkas..

"Kenapa dengan oppa ni?? ohh oppa suka dekat Chorong unnie ehh??" usiknya..

Mwo? aku cepat-cepat menegakkan badanku" aniy..oppa tak sukakan dia...kenal pun tidak.."

"Habis tu kenapa oppa gugup bila tengok Chorong unnie??"soalnya..

Aku mengerutkan dahi. Chorong unnie?? nanti, adik aku kenal dia??macam mana??

Tbc..

Waitress | VRongWhere stories live. Discover now